Thursday, July 2, 2015

Majalah Gulung Tikar

Saya tidak terkejut dengan berita penutupan ini. Berdasar trend semasa, kita sudah menjangka lambat laun perkara ini pasti berlaku. Arus ledakan ekonomi serba mencabar, kesan GST, perubahan gaya hidup dan pembacaan juga turut mendorong penutupan semua majalah ini.

Penerbit, pekerja dan peminat majalah terpaksa akur. Inilah pengorbanan besar sebuah industri penerbitan fizikal. Peranan agent, kedai buku dan pengedar amat besar. Namun saya yakin perjuangan para wartawan pastinya tidak akan terhenti.

Fikiran terbuka, bakat penulisan, hubungan luas dan pengalaman yang banyak akan tetap meletakkan penulis pada tahap tinggi. Cuma gaya dan cara penyampaian sahaja yang berubah untuk disesuaikan dengan dunia serba teknologi hari ini.

* Saya memulakan kerjaya wartawan sejak lebih 30 tahun lalu ketika Majalah Jelita berada di puncak pasaran. Ketika itu Karangkraf baru hendak menerbitkan Majalah NONA.


PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu.
"Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.
"Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair.
Berita seterusnya di sini:

No comments: