Wednesday, July 1, 2015

#100 Buku Bologna

Bersama tuan Hassri Hassan, Pengurus Kanan Pelesenan Antrabangsa,
Perbadanan Kota Buku dan Pengarah Urusan Kualiti Books, Mr Yeo Raymond.

Setiap pengkarya dalam Projek #100 Buku Bergambar Kanak-kanak harus berbangga kerana kesemua 100 judul buku dalam siri istimewa ini kini telah berada di salah sebuah perpustakaan di bandar Bologna, di Itali.

Penyerahan buku ini dilakukan bersama-sama dengan ratusan lagi judul buku lain oleh penerbit-penerbit yang terlibat semasa Bologna Childrens Book Fair pada 26 - 30 Mac 2015 lalu.

Sesi perbincangan sedang dilakukan bersama
wakil perpustakaan. di Bologna, itali.
 Tahniah kepada Editor, Penulis, Pelukis, Pereka Grafik dan pihak promosi projek ini. Tidak lupa kepada semua pembimbing projek, terutama Pak Yusof Gajah Aktiviti sebegini adalah lumrah bagi semua penerbit yang menyertai mana-mana pesta buku di seluruh dunia yang tidak akan membawa pulang buku-buku yang dibawa untuk pameran. 


Sebahagian deligasi Malaysia ke Childrens Book Fair, Bologna, Itali.
Turut Kelihatan, Tuan Sakri dari ITBM dan Arif Hakim Sani dari PTS.
Sudah menjadi kebiasaan, buku-buku berkenaan akan disumbangkan kepada perpustakaan, atau kepada pihak kedutaan Malaysia, atau kepada persatuan pelajar dan individu. 

* Tujuan utamanya adalah untuk mengembangkan bahan 
bacaan Malaysia dan memperkenalkan judul-judul buku Malaysia 
kepada masyarakat setempat.




Kini buku Projek #100 Buku Bergambar Kanak-Kanak ini telah diserahkan kepada pihak Perbadanan Kota Buku untuk dipasarkan di semua pesta buku di seluruh dunia bagi tujuan pelesenan antarabangsa. Terima kasih kepada, Pengurus Kanan Pemasaran dan Pelesenan Kota Buku, Tuan Hasri Hasan atas usaha ini.


Thanks foto: Stefano Romano

No comments: