Friday, December 23, 2011

SIS JORA MASIH DI KATIL WAD ICU
JUMAAT -  Kami rakan rakan masih lagi berada di lobi wad ICU di Hospital Ampang. Ya Allah, Ya Rahman, ya Rahim... Kau kuatkan semangat sahabat kami, dirinya kini dalam keadaan separa sedar. Masih berjuang dengan nyawa dalam keadaan kandungan oksigen dalam darah yang belum stabil.
 Abang Aminuddin memberi ciuman sayang sebelum
katil Sis Jora diusung ke wad ICU
Tingkat 3 Hospital Ampang.
 Suami - menghubungi rakan-rakan



 Hadeeah Aminuddin, anak bongsu Sis Jora dan Abg Aminuddin Mokri. 
Sugul tatkala emaknya mahu diusung ke Wad ICU
Pesanan saya kepada Sis Jora.
Anak dara masak dadih
Jual dadih tepi pintu
Sis Jora jangan sedih
Kami tetap Luv You.

Apabila saya tanya keadaan hari ini, beliau menjawab dalam bentuk tulisan: 
(Lenguh sikit...)

Kami dan laiin-lain rakan daripada Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata tidak putus-putus bergilir melawat beliau, kami juga titipkan doa dan harapan kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yang telah kami singgahi. Semoga doa anak-anak yatim dan bacaan Yassin mereka akan memudahkan lagi proses penyembuhan Sis Jora Latifah.
--------------------------------------------------- ********* ----------------------------------
KATA SAYA: Seorang dtg bjumpa Rasulullah saw & btanya: "Siapakah manusia yg paling berhak utk saya berbuat baik?", Rasulullah saw menjwb: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?", Rasulullah saw menjwb: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?", 
Rasulullah saw menjwb: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?", Rasulullah saw menjwb: "Bapamu." (HR Muslim No.4621)
--------------------------------------------------- ********* ---------------------------------

No comments: