Tuesday, December 27, 2011

KAMI BERSEDIH TANPA KEHADIRAN DIA
HARI INI adalah hari ke 8 sahabat saya Sis Jora berada di wad ICU Hospital Ampang. Hari ini juga adalah majlis persandingan pihak lelaki anak lelaki sulungnya, Boy bersama isterinya Farah. Kami sahabat-sahabat membantu meraikah majlis ini, cuba menceriakan Abang Aminuddin Mokri yang sangat-sangat bersedih kerana majlis berlangsung tanpa kehadiran isteri tersayang, Sis Jora.

 Pengantin lama pada 26 Dis 2011

 Sahabat-sahabat meraikan perkahwinan Boy 
- Emaknya Sis Jora masih di wad ICU Hospital Ampang


Seperti selalu kami daripada team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata, hadir sebagai wakil pihak lelaki. Melayan tetamu, menambah ceria dan membantu keluarga pengantin lelaki menghadapi detik-detik bersejarah ini. Sis Jora... kami tetap rindukan wajah manis dan segala kebaikanmu...

------------------------------------ ******** -----------------------------------------
Kata saya hari ini: 
Dalam setiap keraian ramai daripada kita suka melayan mata
melayan telinga dan melayan selera
Sesekali elok juga kita
melayan rasa

------------------------------------ ******** -----------------------------------------

No comments: