Wednesday, December 21, 2011



`KERJA KONTRAK'
SEORANG sahabat baru sahaja mendapat surat sambung perkhidmatannya di syarikat dalam usianya 50 tahun. Ini bermakna beliau akan meneruskan perkhidmatan disyarikat dalam skim kontrak. Skim ini akan disambung mengikut tahunan. Makanya surat janji sambungan perkhidmatan akan ditandatangani setahun sekali.

Hari lahirnya ialah pada Mac 2012 yang mengesahkan usianya 50 tahun waktu itu nanti. Namun syarikat telahpun menyiapkan suratnya dalam tiga bulan lebih awal. Alhamdulillah, kerana syarikat mempercepatkan proses kontraknya. Tidaklah dia tertunggu-tunggu status pekerjaannya.

Saya akan mencapai tarikh itu tahun hadapan. Tepatnya pada Julai 2012. Saya tidak tahu kedudukan saya bagaimana... mungkinkah akan dibuat lebih awal? Apakah akan disambung dalam bentuk kontrak? Atau mungkinkah tidak akan disambung? Entahlah labu...

1 comment:

Leeza said...

Jangan risau pada usia yang bertambah. Jika kontrak akak tidak disambung, akak fokus kepada penulisan yang tiada titik penamatnya. Za berharap akak akan terus menulis sampai hujung nyawa...kerana saya merupakan pembaca akak yang setia. :D.