As-Salam... Sebenarnya seperti ingin menyorok dalam gobok. Ya Bawah gobok ada kotak, di dalamnya tersembunyi satu kotak. Di bawahnya ada tempurung. Di bawahnya ada katak menyorok (lebih kurang begitulah lagu Malique dan Jamal Abdillah)... pokok pangkal pengakuan hari ini ialah - saya selalu abaikan blog. Padahal blog adalah cinta pertama saya sebelum Fb.
Ini bermakna saya abaikan mereka yang selalu datang ke sini (mungkin kerana mereka tidak boleh tengok status saya di Fb kerana bukan friends - maaf list kawan di Fb hampir penuh). Ada juga yang sudah jadi sahabat di Fb tapi tetap mahu ke sini kerana catatan di sini agak lain daripada di Fb, agak panjang dan lebih personal - mungkin.
Alasan saya? Biasalah. Tidak perlulah saya terangkan. Padahal bloglah cinta pertama saya kerana Cinta Fb datang kemudian. Sebenarnya ada banyak kerja tertangguh. Dan apabila tertangguh, jadi bertimpa-timpa apa bila hari berganti hati. Waduh... capek!
Antara tugas bulan Mac ialah membawa beberapa judul buku kanak-kanak untuk perbincangan bersama Editor Imstitut Terjemahan Buku Negara untuk tujuan terjemahan.
Saya dan team juga sedang menyiapkan antologi cerpen yang dibuat bersama PROSTAR MALAYSIA, satu entiti dibawah Kementerian Kesihatan Malayasia yang mana dana penerbitan antologi ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak PROSTAR MALAYSIA. Sebelum itu satu sesi dan bengkel mengenai penulisan cerpen telah diaturkan di Kompleks Kesihatan Bangsar, Kuala Lumpur. Antologi ini berjudul - Saya Sudah Berubah, Anda Bila Lagi?
Saya juga sedang menulis novel baru yang tidak siap-siap. Asyik kena hold sahaja. Asyik ditinggalkan sekejap. Bila sekejap, jadi lama pula. Dalam masa saya saya juga sedang menulis semula tiga judul novel-novel terdahulu untuk disesuaikan dengan jalan cerita dalam bentuk drama televisyen kerana penerbit sudah berminat, hanya menanti kata putus stesen televisyen sahaja.
Ini penting. Kerana apabila dijadikan drama, semestinya novel itu akan diulangcetak. Terlanjur diulangcetak saya mesti updated banyak perkara. Contohnya dulu tidak ada internet. Dulu tidak ada handphone. Dulu tidak ada Ipad, Twitter, Fb dan sebagainya. Jadi semuanya mesti disesuaikan semula dengan keadaan sekarang. Termasuk juga lokasi-lokasi - ada hotel yang sudah bertukar nama, ada jalan yang sudah sehala, ada jenama kereta yang terbaru...
Alhamdulillah, tiga daripada lima novel di atas sedang dalam perbincangan antara penulis skrip, penerbit buku dan stesen televisyen.
Namun insya-Allah saya akan menulis lagi dan lagi di sini. Janganlah harap setiap hari, sesekali apabila terluang akan saya updated di sini segala isi hati, pendapat, pemerhatian, komentar dan gosip.Okey, jutaan maaf saya pohon. Bak kata Jamal... maafkan aku...
3 comments:
cerita Kuala Lumpur Dimana Suamiku best . buatlah filem . saya tertunggu2 novel tu difilemkan selain Ombak Rindu .
Naz yang dihormati... memang ada penerbit yang sudah minta untuk filem, sedang dalam peringkat perbincangan. InsyaAllah. Tapi katanya bab abang Natasya tu mesti lebih ganas ala samseng sikit ;)
Seronok mendengar perkembangan ini - novel ke skrip drama. Saya masih terkial-kial menghasilkan novel setelah Kursus Penulisan 2 anjuran Karangkraf 2011. Lebih 10 bab telah dihasilkan dan menuju ending. Bagaimana saya mahu menghubungi editor? Tolong bantu.
Post a Comment