Sunday, April 15, 2012

KUIH CARA NEK JAH


HARI ini Ahad 15 April. Kebiasaannya hujung minggu saya memasak untuk keluarga denga nresipi yang istimewa sedikit berbadning hari-hari biasa. Jika hari biasa menunya yang mudah dan ringkas sahaja, namun baisanya hari Ahad menunya berubah agak berat.

Ada masanya anak-anak meminta Mi Kari, Mi  atau Bihun Sup, Kuey Teow Kung Fu, Mi Mamak Goreng Basah, Mi Bandung, Nasi Minyak dengan set lauknya - ayam masak merah, dalca dan acar mentah... Pernah juga mereka mahu makan Bubur Lambuk Daging/Ayam... Kata saya; tak kisahlah, mama akan buat dan yang penting mesti makan sampai habis.

Jadi hari ini permintaan untuk Chicken Butter Curry dan juga sambal sardin. Okey siap semuanya dalam pukul 1 tengahari. Mereka makan awal dan abahnya segera bersiap untuk ke surau Solat Zohor.

"Nanti petang mama nak buat Kuih Cara, macam Nek Jah buat" kata saya pada anak-anak.
"Okey... nak letak daun pandan, jangan pakai pewarna..." Kata anak sulung.

Selepas makan saya selongkar almari dan mengeluarkan acuan kuih cara. Acuan ini mak yang punya... saya cakap dengan adik beradik yang lain saya nak warisi acuan ini dan biar acuan ini ada bersama saya. Mereka boleh pinjam tetapi kena pulangkan semula kepada saya selepas digunakan...

Oh, semestinya kuih cara ini mengingatkan saya pada arwah mak... saya banyak belajar memasak kuih-kuih tradisonal dengan arwah mak. Boleh dikatakan kesemua jenis kuih tradisional insyaAllah saya boleh buat. Ini disebabkan saya selalu menolong arwah buat kuih untuk dijual di tepi jalan dekat simpang rumah kami.

Mak menyuruh saya menolongnya memasak hampir setiap hari. Setiap hari sebaik balik dari sekolah sahaja saya suduh duduk di dapur potong kentang, hiris keledek, keladi atau sukun dan ramas ubi kayu untuk buat getok ubi.

Dalam masa sama mak akan uli tepung dan saya akan menggentel doh karipap dan klim tepinya. Kemudian dalam masa sama rendam kacang dal untuk buat kuih vadee. Jangan lupa juga talam tepung dalam pengukus. Lepas itu masukkan pula kuih abokabok dalam pengukus. Seperkara yang melucukan dan selalu terjadi... saya terlupa garam dalam dadar kuih ketayap... selalu kena marah selain daripada inti ketayap yang selalu hangit...!

Al Fatihah untuk arwah mak... walaupun mak dah tak ada, banyak ilmunya ada pada saya dan akan saya perturunkan kepada anak cucu nanti...

No comments: