Thursday, April 5, 2012


HARI 01: KLIA / SAIGON
* Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas
* Tiba di Saigon dan daftar hotel (Hoang Gia Huy Hotel)
* Makan malam di restoran Muslim tempatan
* Ke Pasar Malam Ben Thanh 
* Berehat dan bermalam di Saigon

Kami sebagai warga kerja Grup Buku Karangkraf mengucapkan jutaan terima kasih kepada CEO Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hj Hussamuddin Haji Yaacub yang menaja percutian ini. Hadiah istimewa ini sebenarnya kami perolehi apabila kami berjaya mencapai sasaran jualan yang pihak syarikat telah tetapkan.

Dalam hal ini kami amat berterima kasih kepada semua pembeli dan pembaca produk Grup Buku Karangkraf yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd dan Karya Bestari Sendirian Berhad. Atas pembelian dan minat membaca andalah yang telah menjadikan impian kami satu kenyataan.

Oleh itu sewajarnya ucapan terima kasih yang menggungung tinggi kami tujukan kepada anda semua.








* Lebih banyak gambar > (DI SINI)

No comments: