Monday, April 9, 2012


Ahad 8 April 2.30 petang - bemula dengan insiden kapal terbang tidak dapat berlepas tepat pada waktunya kerana masalah teknikal, kami tersadai dalam pesawat hampir 30 minit di Saigon Airport. Tiba di udara M'sia pesawat berlegar lama di langit KLIA dalam gumpalan awan gelap yang menakutkan. 

Inilah wajah juruterbang (yang berusia itu) dan pembantu juruterbang pesawat Vietnam Air yang membawa kami pulang dari Saigon City - KLIA - Lapangan terbang Changi, Singapura - KLIA malam tadi.
Akibat gagal mendarat kerana cuaca buruk di KLIA, pilot menerbangkan kami ke Changi Airport. Tersadai di sana hampir 1 jam dan tidak dibenar turun dari kapal terbang. Walaupun sepatutnya tiba 6 petang namun menjejak bumi tercinta ini tepat 10 malam sekalipun, kami amat bersyukur...
Saya bosan duduk di kerusi (kerana pihak Singapura tidak membenarkan kami turun), lalu saya ambil kesempatan untuk melawan ruang kokpit dan bertemu dengan dua lelaki hebat ini.

Sambil menyentuh bahu saya, juruterbang yang berusia itu berkata: 
"Please my dear, I'm so sorry. This is not my mistakes, please don't summond me..."

No comments: