(Kita akan bertebaran mengikut haluan sendiri hujung minggu ini. Kita akan melangkah dengan destinasi masing-masing. Kita akan sampai ke haluan yang berbeza. Kita juga akan merasa pahit, manis, masam atau kelat yang berlainan. Namun ingatlah kita tetap memijak bumi yang sama dan menjunjung langit yang serupa. Salam hujung minggu kepada semua...)
Pauline
nekad, dia tidak mahu kembali lagi ke kediaman mereka di Shah Alam. Banglo
itu sudah tidak ada kebahagiaan. Tidak ada kasih dan sayang. Tidak ada masa
hadapan. Dia tidak mahu hidupnya menjadi sia-sia, di samping Hafifi.
Siang
tadi dia sudah terjebak dengan putar belit Hafifi. Namun mujur dia berjaya
melepaskan diri. Memang tempat letak kereta di The Mall itu sempit.
Walaupun
dalam keadaan tergesa-gesa, keretanya hampir terbabas... jika dia gagal
mengawal keretanya, pasti dia dan keretanya akan terhumban ke bawah,
betul-betul di hadapan Hotel Legend itu.
“Jangan
lari. Tunggu...!” Dia mendengar suara Hafifi dari ruang beli belah di tingkat
satu pusat beli belah itu. Dia berkeliling mencari arah datang suara itu,
tetapi gagal.
Pauline tahu, sejak seminggu dua ini Hafifi memang mencari dia.
Sudah dua minggu dia main sorok-sorok dengan Hafifi. Tapi tak sangka, semalam
dia boleh terserempak dengan lelaki itu.
“Hey...!
Tunggu!” Jerit Hafifi. Dia menarik kasar tali lehernya.
Pauline
pantas berlari sekuat hatinya. Dia terburu-buru masuk ke dalam lif. Cepat-cepat
dia menekan butang lif ke tempat letak
kereta.
“Ya
Allah selamatkan aku. Ya Allah, lindungilah aku daripada suamiku... dia bukan
suamiku... tapi Ya Allah dia sudah menjadi musuhku...!”
Belum
habis Pauline berdoa, pintu lif sudah ternganga. Dia pantas berlari ke
keretanya. Tetapi dia gagal mencari anak kunci keretanya! Begnya penuh dengan
pelbagai barang. Ada berus gigi, ada ubat gigi, ada sikat, ada bekas mekap, ada
sarung kaki...
No comments:
Post a Comment