Tuesday, January 17, 2012

MENGENANG BONDA SETELAH TIGA TAHUN BERLALU

KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonad
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucup dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatas bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap tuhan

Beribu bakti kami berikan
tidak sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan

- Allahyarham Usman Awang

Hari ini genap tiga tahun kematian bonda. Rasa rindu saya kepadanya semakin menggunung tinggi. sayabanyak berkongsi cerita dengan arwah. Arwah banyak menyimpan suka duka saya bersamanya memandangkan saya tinggal lama dengan keluarga kerana tidak tinggal di asrama, tidak lama di universiti.

>>> (Ke Makam Bonda Atijah @ Halijah Ibrahim). Dalam entri ini ada gambar-gambar kunjungan keluarga kami ke pusara bonda di Tanah Perkubungan Islam, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

>>>>(Hari di mana kami kehilangan bonda). Sedihnya rasa... air mata masih bersisa untukmu bonda. bahagialah bonda di Negara Abadi.

No comments: