Wednesday, January 11, 2012

2012 TAHUN POSITIF BUKU KANAK-KANAK DAN AGAMA
INDUSTRI buku yang baru saya tekuni dalam dua tahun kebelakangan ini (setelah 23 tahun dalam bidang majalah dan 5 tahun dalam bidang akhbar harian) kian menampakkan progres positif. Memegang tanggungjawab berat menjaga amanah bagi tiga syarikat buku betul-betul menjadikan saya ulat buku.



 Alaf 21 Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd dan Karya Bestari Sdn Bhd merupakan tiga entiti bisnes yang menjadi tanggungjawab saya untuk dipikul. Ketiga-tiga syarikat ini sarat dengan cita-cita. Ada banyak lagi projek yang akan saya suntik. Ada pelbagai gaya dan bentuk buku yang akan saya aplikasikan bagi melonjak ketiga-tiga syarikat ini kedunia bisnes yang lebih kompetetif.
 Alhamdulillah, pencapaian tahun 2011 telah melebihi 200 peratus jumlah pendapatan keseluruhan berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan ini membuagtkan saya tambah bersemangat. Bagai tidak percaya tetapi inilah kenyataan.
 Sifirnya mudah sahaja - pendapatan dalam karnival-karnival kecil yang telah diadakan di bandar-bandar kecil telah memberi pendapatan melebihi RM300 ribu ringgit dalam masa satu hari. Jika dibuat tiga hari berturut-turut? Jika diadakan setiap bulan pula?
Oh... saya harus berterima kasih kepada semua pihak. Bermula daripada karywan di pejabat, di bahagian cetak, di bahaagian pengedaran, pembeli buku-buku, pengkritik, pengedar, agen dan semua yang terbabit, sebenarnya telah menyumbang kepada pendapatan keseluruhan.

>>>>> (BERITA HARIAN 11 JAN 2012)

No comments: