SAYA geleng kepala banyak kali. Otak saya tidak dapat menerima hakikat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang memberitahu Dewan Negara bahawa seramai 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.
“Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
Ramainya! Jumlah itu rupanya semakin meningkat setiap tahun. Hakikatnya pesakit mental semakin bertambah. Sebab itulah semakin banyak kejadian tidak munasabah berlaku akhir-akhir ini angkara gangguan mental. Bunuh sadis, bakar orang, sumbat mayat dalam beg plastik, dera anak, seks bebas… semua itu antara sakit mental yang dikenal pasti.
--------------------------------- ******** --------------------------------------------------
KATA SAYA: ”Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya..”
[Imam Al-Ghazali]
--------------------------------- ******** --------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment