Thursday, January 9, 2014

IDEA GILA


Hari ini kami berbincang lagi mengenai projek penerbitan buku resipi istimewa. Istimewanya kerana konsep buku ini lain daripada buku-buku resipi yang sudah ada dalam pasaran. Kami mengadakan sesi cambah fikiran ini untuk kali ke dua, selepas masing-masing antara kami serius memerah idea untuk penghasilan sebuah konsep buku yang membabitkan media cetak, media online dan media sosial.


Zamir yang malu-malu kucing


Hari ini yang datang berbincang daripada Grup Masterchef All Star ialah Zamir yang malu-malu kucing, Brian dan Emelda yang kepoh serta Soo Wiinci yang sangat seksi :)

Projek ini adalah projek berani mati! Dengan konsep baru. Kerja yang suntuk. Hidangan resipi yang heavy dan pre serta post production yang sangat gila-gila. Kenapa gila-gila? Sebabnya kerja ini membabitkan selebriti yang `banyak songeh, banyak mulut dan dihimpit waktu kerja yang suntuk' kerana setiap selebriti sudah ada jadual komitment yang ketat.

Mereka tak akan marah saya kata `banyak songeh' sebab kami sangat seronok dapat bekerja dengan mereka.  Cakap lepas sahaja tetapi hati tetap baik beb :) Hari ini agak cool sedikit kerana Micheal Ang dan Selena tidak dapat datang...

Semoga apa yang kami bincangkan dapat menjadi kenyataan.

No comments: