Friday, January 10, 2014

ALMARHUM AHMAD AMMAR

Gambar muka hadapan buku yang sangat istimewa di hati saya

Jumaat ini membawa kepada kita banyak berita gembira:
:: BERITA BAIK BUAT SEMUA ::

Subhana-ALLAH, Alhamdulillah wa ALLAHuakbar... Salam Jumaat buat semua ahli fanpage FB Karya Bestari Sdn. Bhd. Semoga semuanya sentiasa dirahmati ALLAH.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, pihak editorial Karya Bestari sedang bertukus lumus dengan bantuan pihak Grup Penjejak Tamadun Islam (GPTD) bagi menyiapkan buku tulisan 15 orang mereka yang karib dengan Almarhum Ahmad Ammar.

Insya-ALLAH, ia dijangka siap sepenuhnya awal Februari 2014 dan sudah boleh diperolehi khususnya pada hari berlangsungnya Karnival Karangkraf pada 7 - 8 - 9 Februari 2014.

Dilampirkan kulit buku tersebut namun harganya masih dalam proses pengiraan kos, insya-ALLAH kami akan pastikan buku ini dijual dengan harga mampu milik kerana mahu ia dibaca oleh seramai mungkin anak muda dan ibu bapa.

Buku ini dipersembahkan dalam bentuk berwarna penuh khususnya 100 lebih gambar rakaman sepanjang hidup Ammar dari kecil sehinggalah mutakhir.

Mohon bantu saya sebarkan kebaikan ini sebanyak mungkin, insya-ALLAH semoga kebaikan kecil ini ada nilai kebajikan di sisi Allah Ta`ala. Insya-Allah.




No comments: