Wednesday, January 15, 2014

ERNI ISMAIL

Hari ini 14 Januari 2014, saya menghadapi detik-detik sedih di pejabat. Bukan saya seorang, sebenarnya semua staf karyawan Karangkraf melaluinya... sedang bersedih. Ya, kami sedang berdukacita atas kesusahan yang sedang ditanggung oleh sahabat yang kami kasihi, Pengurus Karangkraf Digital, Puan Erni Ismail.

Saya antara yang amat rapat dengannya. Kami sama-sama bergabung tenaga, jiwa dan raga semasa awal penerbitan Akhbar Sinar Harian di Kelantan pada 2006, 8 tahun lalu. Kami antara tenaga awal yang dihantar bertugas ke Pengkalan Chepa, untuk merealisasikan penerbitan akbar berkenaan.

Setiap minggu kami saling berselisih balik ke Shah Alam (saya) dan Erni balik ke Puchong untuk bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Dan kemudian pada Ahad pagi kami sudah berada semula di Pengkalan Chepa untuk memulakan tugas bagi minggu berkenaan.

Erni di sisi suaminya Ahmad Kamal ketika Aidilfitri 2013. 
Mereka memiliki dua cahaya mata. 
Seorang lelaki (8 th) dan seorang perempuan (ambil UPSR tahun ini).

Erni seorang yang amat mahir dalam dunia IT. Dia cekap urusan server yang tiba-tiba sangkut atau down. Dia cekap mengatasi masalah line Celcom dan telefon pintar kerana semua hal penghantaran gambar dan teks daripada seluruh wartawan dari seluruh jajahan dalam negeri Kelantan dihantar melalui komputer/smartphone.

Kini Erni sedang bertarung dengan nyawanya. Kansernya sudah pada tahap kritikal. Hanya sedikit respons yang tinggal... nafasnya sudah tidak boleh secara normal, bergantung pada alat pernafasan.... dan doktor sudah tiada sebarang jaminan.


Link fb saya tentang Erni, >>> KLIKSINI <<<<

Allahu Rabbi... kami memohon supaya diringankan kesaktan sahabat kesayangan kami ini (bertudung hijau) yang kini sedang mengharungi detik sukar di Wad Radioteraphy Hospital Kuala Lumpur. Semoga segala kesukaran perubatannya dan usaha tungkus lumur doktor dipermudahkan... Amin.




No comments: