Friday, August 27, 2004

PENGAKUAN
MALAM
tadi bertemu Aida dan anak-anak di `pulau' dekat Kampung Baru. Kami makan sate dan anak-anak memilih makanan barat. Malam tadi tanpa Kamal. Ini bukan boikot Kamal. Kerana ada masanya perempuan sama perempuan perlukan masa untuk duduk berbual, untuk menangis dan untuk menerima hakikat talak adalah di tangan lelaki.

Rahsia! Sebagai wartawan assignment saya gagal malam tadi. Punca perceraian masih rahsia. Lagipun saya tidak begitu serius bertanya kerana apa yang ingin diisi dalam pertemuan malam tadi ialah supaya Aida sedar semua itu bukan titik akhir hidup. Dia perlu terus berjuang demi anak-anak dan masa depan kerjaya. Okaylah malam tadi Aida bersetuju dengan EP. Perkahwinan bukan perjudian. Dia tak fikir dia untung. Dia pun tak fikir Kamal rugi. Aida kata; berpisah hidup sakit!

No comments: