Tuesday, August 24, 2004

BERKONGSI, BUKAN MONOPOLI
HARI
ini seharian saya tak masuk pejabat. Pagi ke Sidang Kemuncak Sambutan Hari Wanita dan petangnya pula ke Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya. Acara pagi memenatkan fikiran dengan pelbagai idea bernas tentang wanita - kepimpinan ke arah kecemerlangan. Sebelah petangnya pula bertukar fikiran tentang hal-hal iklan, do and dont. Mengenai etika penyiaran bahan-bahan iklan, gambar, bentuk tulisan yang merujuk kepada produk untuk diiklankan dan pelbagai lagi.

Sementara itu Sambutan Hari Wanita akan diadakan esok dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri. Tema tahun ini ialah Nur: Mengukuhkan Kemakmuran Ekonomi. Seperti tahun lalu sambutan Hari Wanita bukan sekadar sambutan tetapi banyak sesi berbincangan diadakan. Banyak topik dibincangkan. Bagi saya ini idea bagus. Tahun lepas sudah dimulakan acara ini dan tahun ini diteruskan lagi dengan pelbagai topik mantap. Antaranya;

- Egnity The Power Within (Shahrizat Jalil)
- Dia Menang Anda Menang; Wanita Membantu Wanita Berjaya (Angie Ching)
- Sembilan Hidup Saya (My Nine Life) (Anita Sarwawak)
- Rakan Kongsi Menguntungkan; Mencetus Peluang di Akar Umbi (Penny Shone)
- Saya Bina Empayar 1 Juta Dollar (Dato' Dr. Jennie Tay)

Bagi saya memang amat sesuai sambutan tahun ini difokuskan pada ekonomi demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan penting wanita serta memberi pengiktirafan kepada wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan, pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Bagus topik ini. Soal seperti hal gender, hak sama rata, soal siling kaca, soal bos wanita dan sebagainya yang remeh perlulah diketepikan.

No comments: