Thursday, October 10, 2013

Happy Birthday DK

Saya admin  >>> SD<<< dengan ini mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-3 kepada laman fb yang kami kendalikan, laman khusus untuk menyatakan rasa kasih dan sayang kami kepada anak-anak kucing... yang kami belai dan kami peluk cium setiap hari, hingga ke bilik tidur.


Semoga DK akan terus menyumbang bakti, menyemai rasa tanggungjawab kepada waris-waris Muiezza, kucing kesayangan Nabi Muhammad SAW. Tahniah kepada semua pencinta kucing dan ucapan penghargaan buat semua Admin Dunia Kucing.


Kisah dan gambar kucing saya di sini:

Mana mak?

RENUNG-RENUNGKAN:  Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?" Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudianJam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. 

Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Monday, October 7, 2013

Pengakuan Taubat

AllahhuAkhbar Indah Hairani Latif! Terharunya rasa... ini adalah cerpen saya yang tersiar dalam Dewan Sastera pada 1999. Sebuah tulisan yang serius, plot yang berat, semstinya dengan lenggok bahasa yang kita sama-sama suka  Saya suka dengan eksperimen dialognya. Terima kasih Ndah. Cerpen ini termuat dalam sebuah Kumpulan Cerpen saya yang akan terbit tidak lama lagi bersama ITBM. Terima kasih kepada Tuan Anuar Manshor dan Editornya Ainunl Muaiyanah







Saturday, October 5, 2013

Akak 50 Carrat

Terima kasih sahabat semua atas kata semangat dan dorongan untuk saya terus sihat, bertenaga dan menjalani gaya hidup cergas... sebenarnya gambar ini diupload untuk mengalih perhatian daripada wajah penat tiga hari berturut-turut di jualan gudang... nak nampak fresh sikit  walau apa pun saya akur dengan usia yang semakin meningkat dan kian singkat. Terima kasih... saya sayang anda yang beri komen dan semua sahabat saya 



Mencuri di Jualan Gudang

RAMAI yang bertanya: 
Tidak adakah yang mencuri buku semasa jualan gudang... 
Maklum dalam sibuk-sibuk dan ramai pengunjung? 
Tidak tangkap mereka dan denda? 
Tidak report polis? 




 
Banyak gambar da komen Jualan Gudang
di sini >> KLIK SINI






Saya jawab; memang ada kes curi buku, curi novel, bahkan curi buku agama pun! Kami buat kawalan, ada cctv, ada staf yang kontrol tetapi jika berlaku juga kecurian, kami ikhlaskan sahaja dengan niat mungkin mereka tidak ada duit hendak beli buku tetapi hendak membaca bagi menambah ilmu. Kami harap dengan apa yang mereka baca hasil buku curi itu, mereka dapat manfaatkan ilmu itu untuk tujuan baik dan sebarkan demi ilmu. 

Kami tak nampak, tapi Allah nampak. 
Cctv Allah lagi besar pixelnya.

Friday, October 4, 2013

Bermula hari ini!

BERMULA hari ini 4hb Oktober hingga 6hb Oktober 2013 adalah Jualan Gudang Grup Buku Karangkraf. Acara empat tahun berturut-turut ini menjadi agenda tahunan kami sebelum menutup kalendar 2013.

Sementara itu untuk Karnival Karangkraf pula akan berlangsung pada 7 - 9 Februari 2014, juga sudah empat tahun berturut-turut diadakan pada skala besar dengan kehadrian hampir 100 ribu orang tetamu menjadikan Shah Alam dan sekitarnya sesak teruk.


Saya bersama Muhammad tuan punya Fb Page Bercinta Selepas Nikah dan Harian Islam.Com yang kini mempunyai hampir sejuta liked! Beliau kini bergabung bersama kami di Karangkraf.
>>>> BERCINTA SELEPAS NIKAH










Thursday, October 3, 2013

Alhamdulillah Ya Allah

SAYA tidak sangka-sangka dan amat bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada saya... tiada kata-kata paling sesuai untuk saya ungkap rasa hati ini. Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang tidak disangka-sangka yang saya terima hari ini.

Ya, surat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang saya terima pagi tadi melalui bos besar amat mengharukan hati... saya menadah tangan mengucap syukur. Saya sebak, tidak sampai tiga bulan saya mendapat kenaikan gaji, hari ini mendapat lagi kenaikan gaji dan kenaikan pangkat.

Saya yakin ini adalah ujian juga untuk saya.
Ujian untuk menguji sejauh mana saya bersyukur..

Saya selalu berpegang pada falsafah ini dalam menjalankan tugas...

Saya sedar, ini adalah juga amanah yang telah diletakkan di atas batu jemala saya. Tambahan tugas, tambahan staf, tambahan beberapa lagi jabatan di bawah seliaan saya bukanlah calang-calang tugas. Apalagi dalam usia sekarang...

InsyaAllah. Saya berjanji dengan diri sendiri, dengan restu Allah SWT, saya akan menjalankan tanggungjawab yang diberi sebagai satu amanah dan tidak akan persiakan harapan syarikat pada saya. InsyaAllah.

Wednesday, October 2, 2013

Teks kepada visual

RUMAH  Itu Duniaku (1964) karya Hamzah Hussein, Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Ranjau Sepanjang Jalan (1983) (Shahnon Ahmad), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan) 

Di atas adalah antara karya-karya yang telah diadaptasi dari novel menjadi drama dan filem sejak 1964 hingga ke tahun 1997. Senarai ini mungkin ada yang tertinggal, namun ini jelas menunjukkan karya novel boleh diterjemah daripada karya teks kepada karya visual.

Beberapa penerbit dan penulis skrip kini mengambil langkah membuat adaptasi ini memandangkan karya novel sudah mendapat tempat di hati pembaca dan apabila dijadikan karya di layar televisyen atau filem, sambutan hebat pasti akan menyusul.

Novel ini antara yang terpilih. Sedang melalui proses penulisan skrip.

Novel-novel saya ada juga yang sedang dalam perbincangan untuk diadaptasi. Peringkat-peringkat perbincangan sedang dan telah diatur. Projek ini mengambil peranan banyak pihak iaitu penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon, promosi dan penonton.

Boleh dapatkan link ini untuk info selanjutnya. >>> NOVEL ADAPTASI <<<

Tuesday, October 1, 2013

SAHAM UNTUK AKHIRAT
ALHAMDULILLAH, tiga lagi manuskrip Al-Quran al-Karim terbitan Karya Bestari telah mendapat kelulusan Lajnah Taseh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN). InsyaAllah ketiga-tiga al-Quean ini akan berada di psparan dalam waktu terdekat ini.


Terdahulu, Karya Bestari telah menerbitkan tiga jenis al-Quran iaitu:
1. Al-Quran Muslimah RM65
2. Al-Quran Haramain - RM35


3. Al-Quran Amazing - RM135.


Saya sangat teruja dengan terbitnya naskhah-naskhah Al-Quran ini. Semgoa usaha kecil saya ini akan menjadi saham akhirat buat saya dan keluarga... Usaha untuk menjadikan naskhah Al-Quran lebih kontemporari tanpa mengubah walau satu huruf samasekali, diharap akan digunakan sebaiknya oleh masyarakat.

Kelebihan Al-Quran terbitan Karya Bestari ialah, ianya seratus peratus diterjemah ke Bahasa Melayu, terdapat tafsir dan hadis, ada kisah dan tauladan disamping tajwid dan perkatanya dalam warna.

Monday, September 30, 2013

RUMAH NGAJI

KETIKA zaman kanak-kanak dulu kami tujuh beradik belajar mengaji dengan abah. Abah nampak garang dengan air mukanya yang jarang senyum, tak banyak cakap dan lebih gerun melihata rotan yang diletakkan di bawah pahanya ketika dia bersila.

Huhuuu tetapi itu hanya acah sahaja! Sekali pun rotab itu tidak pernah mengena ke badan saya atau adik beradik yang lain! Tetapi itu bukan bermakna kami terus lalai dan cuai atau terus berlagak nakal... rasa hormat pada abah tetap ada.
Ziarah Mahabbah Grup Rumah Ngaji baru-baru ini telah berziarah ke semua jabatan dalam Kumpulan Media Karangkraf. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Marhaini Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas, memberi penerangan mengenai misi membentuk generasi citakan Al-Quran.

Kini apabila jabatan saya di bawah Jabatan Karya Bestari menerbitkan al-Quran, aktiviti mengaji mulai kami mesrai. Rasa ingin mengaji seperti dulu-dulu dapat kami laksanakan dengan terbitnya Al-Quran Muslimah, Al-Quran Haramain dan Al-Quran Amazing dan tidak lama lagi akan muncul 9 jenis lagi alQuran yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Baru-baru ini grup Rumah Ngaji mengadakan Klinik Al-Fatihah bagi membetulkan bacaaan al-Fatihah. Seorang demi seorang akan membaca di hadapan Imam Muda dan mereka akan membetulkan bacaaan.

Alhamdulillah sinar Islam semakin menyerlah di Karangkraf. Sudah ada surau untuk Solat Berjemaah setiap waktu, solat Jumaat dan solat Dhuha - berjemaah sekiranya ada makmum. Selain itu ada tazkriah pula pada setiap hari sebelum solat Asar.

Kami juga sudah bersolat Aidilfitri di Surau Karangkraf baru-baru ini dan tidak lama lagi akan menunaikan solat Aidiladha pula di surau ini. Alhamdulillah.

Meow...

Berada luar dari rumah selalu membawa rasa rindu - nak cepat balik rumah. Kenapa? Sebabnya ada 12 yang sedang menunggu di rumah. Nak peluk, nak cium, nak gomol, nak main kejar-kejar dan yang penting, nak tidur sama-sama dalam satu selimut!



Salam pagi
Ini cokelat panas yang tidak kuhirup 
Dan kasih kita tetap utuh, meow...

Kasih tak tumpah
kuhirup penuh nikmat
erti kasih!




Banyak komen menarik. Sila klik link di bawah.

Banyak komen DI SINI



Selamat pagi sayang...!

Bayangkan bibirmu di cawan ini
Supaya senyum kita bersatu
Meow....
>>SD<<


Parut Cinta

MINGGU lalu kami pergi ke pejabat penerbit drama untuk skrip reading, memperkenalkan pelakon dan semua casting yang terlibat untuk drama bersiri berjudul PARUT CINTA, iaitu drama 13 Episod X 1 jam.

Izreen turut berlakon dalam drama ini.

Sekali lagi Bro Jo Yusof dipilih untuk menjadi pengarah drama bersiri ini. Antara pelakon yang terlibat ialah Amar, Achong dan Nouri serta juga Izren.

Saya yang emmbuat treatment drama ini amat menyukai watak utama iaitu Farina - yang menghidap penyakit skizo dan terbabit dalam beberpa kes pembunuhan, termasuk mahu membunuh suaminya sendiri. Bagusnya skrip ini ialah gabungan antara realti dan situasi ingat-ingat lupa.

Pelakon kegemaran saya - Amar

Achong dan Nouriz

Parut Cinta ialah tentang keadaan parut kekal yang terdapat pada tubuh seseorang. Bagaimana parut itu telah menyatukan kasih antara seorang emak dan anaknya dan bagaimana juga parut itu telah menjadi satu tragedi bagi mereka sekelaurga. Saksikan nanti tayangannya di RTM. Waktunya akan diberitahu kemudian.

Skrip: Ahmad Saabun
Idea : Sri Diah

Saturday, September 28, 2013

MAIN KUTU
Sudah hujung minggu... rasanya saya dapat kutu bulan ini... Eh! Semasa zaman muda dulu kami sepejabat main macam-macam jenis kutu. Antaranya kutu mesen jahit, kutu pinggan mangkuk corelle, kutu tupperware kutu cadar dan langsir, kutu mesen kisar cili, kutu karpet... anak muda sekarang masihkah main kutu?

Kutu - ataupun KUTIPAN TUNAI memang suatu yang unik dan saya akui hanya mereka yang jujur sahaja dapat berpegang pada janji dan sanggup tunggu sampai giliran dapat duit. Kemudian sesudah dapat duit kita, kena tunggu pula gilirian orang lain dapat duit.

Namun pedih juga kalau ada yang culas, lari tinggalkan hutang, aniaya mereka yang belum sampai giliran dapat duit. Di sinilah kejujuran itu penting... Saya ada sentuh itu ini dalam facebook saya dan mendapat komen yang banyak juga.

Ini main kutu juga namanya ni...

Friday, September 27, 2013

PERBINCANGAN POSITIF BERSAMA LITEARY AGENT

Perbincangan Editor Grup Buku bersama lima bakal penulis

BAGI saya idea kecil akan menjadi impak besar sekiranya dikongsi dengan percambahan pendapat daripada ramai orang. Saya suka sesi cambah fikiran. Ia bukan menyuruh orang lain mengikut idea kita tetapi kita menilai sejauh mana idea kita relevan dan laku.
[Aktiviti kursuspenulisan.com] Alhamdulillah. Pertemuan dengan kumpulan editor dan pengurus penerbitan Karangkraf membawa kepada beberapa idea-idea dalam membangunkan karya penulis. Malam ini merangka kerja berdasarkan respon dua unit penerbitan. Allah jua mempermudahkan. - Zamri Mohamad.

Thursday, September 26, 2013

CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN...

Saya selalu perhatikan status rakan-rakan di facebook yang kerap mengingatkan tentang amal jariah, amalan suci dengan melakukan solat tepat waktu tanpa cuas, jauhi kemungkaran dan penuhi setiap hari dengan zikir dan solat sunat.

Namun sesekali (ialah kita ini manusia biasa) mereka tersasul juga. Saya sedih... Dalam mengingat-ingatkan orang lain supaya berbuat baik dan dirinya sendiri yang selalu penuhi waktu luang dengan solat sunat dan wajib  tapi akhirnya mereka terjebak juga!

Mereka terjebak juga dengan berkongsi berita dan gambar yang mengundang komen melampau, tuduh menuduh dan fitnah memfitnah. Contohnya kes isteri Mat Yo yang menempelak Pak Guard Azman (dia duda...!) di tempat letak kereta airport.

Lalu saya berkata dalam hati... Ya Allah, Kau tunjukkan mereka perkara baik yang patut mereka lakukan, supaya mereka segera hentikan tabiat mengutuk belakang, kalaulah tidak sempat memohon maaf dengan empunya diri bagaimana?

Bagi saya, ya kita boleh memberi komen tetapi mestilah komen yang menasihati. Komen yang menokoh tambah asam garam, gula atau cuka hanya akan mendatangkan dosa kepada kita...

Status saya di facebook: Alangkah gembira hati saya mendapati ada rakan-rakan yang telah memadam posting dan segala komen menyentuh kisah wanita yang memarahi pakcik guard. Iyalah, ada masa kita beringat dan kawal diri, tapi ada masa kita terlepas komen. Apabila tersedar dan fikiran kembali rasional, eloklah kita tengok semula status kita, atau share video dan komen-komen. Ada peluang berjumpa kita boleh minta maaf, tetapi kalau kita pergi dulu....


Tuesday, September 24, 2013

MAJLIS RESTU ILMU - ANAS SUHAIMI @ SPM 2013

Sedang berlangsung Majlis Mohon Restu yang disertai bacaan Yassin dan doa selamat untuk anak-anak yang bakal menjalani peperiksaan PMR dan SPM 2013 dari Sekolah Menengah Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis diadakan di Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam. Semoga Allah SWT memperkenankan doa-doa ibu bapa, guru-guru dan anak-anak supaya mereka terang hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik @ Anas Suhaimi, anak bongsu kami




Monday, September 23, 2013

TERIMA KASIH SUAMIKU...!

Asalnya saya merungut-rungut... tudung ini awningnya lembiklah. Bengot, herot, bla bla bla...
Saya juga komplen, tudung dah lama, warna dah luntur dan macam-macam lagi.

Heheee... petangnya saya diajak keluar...
"Jom kita pergi jalan-jalan... dah lama tak makan di luar."
Saya sengih saja, "nak ke mana?"
"Ikut sajalah..." Kata suami.

Hahaaa... akhirnya dapat lima helai tudung cantik! Piih sendiri  nak warna apa dan nak design macamana! Thanks so much...!


MEREKA ISTIMEWA...!
DUA BELAS ekor budak gebu di rumah saya mempunyai keistimewaan masing-masing. Dan apabila mengetahui mengenai carta ini, lagilah cinta kasih saya semakin bertambah untuk mereka.




My Darling Dusty - meninggal tahun lepas kerana sakit tua :(

My Darling... Datuk Karim :)

Banyak lagi gambar dan kisah menarik mengenai kucing-kucing saya di sini > MEOW MEOW MEOW

Thursday, September 19, 2013

EDITOR KOMITED, PENULIS BERJAYA
Mengapa setiap judul buku perlu ada editor? Editor pula jenis yang suka bermain risiko. Meminta penulis tambah fakta, kurangkan lewah, imbangi nilai komersial dengan prinsip, kembangkan idea, olah struktur dan segala teknik serta taktik yang telah Editor lalui hampir berbelas tahun. Penulis ada tugasnya. Editor ada kerjanya. Pakej ini melengkapkan kitaran. Ini baru Tahap 1.

Saya bersama rakan penulis, Nisah Haron, Dr Salleeh Rahamad dan Hafizah 
ketika Simposium Penulis Wanita Sarawak

Link tentang ini >>> DI SINI <<<

Tuesday, September 3, 2013

SIMPOSIUM PENULIS WANITA SARAWAK

Majlis ini dianjurkan oleh PEKASA - Persatuan Penulis Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

ISU menarik ini tersiar dalam ruangan Sastera Berita Harian. Kepada penulis wanita, sila renung dan manfaatkan pandangan Puan Nisah Haron, Dr. Saleeh Rahamad dan Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah dalam artikel ini. — withSaleeh RahamadNisah Haron and Sri Diah Shaharuddin.



Topik yang saya bentangkan ialah: 
Golongan Wanita Mendominasi Dunia Novel.

Komen saya: Masing-masing ada peranan, maka perkukuhkan peranan. Ini jalan yang kita pilih, yang kita kuasai dan yang kita masuk di dalamnya. Ada banyak pro dan kontra dan hanya kita yang boleh mengatasinya. Kita ada banyak penerbit yang berbeza skop penerbitan. Penulis boleh pilih yang mana satu lebih sesuai untuk bekerjasama. Bagi saya yang mewakili penerbit akan tetap menitik-berat skop bisnes asalkan tidak menyimpang akidah, tidak meruntuh moral dan tidak menambah dosa. Meninggikan tahap cerita, isu yang berat, pemikiran yang kritis berlangsung setiap ketika secara evolusi. Akan tiba wakatunya. Kita sedang bergerak ke arah itu.

Berita di fb tersiar di sini:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=681920641836453&set=t.694960908&type=3&theater

Saturday, August 31, 2013

PERTEMUAN PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF

Bersama Ramlah Rashid dan Puteri Andalas (kiri)

Perjumpaan tahunan ini menghimpunkan hampir 160 orang penulis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama. Antaranya ialah:

1. Isu royalti
2. Giliran pemberian royalti
3. Kesetiaan penulis
4. Aktiviti/kempen
5. Projek akan datang - Editorial
6. Perbincangan aktiviti promosi untuk 2014
7. dan lain-lain lagi.

Bersama Angela Engkuan, Puteri Andalas dan Rozita Wahab.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Urusan, Datuk Hj Hussamuddin yang tidak melepaskan peluang ini untuk memberi motivasi, pesanan dan kata-kata perjuangan dalam memartabatkan dunia penulisan bersama GBK.