Monday, September 30, 2013

RUMAH NGAJI

KETIKA zaman kanak-kanak dulu kami tujuh beradik belajar mengaji dengan abah. Abah nampak garang dengan air mukanya yang jarang senyum, tak banyak cakap dan lebih gerun melihata rotan yang diletakkan di bawah pahanya ketika dia bersila.

Huhuuu tetapi itu hanya acah sahaja! Sekali pun rotab itu tidak pernah mengena ke badan saya atau adik beradik yang lain! Tetapi itu bukan bermakna kami terus lalai dan cuai atau terus berlagak nakal... rasa hormat pada abah tetap ada.
Ziarah Mahabbah Grup Rumah Ngaji baru-baru ini telah berziarah ke semua jabatan dalam Kumpulan Media Karangkraf. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Marhaini Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas, memberi penerangan mengenai misi membentuk generasi citakan Al-Quran.

Kini apabila jabatan saya di bawah Jabatan Karya Bestari menerbitkan al-Quran, aktiviti mengaji mulai kami mesrai. Rasa ingin mengaji seperti dulu-dulu dapat kami laksanakan dengan terbitnya Al-Quran Muslimah, Al-Quran Haramain dan Al-Quran Amazing dan tidak lama lagi akan muncul 9 jenis lagi alQuran yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Baru-baru ini grup Rumah Ngaji mengadakan Klinik Al-Fatihah bagi membetulkan bacaaan al-Fatihah. Seorang demi seorang akan membaca di hadapan Imam Muda dan mereka akan membetulkan bacaaan.

Alhamdulillah sinar Islam semakin menyerlah di Karangkraf. Sudah ada surau untuk Solat Berjemaah setiap waktu, solat Jumaat dan solat Dhuha - berjemaah sekiranya ada makmum. Selain itu ada tazkriah pula pada setiap hari sebelum solat Asar.

Kami juga sudah bersolat Aidilfitri di Surau Karangkraf baru-baru ini dan tidak lama lagi akan menunaikan solat Aidiladha pula di surau ini. Alhamdulillah.

No comments: