Friday, March 7, 2008

CORAT CORET PILIHAN RAYA


KOTA BAHARU - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memotong riben simbolik perasmian majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) Lot Bazar Tok Guru dan Ramah Mesra Warga Peniaga Kota Bharu di Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).


DI JERLUN - Kehadiran Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali untuk memberi sokongan kepada anaknya Datuk Mukhriz Mahathir. "Orang lain bawa Siti berkempen, saya pun bawa Siti juga - tapi Siti Hasmah la..."


DI KUALA TERENGGANU - Penyokong parti pembangkang cuba menghalang ketibaan beberapa buah bas. Dalam kejadian itu, hampir 350 pelajar yang tiba dengan sembilan buah bas untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing esok, ditahan sebelum di arah berhenti di hadapan Masjid Tengku Tengah Intan Zaharah untuk diperiksa.


DI KEPALA BATAS - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin (kiri) bersama isteri Datin Zarina Babul Basar (dua kiri) membantu membakar lemang yang di panggil "Lemang Pilihanraya" di kampung Pinang Tunggal.


DI KUALA LUMPUR - Penumpang- penumpang bas ekspres yang menuju ke Kelantan dilihat memenuhi kawasan tempat letak kereta, Kompleks Sukan Negara di sini, untuk menunggu giliran mendaftar nama mereka.


DI KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P67 Kuala Kangsar, Datuk Seri Rafidah Aziz meninjau keadaan Sungai Perak selepas merasmikan Pasar Pagi Manong.

Sunday, March 2, 2008

HAIYA PUTERI, MAU LARI MANA...



PADANG BESAR - Sekumpulan anggota Puteri UMNO Padang Besar yang diketuai Datin Seri Normala Samsudin (depan), isteri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P01 Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid, bertempiaran lari apabila dikejar seekor lembu betina ketika berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis.

Thursday, February 21, 2008

GAMBAR TERLEWAT
MAJLIS
anjuran myJICA dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) sempena Hari Kebudayaan Jepun sudah selamat berlangsung pada 16 Februari 2008 lalu di Dewan JUPEM. Di bawah ini antara gambar yang telah dirakam. Siaran mengenai majlis ini akan disiarkan dalam majalah-majalah terbabit dalam waktu terdekat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.


Majalah E-Baca, myJICA dan Rudy - Haiku


Kini mereka gembira mengenali Haiku


Majalah RASA & myJICA


Majalah Laman & myJICA


Homestay - myJICA


AJK - orang depan dan belakang tabir.


"Ingat dik... 5 - 7 - 5. Kembangkan tangan tu bila mengira."

* p/s gambar XPDC Mt Fuji?

Saturday, February 16, 2008

HARI KEBUDAYAAN JEPUN
SEMUA dijemput untuk menghadiri majlis anjuran myJICA & Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 Feb 2008 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: Dewan Ukur, JUPEM. Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Acara:9 pagi - 12 tgh: Bengkel Haiku oleh Rudy Bluehikari.
Tajaan: e-sastera.com & Majalah e-baca

10 pagi -12 tgh:Demo Masakan Jepun oleh Sato-san & Kawazoe-san. Tajaan: Majalah Rasa

11 pagi -1 petang: Bengkel/Demo Ikebana oleh Izu-san.
Tajaan Majalah Mingguan Wanita

2 petang -4 petang : Taman Jepun oleh Norazah (Jab.Landskap Negara). Tajaan Majalah Laman

3 petang -5 petang: Solekan Jepun oleh Body Shop.
Tajaan: Majalah Rapi

9 pagi - 5 petang: Pameran XPDC Mt.Fuji.
Tajaan: JALPAK

9 pagi - 5petang: Pameran Program Homestay

Semua pembaca, seisi keluarga adalah dijemput hadir.

Thursday, February 14, 2008

GENDANG SUDAH DIPALU, IRAMA SUDAH DILAGU.
SILAKAN MENARI!


PUTRAJAYA, 14 Feb - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menunjukkan watikah perisytiharan pembubaran Parlimen yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam, pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.Beliau turut mengumumkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada 24 Feb ini manakala pengundian pada 8 Mac.Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri kecuali Sarawak akan dipertaningkan pada pilihan raya itu.

Tuesday, February 12, 2008

RAHSIAKU RAHSIAKU JUA
KEMPEN pilihanraya umum semakin rancak di sana sini. Media cetak kini bersaing dengan media internet untuk menyampaikan maksud masing-masing. Ada berita yang betul. Ada berita kurang betul dan ada berita yang langsung menipu. Ada juga berita atas pagar sahaja. Jolok kiri, akan masuk ke kanan. Jolok kanan, masuk ke kiri.

Saya baru sahaja melepasi kesesakan jalanraya dari pejabat untuk pulang ke rumah. Perjalanan agak terhalang dengan ketibaan konvoi Datuk Menteri Besar Selangor ke majlis Penerangan Gerak Kerja Pilihan raya Parlimen Shah Alam yang dilakukan di Seksyen 16 Shah Alam selepas Maghrib tadi.

Semenjak dua hari lalu saya terdetik soalan ini: Menteri-menteri Besar sedang menilai calon untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Malam tadi sewaktu bertugas untuk Sinar Harian saya membaca pruf mengenai MB Selangor yang sudah menyerah 200 nama kepada pihak Badan Pencegah Rasuah untuk dikaji latar belakang calon. Menurutnya ramai yang tak lepas, ada yang bermasalah.

Selepas ini katanya nama-nama itu akan diserah pula ke pihak PDRM untuk dinilai sama ada terdapat kesalahan jalanraya atau tidak. Mungkin ada yang tidak bayar saman. Tentu ada yang sangkut lagi. Saya kata dalam hati patut juga diserah kepada Mahkamah Syariah, mana tahu ada yang tak layak tapi sudah berpoligami dalam diam. Entahlah Labu...

Soalan cepumas ialah: Calon dinilai oleh MB. MB pula akan dinilai oleh PM. Siapa nilai PM? Oh ya, itu tugas kita. Marilah sama-sama kita buat penilaian pada PRU ke 12 nanti dengan ingatan klise - Undi anda rahsia!

Monday, February 4, 2008

DAHULU DAN SEKARANG

"Saya tak suntik botox (sebab ia haram). Rahsia muka saya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

"Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.

"Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.

Kata saya: Suami saya tak makan tempe, sebab itu agaknya dia tak nampak muda dan berseri.

Friday, February 1, 2008


ESOK hari akhir. Jika tidak ke mana-mana hujung minggu ini silalah ke pejabat Alaf 21Sdn Bhd untuk membeli bukan sahaja novel tetapi buku-buku agama. Ada juga buku kraf, buku masakan, buku motivasi dan pelbagai lagi.

Sama seperti pesta buku sebelumnya, pesta buku kali ini menghimpun lebih ramai pembeli memandangkan ianya diadakan di awal bulan. Ikuti di sini Apa Kata Mereka. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Pesta Buku Kuala Lumpur ialah pada 4 - 13 April 2008 nanti.

Monday, January 28, 2008


Selamat Jalan; Dia

Mana mungkin sejarah terpadam
Marah juga tinggal terdiam
Agak terlewat, dia tetap pergi
Seperti lagu;
Kehidupan itu misteri
Kematian itu mesti

Dia buka pintu marah yang menggunung
Dia katup segala bicara ke penghujung

Dengan mendakap semua rahsia ke dada
Dia membawa segala cerita
Ke dalam pusara
Tanah ibundanya

Jasadmu telah disuci
Silakan pergi
Tuhan mengadilimu, pasti

Sri Diah, Shah Alam

Sunday, January 27, 2008


Akar Dani

SETELAH bertanya kepada Editor Laman Impiana, baru saya tahu bunga ini namanya Akar Dani. Sehari dua ini, Akar Dani ini berkembang mekar di laman saya. Sesekali apabila angin bertiup, wanginya akan singgah di beranda saya. Lembut wangi baunya. Tapi bunga ini bukan saya yang punya.

Bunga ini sebenarnya milik jiran saya, Junita namanya. Sejak sebulan yang lalu, mereka sekeluarga sudah berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum berangkat dulu, Junita meminta saya supaya tolong siramkan bunga-bunganya sepanjang ketiadaan mereka. Saya pun berpesan pada Lira, pembantu rumah akan pesanan Junita itu. Lalu antara saya dan Lira, kami bergilir menyiram bunga-bunga di laman Junita, ikut siapa yang sempat.


Heliconia

Dan petang tadi pula, sebaik menyiram serumpun besar Heliconia saya yang ditanam dekat sangat dengan rumah Junita, pandangan mata ini saya lemparkan ke laman Junita dan ternampak kelopak bunga Kesidang pula sudah mula berkembang dengan cantiknya. Wah, nampak gayanya tak lama lagi harum Kesidang pula yang akan kami hidu...

Kesidang

p/s: Junita, agaknya kerana siraman setulus ikhlas kami, jambak bunga Akar Dani ini kembang melempai ke laman rumah I. Cantik sungguh kelopaknya. Setiap hari memandang bunga itu I teringatkan you. Salam utk hubby you dan anak-anak, Izat, Iman dan Izza.

Friday, January 25, 2008

SENYUM MANIS WANITA BERSUMBING EMAS
DULU
emak saya berkata, tangan yang menggocang buai itulah yang akan menggocang dunia. Tetapi sekarang emak saya memberi amaran, jangan guna lagi kata-kata itu. Sebabnya zamannya dulu, tangan yang menggocang buai ialah tangan ibu kandung, tetapi sakarang tangan yang menggoncang buai ialah tangan bibik-bibik, tangan pembantu rumah… saya tersenyum sahaja apabila mendengar kata-kata emak itu.

Wanita hari ini ialah wanita kerjaya yang setiap hari keluar bekerja. Anak-anak ditinggalkan dalam tanggungjawab pembantu rumah. Bagaimanapun tanggungjawab itu tidak diberikan seratus peratus. Mengawal pendidikan, membentuk sahsiah diri dan tanggungjawab memberi ajaran agama tetap di atas pundak ibu kandung.

Nama pun pembantu rumah, mereka hanya membantu. Adalah salah jika seorang ibu itu menyerahkan semua tanggungjawab mereka ke bahu pembantu rumah Jika tersilap asuhan, si ibu patut dipersalahkan. Jika tersilap didikan, pembantu rumah tidak wajar dipersalahkan sebaliknya kesilapan itu adalah kesilapan wanita itu sendiri.

Alangkah besarnya tanggungjawab wanita bekerja. Bak kata seorang teman lelaki, kasihan golongan wanita, "hari-hari mereka bekerja, kemudian di rumah dikerjain pula.." Sebenarnya seberat mana pun tanggungjawab, wanita harus memikulnya kerana telah memilih untuk bekerja dan sama-sama memikul amanah besar untuk membantu keluarga. Ini kerana mereka mahu menggunakan segala ilmu yang diperolehi daripada hasil pendidikan yang diberikan kerajaan. Rugilah belajar tinggi tetapi duduk di ceruk dapur.

Semasa menyertai lawatan sambil belajar ke Uzbekistan ketika dalam pemerintahan Soviet Union pada tahun 1990 dahulu, saya dapati wanita di sana benar-benar tertekan dan mesti mengikut arahan pemerintah. Mereka yang bekerja ialah yang layak sahaja. Jika tidak mereka diwajibkan duduk sahaja di rumah, menjaga keluarga. Jelas dengan arahan itu negara berkenaan tidak berkembang maju. Wanitanya bagaikan tertekan, dengan tiada pekerjaan mereka gagal mengguna pakai kebolehan yang ada. Tiada ekonomi, tiada kebebasan. Lebih teruk lagi mereka juga dilarang memandu.

Namun kini apabila mengikuti temubual bersama Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Svetiana T Inamova yang datang ke Malaysia baru-baru ini, rupanya semuanya sudah berubah semenjak 1991 apabila Uzbekistan diisytiharkan merdeka dan bebas daripada cengkaman Soviet Union.

Kini, dengan perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Svetiana T Inamova telah merombak kedudukan wanita lebih ke depan. Golongan wanita lebih dihargai. Baginya jika kita menghargai seorang wanita bermakna kita menghargai sebuah keluarga, peranan ibu dan sebuah kehidupan. Beliau menjelaskan kemerdekaan sesebuah negara membuka peluang bagi wanita untuk turut menyertai arus pembangunan.

Menurutnya selepas sekian lama hidup di bawah pemerintahan komunis Soviet Union, deklarasi kemerdekaan pada 1991 membuka banyak peluang baru bagi wanita. Antara yang paling penting perlembagaan mereka menjamin hak sama bagi wanita dan lelaki.

Baru-baru ini Inamova berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat kumpulan pakar wanita Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Kehadirannya ternyata mencuri tumpuan ramai diplomat yang hadir pada mesyuarat dua hari itu kerana bukan saja jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, bahkan disebabkan karisma dan kewibawaan dimilikinya, tegas tetapi masih memiliki kelembutan seorang wanita.

Apa yang saya banggakan, sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, lebih 80 perundangan yang diluluskan Republik Uzbekistan menetapkan matlamat untuk memberi perlindungan kepada hak dan kebebasan wanita. Ternyata golongan wanita Uzbek bernasib baik kerana memiliki Presiden dan kerajaan yang tidak teragak-agak melakukan segala langkah bagi merealisasikan hak wanita dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Menurutnya setiap negara sepatutnya menyedari bahawa pembabitan wanita pada tahap pembuat keputusan adalah amat penting bagi memastikan proses pembangunan pada setiap peringkat dapat dilaksanakan dengan baik dan bijak. Menurutnya Uzbekistan adalah negara pertama di Asia Tengah menerima pakai Konvensyen PBB membabitkan `pencairan semua jenis diskriminasi ke atas wanita'.

Jika diberi kesempatan, saya memang ingin kembali ke Uzbekistan. Saya ingin melihat wanitanya yang kini sudah boleh bergerak bebas, sudah boleh bekerja, sudah boleh memandu dan memenuhi pejabat-pejabat besar dengan jawatan yang sesuai. Semestinya keadaan di Samarkand sudah berubah lebih maju berbanding dulu. Sudah sewajarnya wanita di sana lebih berani tampil lebih wibawa dan tidak hanya duduk di celah pintu dengan mempamerkan sumbing emas atau perak mereka sahaja!

Semestinya, saya ingin mengunjungi sekali lagi makam ulama terkenal Imam al-Bukhari sambil mengunyah roti sterengn Uzbek yang enak. Dulu harganya hanya 5 Rubell sekarang mungkin harganya lebih mahal daripada itu sesuai dengan peningkatan ekonomi Uzbekistan setelah 18 tahun mengecap kemerdekaan daripada Soviet Union.

p/s: Seperti tersiar dalam Sinar Harian hari ini.

Thursday, January 24, 2008

KANTIN ATAU MAHKAMAH MAKANAN?
SEMASA
saya bersekolah rendah pada tahun 1969 hingga 1974, emak memberi belanja anggaran 30 sen - 40 sen sehari. Duit ini biasanya tidak dibelanjakan habis. Walaupun saya belanjakan hanya 25 sen, namun itu sudah cukup mengenyangkan saya. Apa yang saya beli di kantin Pak Man dan Makcik Gayah, di sekolah waktu rehat ialah:

- Mi goreng/nasi lemak = 10 sen
- Kuih karipap/rengas dl, satu = 5 sen
- teh o segelas = 5 sen

Walau hanya tiga jenis hidangan tapi ia cukup mengenyangkan. Mi banyak, karipap besar dan air teh o dalam gelas besar. Waktu saya jadi pengawas, kadang-kadang Pak Man bagi kami lebih sikit mi dalam pinggan kerana biasanya pengawas makan dulu atau makan kemudian setelah murid masuk kelas.

Sekarang anak-anak saya diberi belanja RM4.00 sehari. Pilian mereka di sekolah antaranya:

- mi rebus/mi kari/nasi goreng dll = RM2.50
- air sirap/oren/sarsi dll = RM1.00
- buah-buahan/nugget dll = RM1.00
(duit habis langsung - kadang-kadang tak cukup)

Jika ada masa mereka akan makan dulu di rumah atau bawa bekal (nasi goreng, sandwic, mi goreng dll). Namun selera kanak-kanak, mahu juga membeli lain daripada yang dibawa bekal.

Selain masalah harga makanan mahal di sekolah, kini ibu bapa dihantui pula dengan isu kebersihan. Minggu ini sahaja sudah empat sekolah dilanda keracunan makanan. Dalam hati tertanya, eh sekolah ni nak bagi anak kita belajar dengan sihat supaya jadi cerdik atau mahu kita beri belanja lebih (lagi) dan anak kita diserang sakit kerana hidangan kantin tidak bersih?

p/s: Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Tuesday, January 22, 2008

Sinar Harian terima 'surat' mengenai Sharlinie

Inilah surat berserta gambar yang diterima daripada `Anuar'.

SHAH ALAM – Sinar Harian semalam dikejutkan dengan sepucuk surat mendakwa Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang diculik pada 9 Januari lalu, kini berada dalam ‘jagaan’ seseorang. Surat tersebut lengkap dengan alamat dan nombor pendaftaran ‘suspek’.

Bagaimanapun pengirim surat berkenaan yang menamakan dirinya ‘Anuar’ enggan mendedahkan identitinya dengan alasan dia merupakan warga asing yang masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berjanji akan menyiasat kesahihan kandungan surat berkenaan dan bertindak berdasarkan maklumat itu.

“Saya akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak berkenaan agar tindakan segera dapat diambil. Walau sekecil mana pun maklumat yang diberikan tindakan wajar akan diambil bagi mengesan suspek dan diharap ia akan membawa kepada penemuan Sharlinie,” katanya.

>> Lagi berita dalam Sinar Harian di m/s N4

Wednesday, January 16, 2008


--fotoBERNAMA

JAKARTA - ... Akhbar-akhbar utama Indonesia memberi liputan meluas dengan menyiarkan pada muka hadapan berita mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi bekas Presiden Indonesia Suharto yang dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini, Selasa.

Akhbar-akhbar Seputar Indonesia, Republika dan Berita Kota turut menyiarkan gambar-gambar Dr Mahathir, diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ketika melawat Suharto, 86, yang kini tenat setelah kebanyakan organ badannya gagal berfungsi.

LEPASKAN DIA...

Hubungan manis masih terasa
Walau pusaranya sudah tersedia
Setiakawan itu menelan segala, bisa
Seputar bangsa, budi dan sengsara

Tuhan, lepaskan dia
kembali ke syurga
ibundanya

Tuesday, January 15, 2008


DIPERLUKAN SEGERA
WARTAWAN MAJALAH TRAVERAMA
SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN:

1. Warganegara Malaysia
2. Boleh menulis dan berbahasa Inggeris dengan fasih.
3. Ijazah/Diploma bidang berkaitan perlancongan atau setaraf dengannya.
4. Boleh bekerja di bawah tekanan masa, deadline dan bertugas luar kawasan.
5. Mempunyai lesen memandu.
Hubungi : 03 5101 3815 / 3814 (Cik Norasyzleen)

Saturday, January 12, 2008

A MINISTER RESIGNED. A KID IS MISSING. A POLITICIAN IS SHOT DEAD... WHAT NEXT?

Friday, January 11, 2008

JOM TENGOK KUCING DAN BURUNG


Isnin lalu, Nur Fateha Zaidi, 6, diculik di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan selepas dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung.

Kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada jam 5 petang itu ditemui semula kira-kira tiga jam kemudian ketika merayau-rayau di sekitar Wangsa Maju di sini.



Kelmarin satu lagi kes dilaporkan berlaku apabila Sharlinie Mohd Nashar dilapor hilang ketika bermain bersama kakaknya di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Dato Harun, Petaling Jaya pada pukul 11.30 pagi.

Adakah CCTV di sekitar tempat penculikan? Atau belum dipasang? Jika sudah dipasang Berfungsikah?

Wednesday, January 9, 2008

SALAM TAHUN BARU HIJRAH
MAAL Hijrah
atau Awal Muharram - hari yang penting bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Seakan tidak terasa, waktu berjalan dengan cepat, hari berganti hari, berganti bulan dan tahun, seiring dengan bergantinya siang dan malam. Yang selalu saya ingat mengenai Awal Muharam ialah:

1. Syukur atas usia yang diberikan Allah.
2. Muhasabah diri dan istighfar.
3. Mengenang Hijrah Rasulullah.
4. Bermula kalendar baru Hijrah.
5. Pada 9, 10 dan 11hb, puasa Asyura - bubur asyura.
6. Pada 10 Muharram 61H, terjadi peristiwa yang memilukan dalam sejarah Islam, yaitu terbunuhnya Husein cucu Rasulullah di sebuah tempat yang bernama Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan “Peristiwa Karbala”.

Semoga kita semua diberi taufik dan hidayahNya.

Sunday, January 6, 2008

"MINYAK TARAK..."
DULU
saya menjadi agen `tolong simpankan' gula. Rasanya sekarang pun masih menjalankan tugas yang serupa. Selepas gula, saya tolong simpankan tepung pula. Dan baru-baru ini saya tambahkan lagi stok, tolong simpankan minyak kelapa pula! Biasanya bukanlah banyak, cuma untuk keperluan keluarga saja.

Saya buat semua tugas tak berpotfolio ini bukan suka-suka. Sebabnya nanti bila en. abang nak minumam bersusu, tengok-tengok tak ada susu. Atau tak ada gula. Dan tak ada tepung untuk hidangkan dia lempeng kelapa kegemarannya.

Eh, saya bukan ada stor khas untuk simpan barang-barang ini dan tak mahu juga meletihkan fikiran memikirkan hal ini. Tapi terpaksa. Sebabnya bila pergi kedai nak beli barang-barang tu Mapley tu kata "susu tarak, tepung tarak, minyak sudah habis..."

Friday, January 4, 2008

BOLEH MELLUPAKAN, MUSTAHIL UNTUK MEMAAFKAN…
SEHARI
dua ini dalam hendak atau tidak, kita telah disogokkan dengan berita yang amat mencabar hati seorang isteri. Tanpa berselindung, hari ini, semalam dan kelmarin, atau mungkin sejak berbulan atau bertahun dulu, ada hati isteri yang telah dilukai.

Seorang suami akhirnya telah mengaku secara berterus terang yang dia terbabit dalam satu hubungan serong. Hubungan itu pula ada buktinya. Buktinya itu telah tersebar kalangan masyarakat, tanpa mengira usia dan bangsa. Masyarakat juga telah menjatuhkan hukuman. Hukumannya ialah si suami mesti meletak jawatan. Habislah karier politik dan kerjayanya.

Jika anda suami, bayangkan anda berada di tempat isterinya. Jika anda isteri, bayangkan anda di tempat suaminya… payahnya keadaan. Besarnya dugaan. Kuatkah kita menghadapinya? Masih bolehkah kita tersenyum lebar? Kita bukan hidup berdua laki bini sahaja di dunia ini. Apa kata anak-anak? Apa kata saudara mara? Apa kata jran tetangga dan kenalan semua? Lebih teruk lagi, di mana hendak diletakkan muka?

Cerita yang kita baca memaklumkan bahawa si isteri akan berdiri teguh di belakang suami menghadapi apa sahaja keadaan. Beliau akan memberi sokongan kepada suami dalam menghadapi situasi tegang ini. Dia sanggup bersusah kerana waktu senang mereka telah melaluinya bersama-sama.

Saya angkat tabik pada Datin Seri Wong Sek Hin, isteri Datuk Chua Soi Lek – figur yang saya perkatakan sekarang. Mereka sama-sama menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa pengakuan mereka, yang nyata sekarang si suami telah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan dalam parti. Tamat di situ.

Detik tahun baru 2008 telah menjadi sepahit-pahit kenangan. Percikan bunga api yang menyambut kedatangan tahun baru telah membakar satu kepercayaan. Dan lelaki itu yang akan mencapai usia 61 tahun Mei nanti terus bersikap biasa walhal luka yang terpalit di dada seorang isteri terus tinggal di situ, kekal berparut.

Waktu ini jangan menuduh ada orang yang cuba menikam belakang. Kerana memang asasnya kita tahu perkara itu tidak akan berlaku dengan sendirinya jika tiada orang yang menggerakkannya.

Namun kalau ada pun orang yang menikam dari belakang, siapakah si bodoh yang hendak membuat pengakuan itu? Dan jika kita tahu siapa pun mereka tetapi kita dengan akal waras tidak akan bertindak bagai pak pandir untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah keruh.

Memang eloklah beliau mendiamkan diri sahaja. Seperti katanya, "saya bukan mangsa yang pertama dan terakhir." Maka eloklah jangan dibuat spekulasi. Memeningkan kepala. Ini lumrah keadaan, orang lain memang tidak boleh melihat dengan senang hati kejayaan yang dikecap oleh insan lain.

Sejarah perkhidmatan pemimpin selama berpuluh tahun pun orang boleh melupakan begitu sahaja, apalagi hanya empat tahun dengan kuasa yang Chua Soi Lek miliki di kementeriannya. Sesenangnya sahaja orang boleh menolaknya ke tepi begitu sahaja, termasuk dengan segala peristiwa hitam dalam hidupnya.

Sekurangnya beliau telah menunjukkan satu contoh yang realistik. Ini samalah seperti pepatah Cina yang disebut; `guanzo, gandang’ yang antara lain bermakna; sanggup melakukannya, maka sanggup bertanggungjawab ke atasnya.

Bagi saya dan seperti ramai yang maklum, Health Ministry telah pun bertukar menjadi Hell Ministry bagi seorang suami dan seorang isteri di awal tahun 2008 ini.

Wednesday, January 2, 2008

"I FEEL STUPID IF I ANSWER IT."
TADI
berlaku insiden yang tak pernah saya duga di pejabat. Ramai yang memberi respon pro dan kontra. Jawapan saya adalah seperti tajuk di atas.

Monday, December 31, 2007


CATATAN AKHIR DISEMBER
Jika betul ini jalan yang lurus
Kuterima jika likunya ada di hujung
Panas yang merata
Adalah ujian segala
Panas yang merata
Adalah dugaan semata

Ini akhir Disember
January akan datang

Ini hujung Disember
January bukan sembarang


Sri Diah
Shah Alam

Sunday, December 30, 2007

SELAMAT JALAN 2007, SELAMAT DATANG 2008
INI
adalah entri sehari sebelum 2008. Saya ingatkan diri berkali-kali - ya, 2008 sudah datang! Apa yang boleh saya catatkan sebagai pencapaian peribadi pada 2007? Jika dinilai pada pencapaian kerjaya, memang ada peningkatan dan saya bangga mampu melakukannya. Namun meski kerjaya dikejar, pencapaian peribadi tetap dikendong.

Saya garu kepala berkali-kali. Ah, masih tidak cukup sebenarnya. Apa yang telah dilakukan hanya satu inci daipada satu meter yang telah saya set apabila 2007 datang dulu. Saya malu dengan diri sendiri kerana gagal mengotakan beberapa azam yang menjadi target 2007. Nyata sekali saya lebih sukses mengecap peningkatan dalam kerjaya tetapi gagal memenuhi peningkatan peribadi. Kepuasan saya tidak total seratus peratus. Apakah saya menyalahkan kerjaya? Tidak... kerana ini jalan yang saya pilih...

Namun saya tetap mengucap syukur alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi kami sekeluarga dan kita semua kerana masih diberi peluang untuk menghuni muka bumi ini. Dan saya kuatkan azam, segala yang tidak tercapai pada 2007 akan tetap dijadikan azam untuk 2008 dan berusaha mencapainya juga.

Friday, December 28, 2007

KEMATIAN BENAZIR

RAWALPINDI, Pakistan - Bekas Presiden Pakistan, wanita berkarisma, cekal dan berani, Benazir Bhutto 54 tahun, meninggal dunia sekejap tadi. Saya membaca ini semasa sign in di YM. Kemudian berbual panjang dengan Halela menjawab offline messagenya yang rupanya dah tiga hari tidak berjawab. Masih lagi terkejut dengan berita kematian Benazir... Insiden ini merupakan klimak menjelang pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari nanti.


Petikan di Yahoo:
The attacker struck just minutes after Bhutto addressed thousands of supporters in the garrison city of Rawalpindi, 8 miles south of Islamabad. She was shot in the neck and chest by the attacker, who then blew himself up, said Rehman Malik, Bhutto's security adviser.

Sardar Qamar Hayyat, a leader from Bhutto's party, said he was standing about 10 yard away from Bhutto's vehicle.

"She was inside the vehicle and was coming out from the gate after addressing the rally when some of the youths started chanting slogans in her favor," he said. "Then I saw a thin, young man jumping to her vehicle from the back and opening fire. Moments later, I saw her speeding vehicle going away."

At least 20 others were killed in the attack. Bhutto was rushed to the hospital and taken into emergency surgery. She died about an hour after the attack.

Thursday, December 27, 2007

JOM BANTU MEREKA

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sdra/i yang dihormati sekelian;

Saya dihubungi oleh Dato' Noraini Ahmad (Ketua Puteri UMNO) yang mengajak kita bersama-sama sebagai SUKARELAWAN untuk membantu membersihkan kawasan mangsa banjir di Maran dan Bera, Pahang.

Maklumat lanjut seperti berikut:
Tarikh: 29 Dis. 2007 (Sabtu)
Masa : 8 pagi (berkumpul di PWTC, Kuala Lumpur)
Pulang: 29 Dis. 2007 (dijangka tengah malam)

Karangkraf & Alaf 21 akan menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan, sekolah yang dilanda banjir. Terima kasih

HASHIM ANANG
Presiden Kelab Sukan & Rekreasi KKSB

* Sesiapa yang ingin turut serta digalakkan. Sila tunggu di lokasi yang dinyatakan. Boleh bawa sekali barangan untuk sumbangan. Thanks.

Monday, December 24, 2007

DISEMBER YANG BASAH
SALAM
hujung tahun untuk semua. Hujung tahun ini sama saja seperti hujung tahun 2006 lalu. Hujan masih lagi menyimbah negeri-negeri di Pantai Timur dan di Selatan Semenanjung. Tidak ketinggalan beberapa daerah di pesisir pantai di Sabah dan Sarawak.

Orang lain saya tidak tahu tetapi saya sendiri selalu menitik air mata melihat gambar-gambar dan membaca kisah-kisah sedih yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik apabila rumah dinaiki air... habis harta benda musnah. Malah ada yang hilang ahli keluarga. Bukan senang hendak mengganti semula barang-barang yang rosak. Malah ada rumah yang hanyut dibawa arus deras. Saya kasihan melihat mereka bertungkus-lumus untuk memulakan hidup baru - membasuh rumah, mengemas semua selut dan lumpur. Semua itu bukan tugas mudah.

Saya doakan dari jauh semoga mereka semua diberi kekuatan dan semangat kental untuk meneruskan kehidupan. Semoga pihak berkuasa bertindak segera mengatasi semua masalah agar tidak berulang lagi tahun hadapan.

* Saya turut bersedih apabila jualan akhbar saya di negeri pantai timur merosot - jalan dinaiki air, kedai jual akhbar hanyut, tanah runtuh, jalan rosak, lebuhraya ditutup dan orang tak ada duit nak beli akhbar kerana membeli makanan dan keperluan anak bini lebih penting - kuatnya dugaan yang Allah beri.

Monday, December 17, 2007

SALAM AIDILADHA


KINI
kita dalam bulan Zulhijjah. Bulan hari raya Aidiladha. Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji dan mengadakan korban. Hari yang paling diutamakan pada bulan ini adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Antara amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.

1. Menunaikan haji dan umrah
2. Berpuasa
3. Berzikir
4. Bertaubat
5. Memperbanyakkan amalan soleh
6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
(Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah).
7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.
8. Solat Aidiladha di masjid dan mendengar khutbah. Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

PERJALANAN panjang ibadah haji khususnya untuk mendatangi Padang Arafah, Muzdalifah, dan Mina memang memerlukan perjuangan ketahanan fizikal, kerja keras, yang tentunya juga harus disertai dengan kesabaran, ketawakalan, dan kepatuhan kepada Allah Swt. Semoga semua jemaah selamat menunaikan haji dan balik ke tanahair dengan penuh berkat haji mabrur.

Sunday, December 16, 2007

`SETELAH DIGIGIT BERJUTA SEMUT...'
SETINGGI syukur kepada Allah swt kerana anak bongsu telah selamat berkhatan. Debaran sudah berakhir dan dia sihat, sudah boleh menyarung seluar. Semasa anak kedua berkhatan dulu, kerisauan kami tidak sama dengan si bongsu ini. Maklumlah sudah 11 tahun usianya dan hal fizikal juga mempengaruhi kerisauan kami.


Kenalah bawa keluar tilam bantal, kerana mahu terbaring depan televisyen di ruang rehat. Sepanjang seminggu terbaring di ruang rehat itu, Datin Saerah tidak mahu langsung berenggang dengan Amie. Bangkit makan, kencing dan membuang, dia terbaring lagi sebelah Amie - siang malam.

Cepat betul luka Amie sembuh. Dia pun tidak ada pantang langsung. Semua dia makan, sebab katanya doktor suruh makan apa saja yang berkhasiat kalau nak cepat sembuh. Jadi dia makanlah kuey teow kerang, ayam goreng, sambal udang, kicap dan telur. Alhamdulillah tidak ada masalah. Ish, mama dengan abah pulak yang risau... tapi sekarang kami sudah bolehlah tersenyum lega.

Thursday, December 13, 2007

PETIKAN AKKHBAR HARI INI
KUALA LUMPUR
12 Dis. – Bilangan wanita gemuk mengatasi lelaki boyot dalam kalangan penduduk negara ini yang berumur 25 hingga 64 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choo berkata, Kajian Faktor Risiko Penyakit Kronik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun lepas menunjukkan terdapat satu juta wanita gemuk berbanding 850,000 lelaki gempal.

"Dalam erti kata lain terdapat 19 wanita gemuk bagi setiap 100 wanita berbanding 14 lelaki gemuk bagi setiap 100 orang lelaki dalam kumpulan umur yang sama," katanya menjawab soalan Datuk Dr Rahman Ismail (BN-Gombak).

Lee berkata, kajian itu mendapati 5.8 juta penduduk Malaysia berumur antara 25 dan 64tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan.

"Kegemukan meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit kronik seperti jantung, diabetes, strok dan kanser," katanya.

Lee berkata, antara faktor yang menyebabkan kegemukan adalah keturunan, gaya hidup dan pemakanan.

p/s: Apa kata anda? Sudah berapa kg badan anda susut sepanjang 2007? Atau nak sambung azam kuruskan badan ke tahun 2008 pula...

Friday, December 7, 2007

NASIB WANITA KITA
JABATAN
Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum ini mendedahkan ada 30 kes wanita tempatan diperdaya ejen sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang ditahan di beberapa negara asing.

Selasa lalu, akhbar melaporkan seorang wanita dari Pasir Puteh, Kelantan, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu, 19 Januari lalu dan dijatuhi hukuman mati. (Berita terkini - Hukuman berkenaan ditangguhkan).

Seorang lagi wanita tempatan kini dalam tahanan pihak berkuasa luar negara atas kesalahan mengedar dadah jenis kokain di Brazil.

Irine Manggi, 20-an, berasal dari Kuching, Sarawak, dikatakan menjadi mangsa ejen pengedaran dadah antarabangsa yang mempergunakan gadis tempatan sebagai pembawa dadah, sama seperti apa yang didakwa berlaku ke atas dua wanita Malaysia di Jepun dan China. Dia kini ditahan polis Sao Paolo dan menunggu nasibnya yang akan ditentukan mahkamah negara itu.

Sebelum itu, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun di penjara Jepun kerana kesalahan sama. Untuk mereka bertiga, didoakan semoga segala urusan undang-undang di negara asing dipermudahkan dan mereka berjaya dibawa balik ke Malaysia.

Untuk itu eloklah kita nasihatkan orang kita supaya jangan terlalu baik dengan orang lain dan paling penting kalau di airport - jangan susah payah bawakan beg orang, biar dia bawa sendiri hatta yang ringan sekalipun. (Sebaiknya bukan di airport saja, di mana-mana sekalipun. Tapi kalau pesan ini kita bagi tahu dengan mak kita mesti dia marah... dia akan kata pentingkan diri sendiri. Laa... macamana ya?)

Monday, December 3, 2007

TIADA DI PEJABAT
ATAS
urusan kerja, saya tidak berada di Shah Alam bermula 3hb - 6hb Disember. Semua pihak yang terbabit dengan Pembentangan Perancangan Majalah dan Pengiklanan 2008 akan berdiskusi, memerah idea di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Jika berkesempatan, InsyaAllah akan updated di PD nanti.

Thursday, November 29, 2007

SAAT SENGGANG
KADANG-KADANG
kita berasa sudah selesa hidup berdua sahaja suami isteri apabila anak-anak semua sudah besar dan boleh bergerak sendiri. Teringat ketika anak-anak masih kecil, ke sana ke mari mesti bawa `beg tangan'. Mata juga tidak boleh terlepas pandang, terutama apabila mereka sudah pandai bertatih, berjalan dan berlari.

Namun sekarang tak mungkin saya akan ada anak kecil lagi... suami kata `buang tebiat ke?. Saya kata, kalau ada pun anak kecil dalam rumah ni tunggu bila Kak Long dah sampai jodoh nanti. Waktu itu kita dah jadi Datuk dan Nenek.

Jadi apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan? Amal ibadat, meneruskan hobi saya menulis dan suami pula dengan minatnya, atau menonton tv atau berkebun... terasa ada lagi yang kosong dalam hidup ini.

Lalu sejak setahun yang lalu kami mula mengambil anak-anak angkat (klik sini) ini. Mari sama-sama kongsikan blog yang dibuat oleh Kak Long untuk adik-adik kesayangannya. Jadi sekarang inilah hobi baru kami.

Jika dulu saya minat memelihara ikan emas (hampir 40 ekor sebesar gengaman tangan) tapi sekarang apabila mendapat hobi baru ini, kepuasannya berbeza. Terutama dalam usaha mengindar stres dengan kerja-kerja pejabat.

Monday, November 26, 2007

MENGHAYATI HAIKU
SAYA
memang meminati haiku (puisi pendek Jepun) sejak dari bangku sekolahl menengah. Mulanya saya tertarik dengan bait-bait haiku yang ditulis oleh Puan Azah Aziz dalam akhbar Berita Minggu sekitar tahun 80-an. Waktu itu beliau menulis haiku mengenai rumah persinggahan mereka di Morib. Tentang laut, tentang harapan, tentang matahari terbit di ufuk timur pada setiap pagi termasuk tentang Ungku Aziz yang gemar berjoging di Pantai Morib pada hujung minggu.

Kemudian melalui minat itu juga saya mengenali MBA dan juga Lelahiro. Semenjak itu saya mula menimba ilmu mengenai haiku yang sebenar terutama teknik dan syarat menulis haiku (5 - 7 - 5).



Kini buku mengenai haiku akhirnya berjaya dihasilkan oleh Halela dan rakan-rakan setelah melalui pelbagai onak dan duri. Tahniah untuk mereka atas semangat dan kecekalan. Semoga kita boleh mendalami satu lagi cabang seni penulisan, dengan tidak meninggalkan penulisan puisi, sajak, cerpen dan novel gaya Malaysia.

* Untuk temapahan, sila klik pada blog Lelahiro.

Friday, November 23, 2007

"MACAM DIGIGIT SEMUT SAJA..."
AGAKNYA
mungkin kerana saya kasihankan dia, jadi keputusan untuk mengkhatan anak bongsu menjadi tertunda-tunda. Janji asalnya apabila usianya sembilan tahun. Namun kemudian ia bertukar, mungkin akan dikhatan apabila usianya sepuluh tahun. Namun niat tahun lalu itu tidak tertunai juga...

Bagaimanapun pada tahun ini kami tidak boleh bertanggung lagi. Si bongsu mesti dikhatankan tahun ini juga. Tahun ini dia sudah menjangkau sebelas tahun. Mustahil hendak menanti usia 12 tahun baru hendak dikhatankan!

Minggu lalu kami bersama-sama membawanya ke klinik tempat dia akan dikhatankan nanti. Niatnya supaya dia berkenal-kenal dulu dengan jururawat, menengok lokasi klinik, semoga dia membiasakan diri dengan persekitaran klinik. Jadi keputusan sudah dibuat. Tarikh sudah ditetapkan. Pada minggu hadapan dia akan mulai menginjak ke alam remaja di Klinik Nik Isahak, berhampiran dengan kediaman kami.

Kepada kawan-kawannya dia sudah memberitahu, dia akan berkhatan minggu depan. Rasa macam dia bangga pula... atau mungkin dia ingin memberitahu kawan-kawannya yang dia juga akan menjadi seperti mereka yang lain – sudah bersunat!

Saya memang kasihankan dia. Saya tidak tergamak melihat dia mengadu sakit. Jika saya begitu, suami pun sama. Si bongsu ini badannya agak besar, tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang berbadan biasa-biasa sahaja.

Selalu dia berkata yang dia sudah cukup besar, sudah cukup bersedia. Namun saya selalu curi-curi memandang pada alat sulitnya... Ya, walau badannya besar, tetapi senjatanya tidak seperti saiz badannya. Itu yang saya risaukan. Saya dan suami pergi dari satu klinik ke satu klinik berusaha bertanya tentang kaedah khatan doktor-doktor berkenaan.

Maaflah saya kurang arif dengan istilah doktor jadi soalan saya mengikut kefahaman sendiri - Apakah doktor menggunakan cara `ring'? Ia seperti cincin yang disorong ke alalt sulit. Atau doktor menggunakan kaedah `kelongsong'? Ia seperti kelongsong aiskrim berbentuk kun? Sebabnya kedua-dua kaedah itu saya rasa tidak sesuai dengan fizikal anak bongsu saya jika dikira dari aspek saiznya itu.

Di klinik di Seksyen 19 Shah Alam itu akhirnya kami temui kaedah yang sesuai dengan situasi anak saya. Doktornya menggunakan kaedah seperti mana dulu-dulu, iaitu dengan memotong dan menjahitnya dengan benang dan dibiarkan kering begitu sahaja tanpa ada sokongan kun atau ring. Lama kelamaan benang itu akan pupus sendiri, kata doktor.

Sudah berkali-kali saya dengan kata-kata ini, "anak lelaki mesti kuat. Tidak sakit, rasa macam digigit semut saja...." kata suami. Si bongsu diam saja. Di mukanya tergambar rasa gelabah. Apabila suami berkata begitu saya teringat tentang satu kisah kelakar yang saya baca dalam blog seorang rakan.

Ceritanya begini: Si bapa menemani si anak berkatan. Sebelum anak masuk ke bilik doktor, si emak berkali-kali berpesan pada si anak dengan ahrapan pesanan itu akan mengurangkan rasa debar dan bimbang si anak. Katanya, "tak sakit... macam semut gigit sahaja." Lalu si emak pun melepaskan si anak ke dalam bilik doktor ditemani si bapa sahaja.

Apabila si anak keluar dari bilik doktor, siibu segera merapati dan memeluk cium si anak. ”"Macamana? Bukankah tak sakit... macam semut gigit sahaja..." kata si emak.

Si anak meraung dan menjerit, ”Uh! Rasa seperti berjuta-juta semut menggigit!" katanya.

Seperti ibu-ibu lain, saya turut merasa betapa risaunya kita hendak melepaskan anak-anak ke alam remaja. Semoga mereka membesar menjadi remaja yang tabah dan kental semangatnya. Semua itu bermula dengan dugaan kecil, bagaikan digigit semut sahaja. Tidak kiralah seekor atau berjuta semut yang menggigit...

* Seperti yang tersiar di Sinar Harian.

Friday, November 16, 2007

KENCING MANIS, KECEMASE…
EMAK
saya penghidap kencing manis, kini dia menjalani dialisis di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selang sepuluh hari sekali. Manakala kakak dan abang saya juga ada simptom yang sama. Jadi Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada Rabu lalu, menjadi iltizam pada diri saya bahawa saya tidak mahu mewarisi penyakit berkenaan walaupun sejarah penyakit itu sudah ada dalam keluarga saya.

Saya katakan pada diri dan keluarga bahawa makanan manis yang sedap itu adalah racun yang boleh menggugat riwayat kita. Hari emak saya dibawa ke wad kecemasan apabila badannya menjadi betul-betul lemah, tetap menjadi ingatan pahit saya dan keluarga. Dia jadi lesu, tubuhnya kurus sangat. Waktu saya sampai dia sudah terbaring di wad dengan wayar berselirat dari perutnya kekantung air sebesar plastik beras lima kilo di sisi katilnya.

Hari ini lebih 240 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes. Dengan kesan serius itu diabetes kini diiktiraf sebagai penyakit kronik yang melemahkan tubuh dan banyak menyebabkan kerugian. Tema Hari Diabetes Sedunia julung kali diadakan pada tahun ini ialah `Diabetes pada Kanak-kanak dan Dewasa’.

Diabetes merupakan antara penyakit paling kronik di usia kanak-kanak dan boleh berlaku pada kanak-kanak di mana-mana peringkat umur, termasuk kanak-kanak pra-sekolah dan sehinggakan kanak-kanak yang bertatih-tatih. Dan di pelbagai pelusuk dunia, insulin, satu-satunya ubat penyelamat nyawa, tidak boleh didapati ada kalanya kerana faktor-faktor membabitkan ekonomi, geografi ataupun kekurangan bekalan.

Saya membaca satu berita dalam talian semalam menyatakan ramai kanak-kanak mati kerana diabetes, khasnya di negara-negara dengan pendapatan rendah atau sederhana.

"Yang paling rapat dengan kanak-kanak, tidak kira keluarga, penjaga atau guru sekolah mungkin tidak menyedari tanda-tanda penyakit itu," kata K.S. Maniam Penolong Setiausaha Am, Persatuan Diabetes Malaysia.

Maniam berkata diabetes Type 1, yang sebelum ini dikenali sebagai diabetes juvana, meningkat sebanyak 3 peratus pada kanak-kanak setiap tahun dan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah angkanya lebih tinggi iaitu sebanyak 5 peratus. Dalam diabetes Type 1, badan tidak dapat menghasilkan insulin dan mereka dengan diabetes ini memerlukan rawatan insulin untuk meneruskan dengan hidup.

Diabetes Type 2 merupakan diabetes jenis lazim. Dalam diabetes Type 2, sama ada tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel mengabaikan insulin, satu situasi yang ada kalanya dikenali sebagai rentan insulin. Diabetes Type 2 lazimnya berlaku di kalangan dewasa, lazimnya usia 45 tahun dan lebih. Diabetes bentuk ini dikawal melalui pengurangan berat badan, senaman atau ubat yang diambil melalui mulut.

Kini dianggarkan di seluruh dunia 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidap diabetes Type 1 setiap tahun dan daripada 440,000 kes diabetes Type 1 di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, lebih satu perempat berada di Asia Tenggara dan lebih daripada satu perlima di Eropah.

Diabetes Type 2 dahulunya dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Tetapi hari ini ia meningkat pada kadar yang menakutkan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Sejak 20 tahun yang lepas, diabetes Type 2 telah berganda di kalangan kanak-kanak di Jepun dan ia kini lebih lazim berbanding Type 1.

Bagaimana dengan anak-anak kita? Anak-anak saya memang gemarkan minuman manis. Jika makan di luar selalu dipesan pada pelayan di kedai supaya kurangkan manis. Selalunya saya menghirup dulu minuman yang tiba, jika manis disuruh tambah air kosong sedikit. Anak cepat saja memuncungkan bibir.

Kata suami, "you nak kurangkan manis minuman anak... tapi you yang banyak minum minuman manis itu. Kalau tiga anak, maknanya tiga sedutan you itu minuman manis belaka... nanti awak yang masuk wad kecemase..." Oh ya tak ya!

* Persatuan Diabetes Malaysia boleh dihubungi melalui 03-79574062 atau menerusi lamannya di www.diabetes.org.my.

Wednesday, November 14, 2007

BANTU KAWAN KITA BISNES
UNTUK wanita sedang berpantang bersalin, Dr. Faridah Abd. Rashid telah membuka satu laman penting untuk anda. Baiboo telah mengkaji amalan berpantang di kalangan orang Melayu. Meski zaman moden kini, namun yang tradisi tetap dicari orang. Sesiapa berminat boleh menjengah ke blog ini.

SAHABAT jauh di mata, Lynn di Kobe bersama rakan-rakan bisnesnya telah mencipta anak patung muslimah. Sungguh comel dan harganya amat murah termasuk kos pos. Jika berminat klik ke sini Muslimah Dolls

Monday, November 12, 2007

DUGAAN ANAK-ANAK
HUJUNG
tahun begini ramai kawan-kawan sudah mengatur jadual cuti masing-masing. ADa yang sudah sampai seru ke Mekah. Ada yang sempat membooking Air Asia ke merata tempat, berholiday. Ke mana saya? Nampak gayanya dengan kesibukan sekarang saya berani kerat jari - tak dapat ke mana-mana walupun cuti tahunan saya masih berbaki 20 hari!

Kak Long menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini. Paper dia akan tamat pada 5hb Disember. Saya tawakal dengan apa sahaja keputusan Kak Long setelah puas dia berusaha untuk mendapat kedudukan terbaik. Pagi tadi semasa menghantarnya ke sekolah saya katakan, sebagai anak sulung dia kena tunjuk tauladan terbaik pada adik-adik. Seorang lagi anak saudara, Hakimi di Kota Tinggi pun sama-sama bersaing menduduki SPM hari ini.

Dalam waktu itu juga si bongsu lelaki saya, akan `tuuut'. Sudahpun kami daftarkan namanya di klinik. Menurut doktor proses bersunat akan bermula 20hb Nov ini. Giliran dia kali ini, anak yang akhir saya rasa saya lebih teliti pula berbanding dengan masa anak kedua, Anas dulu. (Pakai sarung macam cincin? Atau pakai kelongsong? Atau doktor jahit saja dan lama kelamaan pupus begitu saja? Guna laser atau potong biasa?) Maklumlah yang ini si bongsu... Dia pula manja semacam. Dia minta doktor bagi dia ubat tidur masa `tuuut' nanti.

Baru-baru ini bos panggil, memberi arahan baru. Kesimpulan perbincangan itu, kini tanggungjawab saya di pejabat semakin menambah. Dua jenis suratkhabar dengan empat edisi negeri serta 29 majalah sudah di bahu saya seratus peratus.

Terima kasih kepada yang sudi datang beraya ke rumah. Saya tak buat open house sebab rumah sentiasa terbuka. Telefon saja jika mahu datang. Dah habis Syawal pun tak mengapa, masih boleh berkunjung.

Tuesday, October 30, 2007

YB PONTENG DEWAN RAKYAT
* Semalam, sehingga jam 11.45 pagi, hanya 48 daripada 219 ahli hadir dan menjelang petang hanya 26 terus berada dalam dewan, iaitu jumlah korum minimum bagi membolehkan dewan bersidang.

* 11 pagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Mahadzir Mohd Khir tidak hadir untuk mengemukakan soalannya. Ketika itu itu, kira-kira 40 Ahli Parlimen berada dalam Dewan.

* Sesi soal jawab berakhir jam 11.45 pagi selepas tujuh Ahli Parlimen yang soalan mereka tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak hadir.

* Tiada seorang pun menteri kabinet menghadiri sidang pagi semalam, manakala hanya tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Ong Tee Keat (Pengajian Tinggi), Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kelihatan dalam Dewan.

* Kebanyakan Menteri berada bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Terengganu dan Kelantan bagi melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Anak saya dapat surat tunjuk sebab kerana ponteng empat hari ke sekolah. Antaranya ponteng kerana keletihan selepas khemah ibadah, ponteng kerana penat hari sukan, ponteng kerana bertungkus-lumus tolong cikgu di hari terbuka sekolah dan ponteng kerana letih, balik dari perkehmahan pengawas.

Saya harap YB terbabit turut mendapat surat amaran/teguran daripada yang dipertua Dewan Rakyat.

Dua hari lepas saya mencari semula buku ini yang dihadiahkan oleh suami.

LIM GOH TONG
GENTING HIGHLANDS, 29 Oktober - Raja Kasino dan ikon perniagaan Tan Sri Lim Goh Tong disemadikan di Taman Peringatan Gohtong Jaya dekat bandar Gohtong Jaya di sini hari ini.

Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting itu dikebumikan pada pukul 1.18 petang mengikut masa terbaik kaum Cina. Majlis pengebumian itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga dan saudara mara. Mengikut pantang larang orang Cina, pihak media tidak dibenar membuat rakaman majlis pengembumian tersebut.

Lim, 90, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya pada 23 Okt lepas kerana sakit tua.

Pada pukul 9.45 pagi tadi, perarakan jenazah meninggalkan rumah kediamannya di Gohtong Villa untuk "perjalanan akhir" ke Genting Highlands sebelum dibawa kembali ke taman peringatan itu, yang terletak kira-kira 600m dari bandar Gohtong Jaya.

Sebelum perarakan bermula, upacara sembahyang mengikut fahaman Taoist diadakan selama dua jam mulai 7.30 pagi di kediaman mendiang yang dihadiri oleh anggota keluarga, saudara mara, tetamu terpilih, persatuan dan badan pertubuhan.

Pihak media hanya dibenarkan berada di Gohtong Villa, Gohtong Jaya, Tokong Chin Swee, Hotel Genting Highlands dan pintu masuk ke Taman Peringatan Gohtong Jaya untuk membuat liputan perarakan itu dan dinasihatkan supaya tidak berada di hadapan perarakan.

Pada pukul 10 pagi, perarakan berjalan kaki bermula dari Hotel Gohtong Jaya, menuju pintu utama ke Gohtong Villa dan kemudian ke Taman Peringatan Gohtong Jaya. Kemudian perarakan itu disambung dengan menaiki kenderaan dari taman peringatan itu menuju ke Genting Hinglands.

Jalan dari Gohtong Jaya ke Genting Highlands Resort ditutup mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk upacara perarakan itu yang disifatkan sebagai salah satu perarakan paling hebat di negara.

Di sepanjang laluan perarakan ke puncak Genting Highlands, perarakan itu berhenti di Tokong Chin Swee pada pukul 11.50 pagi di mana setiausaha jawatankuasa tokong berkenaan Lim Thang Soon melakukan upacara sembahyang Taoist selama 15 minit.
Perarakan itu diteruskan ke Hotel Genting Highlands bagi membolehkan kakitangan memberi penghormatan terakhir.

Mengikut kisah riwayat hidupnya, Lim mengasaskan tapak tokong itu pada 1966 selepas menerima ilham daripada Patung Chin Swee untuk memulakan pembangunan Genting Highlands Resort.

Fasa pertama tokong tersebut yang menempatkan altar utama hanya disiapkan selepas 18 tahun kemudian ekoran masalah awal menghantar peralatan dan jentera berat di bukit curam itu. Tokong itu akhirnya dirasmikan pada 28 Mac, 1994.

Sebuah patung granit mendiang Lim setinggi 2.74 meter didirikan di dataran tokong itu dan dipamerkan pada sambutan harijadi Raja Kasino itu yang ke-90 pada 16 April lepas mengikut kiraan kalendar Cina.

Sementara itu, ratusan orang kenamaan, ahli perniagaan, ahli politik dan pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di bandar Gohtong Jaya untuk mengikuti perarakan itu dan pada masa yang sama kalungan bunga dan ucapan takziah terus diterima dari seluruh dunia termasuk dari kerajaan wilayah Fuji di China, negeri kelahiran hartawan itu.

Antara yang menghantar ucapan takziah ialah hartawan Hong Kong Li Ka Shing, Raja Kasino Macau Stanley Ho dan pihak pengurusan kasino Ceasar Palace di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beberapa eksekutif kanan bank-bank utama dunia juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuk pengerusi Hongkong dan Shanghai Bank Ltd Vincent Cheng.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim di Gohtong Villa di sini manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan takziah menerusi kiriman faks.

Sementara itu, seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur, Puan Lim Siew Hong, yang turut mengikut perarakan itu menyifatkan mendiang Lim sebagai seorang yang sangat pemurah.

"Tanpa kemurahan hatinya, kami mungkin tidak dapat mendirikan sebuah dewan. Dewan itu dinamakan sempena isteri mendiang Puan Sri Lee Kim Hua, sebagai tanda ucapan terima kasih daripada kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. Katanya 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekolah itu menghadiri ucapara pengebumian itu.

Di samping itu, beberapa buah sekolah juga menghantar rombongan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang termasuk Chung Hwe Independent School, Monfort Boys Town, SRJK Tamil Bentong, SRJK Tamil Karak dan SRJK (C) Bukit Tinggi.

Dalam pada itu, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Resort World, pula membawa sepanduk dengan perkataan: "Seorang yang baik yang sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan pekerjanya. Kami, para pekerja amat menghargai anda."
-- BERNAMA

* Berita ini tidak tersiar dalam akhbar hari ini. Diharap anda membacanya tanpa rasa prejudis. Bak kata orang, seketul batu, jika dicampak ke laut akan menjadi pulau.
* Rakan blogger kita, Suhaimy ada menulis tentang buku ini.

Monday, October 29, 2007

Wednesday, October 24, 2007


Datuk Haji Hussamuddin Haji Yaacub

HERO KAMI TERIMA ANUGERAH DATUK
SHAH ALAM:
Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Hussamuddin Yaacub dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Peringkat Kedua yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang ke 77.

Beliau merupakan penerbit 28 judul majalah-majalah terkemuka di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia adalah juga penerbit akhbar Sinar Harian yang kini telah memasuki pasaran di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. Sinar Harian Melaka dan Negeri Sembilan kini sedang dalam proses untuk diterbitkan. Sumber:
Sinar Harian

Tuesday, October 23, 2007



JIKA BUKAN MEREKA, SANGGUPKAH KITA?
PASUKAN
Malcon 2 UNIFILL yang terdiri daripada 24 pegawai serta 56 anggota dari semua perkhidmatan Darat, Laut, Udara dan Kor Kesihatan Diraja telah berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, malam tadi.

Upacara pelepasan anggota Malcon 2 UNIFILL tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin. Mereka akan berkhidmat selama sembilan bulan di sana.

Saya sebak melihat gambar-gambar ini. Terdetik di hati betapa kuatnya semangat mereka, jika kita... mungkin berfikir lebih lima kali memandangkan lokasi yang akan mereka pergi adalah negara yang sedang bergolak berbanding dengan kita di Malaysia - selesa sakan. Inilah yang dinamakan perjuangan dan pengrobanan. Tabik untuk mereka.

Monday, October 22, 2007


Gambar dari Agendadaily
OUR NATIONAL HEROS
SELEPAS
berlepas dengan roket Soyuz TMA-10 pada 10 Oktober lalu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan dua rakan angkasawan mengambil masa dua hari untuk bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Semalam sewaktu kembali ke bumi perjalanannya hanya mengambil masa 3 jam 23 minit. Segala debaran berakhir bila kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama dua lagi krew, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada jam 6.37 petang waktu Malaysia.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia, Dr. Sheikh, Mejar Faiz, seluruh saintis terbabit, dan rakyat Malaysia amnya.

Monday, October 15, 2007

INILAH YANG KELAKARNYA!
SEORANG
di Shah Alam. Seorang lagi di Cheras. Bukannya jauh sangat! Boleh dikatakan tiap minggu berjumpa. Malah pada bulan puasa, kami lebih kerap berjumpa dan saling bercakap mengenai persiapan hari raya.



Di pagi hari saya, kami semua saling tergelak sakan. Padan muka!
Rupanya baju kami sedondon. Saya dan adik bongsu saya, Cikgu Fadilah serta anak sulungnya tak sudah-sudah jadi bahan gelak ke mana sahaja kami berjalan beraya.

Dia sudah menempahnya hampir dua bulan. Saya pula membeli baju itu di malam raya di Plaza PKNS. Saya main sambar sahaja baju tu asalkan senada dengan warna baju suami. Tak sangka pulak - macam kembar saja saya dengan adik bongsu!

Sunday, October 14, 2007


Nek Jah dan Tok Din - Emak dan abah saya.

BERKUMPUL, BERMAAFAN
HARI
Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna bagi mak dan abah. Juga moyang saya. Kesemua anak beranaknya, menantu-menantu dan cucu-cucu berhari raya di rumahnya. Kecuali cucu sulung mak, Muazz yang baru sahaja berangkat ke Oklahoma University di Texas awal Ramadan lalu. Selain itu mereka, adik saya dari Kota Bharu, Kelantan. Kak Long dari Kuantan, Pahang. Abang dari Kota Tinggi Johor. Dan tiga orang adik di bawah saya yang tinggal di sekitar Cheras juga pulang beraya ke rumah mak dan abah. Bak kata orang, riuh rendah - macam kapal nak karam.

* Hari ni satu feri terbakar dan karam di perairan Pulau Tioman. Saya teringat kenangan percutian kami anak beranak di salah sebuah pulau di situ - Kampung Salang Pusaka. Memorinya saya abadikan dalam novel Mahligai Cinta. Alhamdulillah mujur kami selamat pergi dan balik...


Yang terbaring itu nenek saya yang berusia hampir 100 tahun. Moyang anak-anak saya. Dalam gambar, adik saya Dr. Bakiah yang bertugas di Kota Bharu.

Saturday, October 13, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
AMPUN MAAF SETULUS HATI.

Friday, October 12, 2007

PERSIAPAN RAYA
KAMI
tidak mengalami masalah langsung dalam membuat persiapan hari raya. Keadaan bandar Shah Alam yang serba terancang ini membuatkan kehidupan segalanya tersusun. Untuk mendapatkan daun palas dan segala keperluan esok untuk hari raya saya ke Pasar Besar di Seksyen 16. Di situ segalanya ada. Saya beli daun palas, beras pulut susu, santan, kerisik, hati, daging, limpa, paru untuk rendang istimewa orang Kedah kegemaran suami. Saya juga beli pisang awak dan daun pisangnya untuk buat pulut dakap.

Semuanya dimasak sendiri. Maid telah dihantar pulang samalam. Menjelang waktu berbuka semuanya siap.

Malam raya kami anak beranak lepak di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Kemudian ke Plaza PKNS. Jenguk-jenguk SACC MAll. Beli sehelai baju kurung siap untuk saya pakai esok (memang tak boleh ubah last minute punya perangai!) - Tentang baju ni ada cerita kelakar!

Thursday, October 11, 2007

JOM CUTI PRA RAYA
HARI ini saya bekerja separuh hari sahaja. Separuh lagi ambil cuti tahunan. Balik kampung? Tidak. Kami berhari raya di Shah Alam sahaja. Pagi hari raya akan ke rumah mak dan abah di Bandar Tun Razak, petangnya ke rumah sanak saudara di Klang, Jeram, Sungai Pinang dan lain-lain sekitar Selangor sahaja.

Pejabat di bahagian majalah sudah mula lenggang. Di bahagian akhbar masih lagi kalut dengan tugasan harian yang rutin. Akhbar hanya akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Ahad sudah bekerja semula untuk akhbar hari Isnin.

Beberapa tugasan untuk bahagian majalah telah saya selesaikan. Sebenarnya kerja akan bertambah banyak selepas hari raya. Segala peracangan sudah tersusun, menanti hari bekerja sahaja untuk memulakan segalanya.

Wednesday, October 10, 2007

LANGKAH PERTAMA
JAM
9.21 malam ini rakyat Malaysia yang pertama akan berlepas ke angkasa lepas. Perhatian seluruh negara akan bertumpu ke pusat pelancaran Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 atau jika berhalangan akan diganti oleh Dr. Faiz Khaleed akan berada di International Space Station (ISS, kira-kira 333 kilomiter dari bumi selama sembilan hari.

Soal istilah samaada mereka terbang sebagai 'angkasawan' atau ‘peserta penerbangan angkasa lepas’ seperti yang cuba ditonjolkan oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA) sudah selesai. Pihak Rusia mengitiraf mereka sebagai seorang angkasawan atau Cosmonaut. Apa sekalipun pandangan tentang pemergian angkasawan Malaysia ini. Ini adalah langkah pertama. Setiap usaha mesti bermula dengan langkah itu.

Antara misi mereka ialah:
1. Kajian Sel di Angkasa Lepas

Eksperimen ini akan mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Ia bertujuan melihat kesan ke atas pembentukan sel kansr dan proseso yang boleh dimanfaat untuk menghasilkan teknik pengesanan dan rawatan lebih berkesan.

2. Kajian Mikrobiologi di Angkasa Lepas
Eksperimen yang membabitkan penghantaran bakteria ke angkasa lepas bertujuan mengkaji kesan ke atas mikrobigraviti dan radiasi di angkasa serta makanisma dan kadar perkembangan bakteria serta tahap kerintangan dan mekanisma kawalan genetik. Dua jenis bakteria dipilih iaitu Helicobacter pylori yang bertindak balas ke atas penyakit ulser perut dan Acinetobactor baumanni yang biasa terdapat di hospital. Kajian ke atas bakteria itu akan dapapt memberi lebih pemahaman dalam pembentukan bakteria dan membantu menghasilkan protein atau enzim baru yang dapat merencatkan aktiviti antibiotik.

3. Kajian Protein di Angkasa Lepas
Penghasilan kristal dariapda protein sangat penting kepadpa kimia dalam organisma hidup dan mempunyai tiga aplikasi utama iaitu struktur biologi dan pembuatan ubatan, pemisahan kimia dan pengawalan dalam ubatan. Eksperimen itu akan menyediakan saintis dengan maklumat dan pengetahuan dalam meningkatkan penghasilan kristal di bumi dan sekali gus meningkatkan penggunaan dalam bidang industri pada masa akan datang.

Sketsa di rumah saya semasa sahur jam 4.30 pagi tadi:
En. Abang:
Hari apa kita nak pergi beli barang pasar - ayMm/daging/kerisik/daun palas dll?
Saya: Ikut kiraan falak, kita raya Sabtu jadi Jumaatlah ke pasar.
Anak-anak: Diam saja sambil makan.
En. Abang: Buatnya jadi kes masa Almarhum Sultan Idris? Beraya sehari lebih awal...
Kak Long: Janganlah, biar kita raya Sabtu (mama belum jahit baju raya kak long!)
Anas: Apa kata macam ni - angkasawan kita ada di orbit masa tu. Sekali dia tengok luar tingkap kapal angkasa tu ada anak bulan. Dia terus bagi tau orang Malaysia. Dia call Pak Lah dan kata dia dah nampak anak bulan dah. Kita raya awal!
Amie: Okey... jadi esok kita last bangun sahur.

p/s:
- Mengikut ritual angkasawan, mereka dikehendaki buang air kecil di sisi Soyuz TMA-11. Agaknya angkasawan kita akan kencing berdiri atau duduk? Khabarnya ada beberapa ritual lagi... apa ya?
DERITA NURIN BERPANJANGAN
AWAL
minggu lalu saya menerima gambar-gambar bedah siasat adik Nurin menerusi internet. MasyaAllah, saya tidak sangka ada manusia yang sanggup menyebarkan gambar-gambar berkenaan ke pihak umum. Malam tadi TV3 telah siarkan dalam Buletin Utama dengan mengkaburkan bahagian tertentu.

Gambar-gambar itu memaparkan kecederaan teruk yang dialami Nurin. Gambar bedah siasat pada anggota tubuh termasuk pada bahagian perut dan alat sulitnya serta gambar tubuhnya kerekot dalam beg sukan berkenaan. Sungguh tragis.

Uncle Nurin, Encik Jasni yang mengendalikan blog In Memory of Nurin kecewa dengan kejadian itu. Siapa yang mula-mula mengedarkan gambar-gambar itu? Ia ternyata gambar-gambar bukti yang hanya pihak doktor dan anggota polis sahaja yang boleh mendapatkannya. Kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Di mana kewarasan? Di mana tanggungjawab? Mengapakah tidak ada privacy bagi mayat Nurin?

Monday, October 8, 2007

DR MAHATHIR DIPINDAHKAN KE WAD BUNGA RAYA HARI INI


Untuk lebih cerita mengenai Tun sila klik blog Marina Mahathir di sini

Thursday, October 4, 2007

SYAWAL KIAN HAMPIR

BULAN separuh penuh yang dirakam fotoBERNAMA awal pagi semalam, menandakan umat Islam di seluruh negara telah menjalani ibadah berpuasa selama 22 hari. Pada minggu-minggu terakhir Ramadan ini, terdapatnya satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar.

Penentuan tarikh sebenar berlakunya Lailatul Qadar tidak dapat dipastikan tetapi pendapat yang kuat menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan iaitu malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan Al-Quran dan kedua akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.