HAL AMAH...
KADANG-KADANG saya teringin mahu ada amah semula. Ya Bibik. Orang Gaji. Pembantu Rumah. Apa lagi panggilan yang selalu dipanggil pada mereka?
Saya mula ada pembantu rumah dari Bagan Si Api Api Indonesia. Ini bermula sejak sepuluh tahun lalu. Ketika itu anak sulung berusia 18 tahun, yang kedua 8 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Memang memudahkan banyak perkara. Saya juga mempunyai banyak masa lapang untuk urusan sendiri.
Kemudian apabila berlaku perangainya yang tak baik. Saya yang baik ini pun menjadi majikan yang selalu naik angin. Maklumlah apabila kita tak ada di rumah dia bawa lelaki masuk rumah kita. Tak tahulah apa yang dia lakukan semasa ketiadaan kita dengan lelaki asing... Kemudian dia kami berhentikan.
Saya susah sedikt. waktu itu. Tak mengapa asal hati tidak sakit. Kemudian apabila berpindah ke Shah Alam dan rumah semakin besar, dua tingkat dan anak-anak perlukan lebih perhatian, mula memikirkan patut ada pembantu rumah.
Yes! Saya mendapat pembantu yang bagus. Alhamdulillah. Dia berasal dari Pekan Baru, Riau Indonesia. Rajin dan pandai serba serbi. Saya amat puas hati. Namun hanya lima tahun, apabila dia mahu balik ke kampung dan berkahwin atas arahan orang tuanya.
Kemudian datang pula dari Aceh. Ini juga tidak lama kerana perangainya agak malas, suka menjawab, selalu bangun lambat, tidak pandai memasak. suka tengok televisyen dan suka tidur. Aduh... yang ini memang memeningkan kepala.
Saya juga ada pengalaman pahit apabila seorang pembantu rumah dari Kuching Sarawak berbohong mengatakan mahu balik melawat emaknya yang baru bersalin tetapi dia terus hilang tanpa berita. Lebih buruk apabila dia meninggalkan hutangnya dengan jiran... saya yang kena bayar hutangnya itu!
Sekarang? Tak mengapalah tidak ada pembantu rumah... Memang payah, agak penat dan banyak kerja kena lakukan sendiri. Bagi saya itu saya sanggup lalui, yang penting hati saya tidak sakit!
No comments:
Post a Comment