Saturday, October 7, 2017

BISIK PADA LANGIT





Minggu lalu saya dah tonton filem Bisik Pada Langit dan sudah menaik status mengatakan saya tidak sedih, tidak berasa nak menangis menonton filem ini. Urat sedih saya tidak terkesan.
Padahal hampir semua yang sudah menontonnya, kata filem ini sedih dan mereka berteman air mata dalam gelap panggung wayang.



Pada hari saya pergi menonton itu tetap terdengar sok sek sok sek dengan desah nafas tersedu-sedan.
Mengapa saya tidak menangis langsung?
Dalam filem tu, saya lebih dekat pada watak Zaidi (Beto) sebagai abang sulung. Saya juga meletak diri saya sebagai adik yang selalu diketepikan kelebihannya.
Jadi emosi sedih saya langsung tak ada!
Saya sudah set dalam minda bahawa hati saya mesti keras. Sekeras perasaan saya yang menempelak silap seorang bapa kerana mengamalkan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.
Saya tak suka pada anak yang buat baik depan ibu bapa, tapi buat tak baik di belakang orang tua. Apalagi bagi seorang anak perempuan kampung. Maaf cakap, sambil getap bibir, hati saya berdetak berkata, "haa.., itulah! Padan muka"
Satu lagi, saya mahu melawan review tentang filem ini yang mengatakan, masing-masing `hati tisu' ketika tonton filem ini.
Saya tak mahu hati saya jadi tisu dan sampai habis popcorn satu kotak besar, saya berjaya melawan ego itu 
Bukan filem ini tidak bagus. Ia bagus kerana hasil sentuhan penulis skrip, sahabat saya Maizura Mohd Ederis dan Sofia Rhyland. Kabir Bhatia juga bukan calang-calang pengarah. Filem ini terbitan Astro Show.
Mengenai pelakon-pelakon, tidak ada nama besar selain Jalil Hamid dan Beto. Bisik Pada Langit juga tidak begitu bertaraf filem bagi saya. Ia seperti Super Tele sahaja.

Monday, October 2, 2017

BISIK PADA LANGIT - TAK SEDIH


Saya sudah tonton, tapi kenapa saya susah nak menangis hingga akhir cerita? 
Sedangkan saya bukan jenis orang yang keras hati. 
Saya menanti bilakah detik kesedihan sebenar akan terjadi
..

Tuesday, September 26, 2017

BERKATA RIUH DALAM DIAM



BERKATA RIUH DALAM DIAM

.
... dan malam adalah 
rehat yang panjang
memberi ruang kita berdiskusi
tentang kata dan tingkah
yang wajar kita kenang
atau tidak logik kita bincang
.
... kulihat lelangit yang kosong
wajahmu terpaku di situ
ditikam masa dan disapu jelaga
diam seperti biola
terputus tali, dicampak ke kerusi
.
. ... atas ranjang ini
kita kekalkan ia putih
bersih suci dan pekat wangi
sampai kita melambai pergi
dan tidak mungkin 
berjumpa lagi.
Sri Diah
Hotel Cikini
Jakarta, Indonesia
September 2016
#puisisridiah


SULTAN KEDAH MANGKAT












Belasungkawa Negeri di Utara
(Tersiar Berita Harian Ahad 17 September 2017)

Di langit awan terus mendung, hitam memberat
Duka itu sedang berlangsung sangat sarat 

Di sini di kota keras dan murah alpa
Sesekali hidung disapa bau cendana
Menunda-nunda runtun kesedihan pada jiwa
Dengan wangi kuburan dan putih kemboja

Tiupan nafiri dan dentum meriam
Menyeret nyeri deria kenangan
Ia lencun basah pada peta silam
Tatkala anak sunti dan engkau anak raja
Berjabat salam di padang kebebasan
Dalam laung hari merdeka dan daulat tuanku

Telah cukup haul payung mahkota dunia
Tiada lagi senyum tuanku dapat dihadam
Bersemadi bersama 89 deru dentum nan perit telinga
Seberapa boleh mahu dipeluk angin
Berhenti bertiup. Kami diasak erti kehilangan

Ini adalah saat luka, membenarkan cahaya suram masuk ke hati
Ini adalah ketika kita, memberikan masa pergi dalam kenangan
Allahummaghfir lahu warhamhu. Al-Fatihah. Amin.

11 September 2017

Kuala Lumpur

#puisisridiah

Thursday, August 17, 2017

MENCARI RESOLUSI INDUSTRI BUKU

Bersama Puan Zaiton Samah dari DBP dan tuan Shake Faisal dari Shakespot

Majlis Sidang Buku 2017 yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) semalam, bukan mahu meminta-minta dana daripada kerajaan kerana kerajaan pun sudah tidak ada duit hendak memberi dana.
Apa yang diperlukan ialah idea bagaimana hendak memperkukuh segala yang sudah ada tentang buku.
Antaranya nyatakan cadangan bagaimana mahu semarakkan kembali minat membaca dan suka membeli buku.
Apa sudah jadi dengan pogram Nilam di sekolah?
Ada sekolah yang mesih meneruskannya.
Namun ada sekolah yang sudah tidak menggerakkannya.
Apakah guru-guru diberi suntikan baru terhadap progaram ini?
Buku-buku di perpustakaan sekolah bagaimana?
Buku di perpustakaan desa bagaimana?
Ada dua Kedai 1 Malaysia yang sudah ditutup. Mengapa?
Rantaian sesebuah buku ialah seperti berikut:
Penullis --> Penerbit --> Pencetak --> Promosi --> Pekedai --> Pembeli.
Dalam rantaian di atas ada banyak onak duri membuatkan ia terputus.
Memang dunia buku perlukan transformasi. Perlukan penguatkuasaan dan pengukuhan.
Bagi saya dunia buku kini memerlukan satu REVOLUSI.
Fokus kepada PENGUATKUASAAN.
Penulis bangkit. Penerbit bangkit dan pembaca jua perlu bangkit.

Ada pautan di Berita Harian mengenai isu ini:

Thursday, October 20, 2016

SETELAH 18 TAHUN

Berbanyak terima kasih kepada semua yang memberi respon mengenai novel Selamat Malam Tan Sri yang akan diadaptasi kepada 26 episod drama televisyen.
Sebenarnya novel saya ini sudah berusia hampir 18 tahun dan sudah 10 kali diiulang-cetak. Judulnya agak ringan mengikut trend waktu itu. Namun isinya besar, konfliknya diminati ramai wanita dan mereka mengulang-ulang baca.
Kini kerja editing sedang dilakukan untuk ulang-cetak novel ini. Saya akan tampilkan versi baru dengan perubahan dan banyak tambahan sesuai situasi sekarang. InsyaAllah. Semoga produksi ini sukses.

>>> KOMEN POSITIF DI SINI <<<

Tuesday, October 18, 2016

BERMULA SHOOTING SELAMAT MALAM TAN SRI

Allah Humaa Aminn. Hari ini bermula kerja-kerja pengambaran adaptasi novel Selamat Malam Tan Sri.

Sebagai penulis asal novel ini, saya juga ingin mengucapkan sukses kepada seluruh Team Selamat Malam Tan Sri di bawah pimpinan Tuan Sutradara YM Raja Mukhriz, Eksekutif Producer, Akhbar Hashim (Warkah Puaka) dan LP Hazlan Tamsir




Sebesar terima kasih kepada Tuan Producer Encik Arif Mitik kerana telah mengangkat karya ini ke layar televisyen. 

Terima kasih juga kepada Tuan Ahmadsaabun Scriptwriterr yang telah menterjemahkannya ke bentuk skrip drama. Kepada krew, mohon tag kepada saya gambar-gambar shooting untuk tujuan promosi.  Terima kasih semua. Semoga pekerjaan kita di rahmati Allah.




Produksi : Iris Integrated Sdn Bhd

EP: Warkah Puaka (Akhbar Hashim)
LP : Hazlan Tamsir
Director : YM Raja Mukhriz
Ast Dir : Yusnita Yusof
Dp : Hairi
Apm 1 : Cik Gee Zainal
Apm 2 : Saiful (Cik Pon)
Prop Master : Midi
Runner : Mawludden Jantan
PM : Asang (Mohd Asauri)




______________________________________________
* Pesan daripada Eksekutif Producer, Akhbar Hashim.

Assalamualaikum, Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam untuk Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Saya harap semuanya dalam keadaan sihat fikiran dan fizikal. Segala halangan dan kepayahan sebelum hari ini ambil sebagai dugaan dan juga sebagai bantuan Allah untuk memastikan kita menghasilkan sebuah karya seni yang terbaik.

Saya juga amat berharap team produksi di bawah YM Raja Mukhriz akan dapat melaksanakan kerja-kerja dengan penuh dedikasi dan amanah. 

Tidak perlu saya ingatkan bahawa kita semua sedang memegang amanah drpd Tuan Produser kita En Arif Mitik. Beliau telah memberi kepercayaan kepada kita untuk melahirkan satu karya yang bernilai dan berkualiti. Jagalah amanah yang telah diberi kepada kita.

Berkerjasamalah sebagai sebuah pasukan dan bersilaturahim lah sebagai saudara seagama seiman. Jauhkanlah diri dari maksiat mahupun jalan menuju kecelakaan. Jagalah adab sopan ketika berada di tempat orang. Tingkatkanlah imej anak seni di mata masyarakat. Serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t.

Oleh itu dengan Lafaz La ilaha illa 'llah saya serahkan amanah ini kepada Saudara saya Tuan Sutradara Raja Mukhriz dan LP Hazlan untuk memulakan tugas yang telah kita diamanahkan untuk menyelesaikan sebaik mungkin.

Terima kasih semua. Semoga kita di rahmati Allah .sw.t. Wassalam.

#sridiah
#novelselamatmalamtansri
#selamatmalamtansri

Saturday, October 15, 2016

RAJA MUKHRIZ

Berjumpa hari ini bersama Tan Sri Rahman Shah (Dato Eizlan) dan Hanim Hanani (Reen Rahim) di majlis memperkenalkan pelakon untuk adaptasi novel Selamat Malam Tan Sri. Bertemu juga dengan Akhbar Ibrahim, Eksekutif Produser dan Pengurus Kewangan, Tuan Hazlan Tamsir bagi drama terbitan Iris Intergrated Sdn Bhd ini.



Lebih teruja dapat bertemu dengan Pengarah YM Raja Mukhriz, pengarah tersohor tanahair. Banyak karyanya yang telah memenangi anugerah. Saya sangat berharap karya saya yang berada dalam tangannya ini akan turut sukses seperti mana kejayaan-kejayan beliaui sebelum ini.



Friday, October 14, 2016

JANGAN BERTANGGUH


Ketika petang semalam, kita tunggu pagi ini untuk melakukannya. Kini sudah pagi, jangan pula tunggu petang untuk melakukannya. Tengah hari hanya satu transit. Malam pula waktu lena yang kita tidak tahu apa yang akan terjadi.
Salam Jumaat kepada semua yang tidak pernah mual mencium bau buku apabila rela menyerah nyawanya berkongsi buku. Maka berkorbanlah dengan masa untuk dekat dengan buku. Mahu menulis? Jalan terus.
Gambar di dalam kedai buku terpakai kepunyaan Jose Rizal Manua, di Taman Ismail Marzuki, Jalan Cikini Raya, Jakarta.
29 September 2016, jam 8 malam
Sebelum bermulanya Teater Jegerr (Putu Wijaya)
#sridiahiibf2016

DARAH KACUKAN


Lelaki di sebelah saya Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang terkenal sebagai Bapa Brownies Kebangsaan selalu bangga dengan darahnya, campuran Melayu (bapa) dan India (emak). Sejak dulu saya turut bangga mengaku dalam tubuh saya ada darah Cina (emak) dan darah Melayu (abah).

Dan Hafizah Iszahanid wanita cerpenis, novelis dan wartawan hebat di sebelah saya juga ada darah campuran Melayu dan Arab. Marilah kita meraikan perbezaan darah untuk Malaysia yang majmuk. Bak gaul tepung campur gula, susu, telur dan vanilla. Masuk dalam ketuhar api sederhana. Kemudian sapu topping peanut butter setelah brownies sejuk :)

* Nak beli jugak baju tu agaknya ada saiz Akak Seri tak, Mud? Cewah!

Thursday, October 13, 2016

BOB DYLAN




Hari ini Bob Dylan dianugerah Nobel Prize (Literature). Lirik lagu-lagunya dikatakan puitis dan berkesan. Ini semestinya mengundang perdebatan. 

Namun bagi saya apa salahnya? Lirik lagu-lagu kita pula sepuitis macamana?. Saya lalu teringat Kak Chah Habsah Hassan, Arwah Zubir Ali dan Suhaimi Meor Hassan. Lagi?


Sunday, October 2, 2016

BALADA SI BURUNG MERAK - WS RENDRA



Seperti seekor burung merak, W. S Rendra sentiasa mempamerkan kedinamikan persembahan di panggung teater dan mempesonakan pembaca dengan puisi-puisinya yang mempunyai kekuatan naratif dan kelincahan permainan kata-kata.
W.S Rendra tidak mengikat dirinya dengan mana-mana angkatan tetapi memiliki kebebasan dan keperibadiannya tersendiri.
Puisi-puisi W.S Rendra tidak pernah sunyi daripada membela golongan marhaen terutamanya wanita, menggoncang kestabilan dan kewenangan orang politik. 
peluncuran buku Balada Si Burung Merak Puisi-Puisi Lengkap W.S. Rendra, Minggu 2 Oktober di pameran Indonesia International Book Fair 2016.
Bagi Malaysia Rendra adalah sastrawan milik mereka. Karya Rendra bukan hanya diterima masyarakat Indonesia, tapi juga Malaysia dan internasional. Membaca puisi Rendra tidak akan sangka bahwa itu puisi lama 30 atau 40 tahun, puisinya masih juga rerlevan dengan era kini. 
Ngadiron mengataan bahwa ITBM hanya membawa 10 eksemplar buku buku Balada Si Burung Merak Puisi-Puisi Lengkap W.S. Rendra.
Peluncuran buku puisi lengkap Rendra ini juga dihadiri oleh sahabat-sahabatnya Deddy Mizwar dan Wiranto. Dengan penuh daya dan emosi yang tepat penampilan apik Wakil Gubernur Jawa Barat itu suskses mendeklamasikan puisi Datanglah Ya Allah karya Rendra. 
Sebelum memulai berpuisi dengaN nada berseloroh Deddy berkata, “Semoga nanti ada juga penerbit Indonesia yang mau kumpulkan karya lengkap sastrawandi negaranya sendiri,” ucapnya.
Selain Deddy Mizwar, ada salah satu sahabat baik rendra yang juga pasti akan sulit dipercaya kedekatan antara mereka. Wironto yang mantan purnawiranwan Jendral berkarib dengan Rendra yang seorang seniman? 
Padahal masa muda mereka bedua kala masih sama-sama mengenakan seragam kebesaran masing-masing adalah dua kelompok yang bergesekan. Wiranto, berkisah bahwa ia dan Rendra adalah sahabat baik, 
“Saya menghargai konsep-konsep hidupnya, dan pandangan hidupnya. Kami bersahabat sejak kami melucuti seragam dan atribut masing-masing,” terang Wiranto.

Saya bersama sahabat-sahabat Editor

Bersama anak-anak comel, sebelum mereka beraksi di pentas 


Tuesday, September 27, 2016

LAWAT LOKASI

Hari ini krew produksi drama adaptasi 26 episod Selamat Malam Tan Sri (SMTS) telah meninjau sebahagian lokasi untuk drama ini. Lokasi ini adalah tempat Hanim Hanani bekerja sebagai seorang wartawan kanan sebuah majalah mingguan mengenai wanita.

Bagaimanapun keizinan ini tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan bersama pihak pengurusan Kumpulan Media Karangkraf. Mungkin ada lokasi yang dibenarkan ada lokasi yang tidak diizinkan, bergantung kepada sekuriti syarikat.
Antara yang akan muncul di sini ialah Hanim Hanani, Mazuin dan Encik Manan.







Novel oleh: Sri Diah (Alaf 21 Sdn Bhd)

Skrip oleh: Ahmad Saabun 
Terbitan : Iris Intergrated Sdn. Bhd
Pengarah: Raja Mukhriz


26 Septembmer - Kumpulan Media Karangkraf

KERAS HATI

Sunguh keras hati kamu. Keras juga hati suamimu.
>>> Satu keluarga semi bandar sedang menikmati makan malam di gerai terbuka. Pengunjung ramai dan situasi agak sibuk dan bingit dalam panas malam akhir September.
Suami, isteri dan dua anak menikmati set makanan hidangan Siam. Wangi tomyam dan harum ayam bungkus daun pandan sangat menggoda selera.
Anak-anak lingkungan usia tujuh dan tiga tahun sekejap makan, sekejap bermain dan sambung makan semula.
Di satu meja lain seorang wanita pertengahan usia bertubuh kecil, duduk sendirian makan mi goreng berteman air kosong. Tertib dalam kelaparan jam 9.30 malam.
Sekejap tunduk menyuap, menguyah dan sesekali memerhati budak dua orang tadi yang berulang-alik antara meja ibu bapanya ke meja wanita ini.
Pelik. Itulah yang tersimpan di mata saya tapi belum mahu keluarkan dalam bentuk kata-kata.
Sahabat, ya benar wanita itu orang gaji. Dia pembantu rumah, orang suruhan, membasuh pakaian, menjaga anak, mendobi, tukang bersih lantai, bancuh susu, besihkan muntah dan berak anak.
12 jam kamu tinggalkan anak-anak di rumah bersamanya. Untung nasib anak-anak dalam tangan dia. 12 jam dia tanpa tidur. Namun 12 jam anak-anak dengan kamu, termasuk enam jam tidur.
Waktu siang anak-anak berkepit dengannya hingga dia hendak bersolat pun payah. Apabila dia sakit kepala atau demam, anak-anak tetap kenyang dan nyenyak tidur siang.
Mana mungkin kamu boleh pisahkan mereka walau hanya satu jam untuk duduk berasingan meja makan malam. Sebenarnya, duduk makan sekali bukan satu dosa, tidak juga menjijikkan.
Berlembut, dia juga insan. Dan perempuan tudung selebeh itu akan lebih jatuh kasih kepada anak-anak kamu.
Dia adalah kebahagiaan kamu ketika kamu bebas daripada rengek anak-anak semasa sibuk bekerja.
* Perempuan pemerhati.
Menulis sambil sebak.

SELAMAT MALAM TAN SRI (1)


SAIFUL AZAM: Saiful Azam, 28 tahun dibayangkan sebagai figura seorang lelaki yang cukup matang. Dia berdiri sebagai lelaki moden, kaya, terpelajar dan berdikari. 

Dia boleh hidup sendiri tanpa dibayangi ibu bapanya (Tan Sri Rahman Shah dan Puan Sri Rosenita).

Empat tahun belajar dan bekerja di luar negara, dia diminta pulang segera kerana kemalangan ngeri ibunya.

Ketika itulah bermula pertemuan dengan wartawan kanan bernama Hanim Hanani.

Karisma Saiful Azam tergugat. Personalitinya yang suka diam memerhati, menjadi sebaliknya.

Dia berubah drastik. Kesabarannya diuji. Sifat hormatnya dicabar.

Saiful Azam boleh membezakan antara tugas dan perasaan cinta Hanim terhadap bapanya. Dia tidak aneh. Itu lumrah,

Namun dia kecewa kerana Hanim sepatutnya memilih dirinya, bukan memilih bapanya untuk disayangi.

Saiful Azam menjadi lelaki paranoid terhadap bapanya.
Perasaan itu bagaimanapun lebur apabila melihat tubuh kaku emaknya yang masihi terbaring koma.

Ini antara wajah Saiful Azam di mata saya.
Anda bagaimana?

Penulis Novel: Sri Diah
Penulis Skrip: Ahmad Saabun
Drama Terbitan: Iris Intergrated Sdn Bhd 



Akhirnya inilah wajah akhir pelakon yang akan memegang watak sebagai Hanim Hanani dan Saiful Azam. Beberapa pelakon yang dicadangkan sebelum ini tidak dapat memenuhi job ini kerana mereka sudah terikat dengan job lain sehingga Februari 2017.


#novelselamatmalamtansri
#selamatmalamtansri

Saturday, September 10, 2016

SELAMAT M ALAM TAN SRI

HANIM HANANI: Saya meletak harapan tinggi terhadap pelakon yang bakal memegang watak sebagai Hanim Hanani dalam siri adaptadi 26 episod drama Selamat Malam Tan Sri.



Hanim Hanani adalah watak utama novel ini (selain Tan Sri Rahman Shah). Watak wanita dalam usia 26 tahun yang matang. Dia berprinsip. Imejnya lembut tapi tegas, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan kanan.
Sebagai wanita dia juga mahu kasih sayang. 
Dirinya dicintai itu bonus baginya.



Namun dia tidak mahu semurah petik jari. Dia tidak mahu juga terlalu mahal. Dia mahu cinta yang ultimate walau ditakdirkan secara berkongsi.
Ini antara wajah Hanim Hanani cadangan saya.
Anda bagaimana?

SELAMAT M ALAM TAN SRI (2)


HANIM HANANI: Saya meletak harapan tinggi terhadap pelakon yang bakal memegang watak sebagai Hanim Hanani dalam siri adaptadi 26 episod drama Selamat Malam Tan Sri.



Hanim Hanani adalah watak utama novel ini (selain Tan Sri Rahman Shah). Watak wanita dalam usia 26 tahun yang matang. Dia berprinsip. Imejnya lembut tapi tegas, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan kanan.
Sebagai wanita dia juga mahu kasih sayang. 
Dirinya dicintai itu bonus baginya.



Namun dia tidak mahu semurah petik jari. Dia tidak mahu juga terlalu mahal. Dia mahu cinta yang ultimate walau ditakdirkan secara berkongsi.
Ini antara wajah Hanim Hanani cadangan saya.
Anda bagaimana?

Thursday, September 1, 2016

PROSES MENULIS


Jika penulis mengambil masa berbulan-bulan untuk menulis, maka jangan marah jika pembaca hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk menyudahkan pembacaan mereka.
Penulisan yang bagus mesti melalui beberapa takah atau proses penerbitan. Mengumpul bahan bukannnya mudah. Hendak melahirkan idea ke dalam penulisan juga sangat payah.
Kemudian proses editing mengambil masa lebih detail. Mencari kesalahan satu persatu, memikirkan logik cerita dan menyusun konti cerita. Mengkaji dan mengkaji apakah feedback pembaca juga satu hal yang payah.
Biasanya re-edit mengambil masa lebih tiga kali.
Betulkan semula. Mesti bekerja rapat dengan designer.
Kepayahan ini langsung tidak membantutkan penulis yang kental jiwanya.
Jangan mengalah. Ini adalah kepahitan yang pasti akan berbalas dengan momen yang manis, apabila tulisan kita diterima oleh pembaca, apalagi jika dipuji-puji 

KATA FIKIR


Menulis adalah seni mengeluarkan kata fikir. 

Menaipnya satu persatu, menyusun daripada patah perkataan menjadi perenggan yang mantap adalah seni yang berdisiplin.

Membaca adalah untuk menyerap ilmu baik.
Menyisih ilmu serong dan mengadunnya masuk ke kotak fikir

Membaca dan menulis - adalah seni logik dan disiplin ilmu 

JATUH CINTA PADA HERO

Bagaimana pula jika pembaca jatuh cinta dengan hero atau heroin dalam cerita? Siapakah yang punya angkara hingga menghanyutkan fikiran pembaca ke lubuk cinta itu 
* Soalan santai saya tetapi besar maknanya bagi penulis - bagaimana kuasa tulisan penulis boleh menjadikan pembaca jatuh cinta dengan hero atau heroin yang sengaja direka sempurna oleh penulisnya.
* Siapa hero anda dan daripada novel atau buku apa?
Taipkan judul bukunya.

PENERBIT PILIH KASIH

Apabila penulis membuat status di facebook mengenai penerbit yang tidak memberi layanan yang mereka mahu, ramai pembaca yang memberi komen. Penulis mahu A, B ,C tetapi penerbit tidak boleh tunaikan. Penulis mahu D, E, F pula dan penerbti tetap tidak dapat tunaikan.
Ada sebab mengapa penerbit tidak dapat penuhi permitaan penulis.
Ada sebab mengapa penerbit tidak memberi komen di facebook
Dunia penulisan dan penerbitan adalah bidang profesional. Untung rugi merupakan perkiraan penting. Setiap sesuatu harus diurus dengan lojik akal dan situasi semasa.
Mari sama-sama kita melihat industri ini jauh ke depan. Bukan bercakap mengenai satu-satu isu pada waktu itu sahaja.

STATUS NOVELIS

Penerbit tidak boleh menjawab secara terbuka status novelis yang tidak puas hati terhadap penerbit. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan memberi imej negatif.
Perkara yang membabitkan moral penulis dan etika, tidak perlu diketahui oleh orang luar. Jika penuils ada masalah, inginkan penjelasan dan pembelaan, mereka boleh berhubung dengan penerbit.
Dalam hal ini moral penulis akan terpelihara dengan baik.
Penerbit tidak boleh buka pekung penuils kepada khalayak.
Selagi penerbit boleh tutup, mereka akan pelihara aset peribadi penulis. Ini supaya penulis itu boleh terus hidup dengan penerbit lain pula.

DOSA PENERBIT

Ada tiga dosa (daripada beberapa dosa lain) seseorang penulis yang sukar dimaafkan oleh penerbit:
1. Menghantar manuskrip yang diciplak/dipalagiat
2. Tidak memberitahu kepada penerbit yang baru dia berurusan, bahawa karya itu dihantar juga kepada penerbit lain.
3. Merahsiakan manuskrip itu adalah satu daripada siri lain yang telah diterbit oleh penerbit lain.
* Nanti saya akan terangkan juga dosa-dosa penerbit kepada penulis.
.
.
#sridiahnotes