Wednesday, November 6, 2013

DOA, SELAWAT

HARI ini anak-anak kita akan menduduki Peperiksaan SPM 2013. Anak bongsu kami, Anas Suhaimi bin Ahad adalah antara puluhan ribu calon SPM tahun ini. Kami harap anak bongsu ini akan diberi dapat menjawab dengan baik dan diberi ketenangan fikiran sepanjang peperiksaan berjalan.


Berikut ini pesan Ustaz Haron Din.


Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH



(Nota ini untuk semakan dan bacaan semula anak-anak saya, Anis KhalilahAnas Iqbal,Anas Suhaimi dan juga kepada semua sahabat saya di fb ini untuk kita saling ingat mengingat sejarah penting bulan Islam.

Tahun ini ialah tahun 1435 Hijrah. Sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal Muharam pasti semua mengingati penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi... Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan seseorang daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.

Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW.

Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah.

Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Monday, November 4, 2013

RUMAH NGAJI


ISNIN yang barakah, semoga limpah rezeki-MU ada untukku. Semoga limpah kesihatan-MU ada untukku.Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, tugasku semakin bertambah. Tugasku semakin berat. Amanah dan tanggungjawabku semakin besar.

Selain dipertangung-jawab terhadap Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari, kini Jabatan Al-Quran dan Rumah Ngaji, sebuah aktiviti mengaji dan memanfaatkan Al-Quran mula berada di bahu saya.

Rumah Ngaji  (No Tel: 0139552106) adalah satu wadah untuk sesiapa sahaja yang mahu menghayati sepenuhnya keagungan Al-Quran, atau mahu belajar asas Al-Quran, atau mahu meningkatkan/memperbaiki bacaan Al-Quran dan mahu mengaplikasi kehidupan berlandas pada Al-Quran. 

Lima imam muda kami sedia berbakti. NGO, badan berkanun, syarikat swasta dan orang persaorangan boleh menghubungi Rumah Ngaji untuk mendapatkan khidmat kami. Khidmat ini demi Allah. Tiada bayaran dikenakan. 

kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut, sila klik sini >>> RUMAH NGAJI <<< (`Dia' yang dimaksudkan dalam link Puan Marhaini Yusoff ini adalah bos kami, DatukHussamuddin Yaacub. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati usaha beliau ini).

Link ke Rumah Ngaji >>> >>> LINK KE RUMAH NGAJI <<< Semoga Allah SWT memberi saya kesihatan yang baik. Otak yang cerdas dan badan yang cergas untuk menjalankan amanah ini. InsyaAllah.



Sunday, November 3, 2013

BIDAAH EXAM

RABU 6 November 2013 ini anak bongsu kami, Anas Suhaimi bin Ahmad akan mulai menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menenagh Seksyen 7, Shah Alam. Sebagai ibu saya mendoakan semoga Allah SWT terangkan hatinya, tenangkan fikirannya dan memudahkan dia untuk menjawab semua soalan peperiksaan.


Seperti dia... saya juga rasa berdebar-debar setiap kali anak-anak menghadapi peperiksaan. Musim periksa ini juga saya harap dia kekal sihat. Tidak demam, supaya dia dapat hadir menjawab kesemua soalan dan subjek peperiksaan.


Apabila tiba musim periksa ini, saya teringat akan kejadian-kejadian bidaah yang selalu abah saya tolak untuk melakukannya. Sebagai imam di kawasan perumahan kami, abah saya selalu diminta menjampikan air kosong untuk diberikan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan... sampai berbotol-botol banyaknya. Ada jua pen, pensel, buku dan beg sekolah. Ada juga kasut sekolah!


Ya Allah, kami adik beradik geleng kepala. Abah apalah lagi... dia terus tutup pintu. Tapi rupanya barang-barang itu diletakkan pula di luar rumah! Abah kata itu bidaah. Itu syirik dan berdosa besar! Dia tidak mahu bersubahat membuat perkara yang dimurkai Allah. Ada yang tunggu tak nak balik selagi abah tak jampi air yang dibawa. Abah bawa masuk bilik, baca Al Fatihah dan ludah-ludah saja (kata abah). Iya atau tidak entahlah..

Berbalik kepada Anas Suhaimi anak kami, dia minat sangat pada muzik, kamera dan video... saya harap sepanjang bercutis selepas exam ini nanti dia akan isi masa lapangnya dengan kerja-kerja yang dia minat, supaya tidak membazir masanya, dapat dimanfaatkan untuk pengetahuan sampingannya.

Saturday, November 2, 2013

SALAM TAKZIAH

PERSAHABATAN kami bermula semenjak lebih 28 tahun lalu. Ketika itu kami masih bujang dan sama-sama bertugas untuk akbar Bazaria, kemudian ke Majalah NONA dan meniti dari stau tangga ke satu tangga kerjaya, hingga sekarang bersama pula di Grup Buku Karangkraf kami masih lagi di bawah satu bumbung yang sama, Kumpulan Media Karangkraf.

Subuh kelmarin tidur saya dikejutkan dengan perkhabaran duka. Hajah Saadiah menelefon memberitahu suaminya Esa telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.00 pagi. Saya terkesima. Terkejut. Tidak tahu hendak kata apa... sebaliknya suara Hajah Saadiah tenang  sahaja...

Hajah Saadiah juga adalah teman sebilik saya ketika kami sama-sama menunaikan haji pada tahun 2010. Selama 44 hari kami berada di Tanah Suci Madinah dan Makkah, kami harungi segala suka duka bersama... sakit pening, letih, merajuk, kecewa... semua dugaan itu kami hadapi bersama. Akhirnya Alhamdulillah kami berjaya melakukan kerja hari dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamatnya.

Ketika menziarahi majlis pengkebumian Allahyarham Esa di kediaman kakak Hajah Saadiah, tadi saya sebak... anak-anak lelaki mereka, lima orang semuanya, turut telibat memandikan jenazah arwah ayah . Mereka juga besama-sama mengkafankan jenazah dan sama-sama mengusung jenazah ayah mereka ke surau dan ke tanah perkhuburan... berkat anak-anak lelaki yang soleh.... saya sebak.

Gambar keluarga bahagia ini pada sambutan Aidilfitri 2013 lalu

Semoga dugaan ini tidak mematahkan semangat Hajah Saadiah dan anak-anak meneruskan kehidupan. Walau suami sudah tiada... kita masih ada saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang prihatin. Semgoa roh Allahyarham Esa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...

TENTANG ORANG TUA INI...

INILAH orang tua janggut putih yang banyak pahala setiap kali musim haji.


Kita harus mengenang, cukup banyak pahala lelaki ini setiap kali masuknya musim haji. Kalau ada yang nak menafikan bahawa dosa dan pahala bukan hak kita nak tentukannya, sekurang-kurangnya orang tua ini telah membuat satu sumbangan yang besar pada umat Islam di negara kita.

Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada Tabung Haji...sebab Tabung Haji merupakan satu badan besar yang monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.


Baca seterusnya di sini >>> ORANG TUA BERJANGGUT PUTIH <<<

Wednesday, October 30, 2013

REZEKI LAGI



HARI gembira lagi. 
Syukur. Ya ALLAH
Atas meja ada cek
Atas cek ada kotak
Dalam kotak ada kek :)

Tuesday, October 29, 2013

REZEKI ALLAH BERI


ALHAMDULILLAH. Hari itu jika tak silap saya ada beritahu tentang satu berita gembira... syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana melimpahkan rezekinya kepada saya. Rezeki kesihatan, rezeki kebahagiaan dan rezeki pekerjaan yang baik.

Dan paling penting majikan puashati servis saya, lalu menyambung perkhidmatan saya lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Syukur. Saya baru sahaja mendapat surat pengesahan jawatan (baru) pada Julai 2013, dan pada awal Oktober, diberi surat kenaikan (lagi).


Kata bos tugas saya semakin bertambah (dengan tambahan Jabatan A-lQuran. Namun bagi saya itu bukan tugas yang berat. Saya redha. Saya ikhlas jalankan tugas. Lebih penting daripada itu saya mahu mengutip pahala, menguruskan hal-ha berkaitan penerbitan Al-Quran. Itu dah cukup bermakna bagi saya.

Satu lagi kebahagiaan... apabila petang tadi diberikan satu unit komputer yang baru - lebih bagus, lebih laju, skrin lebih besar... Oh Syukur Ya Allah atas limpah rezeki-MU.




Sunday, October 27, 2013

ORANG JAUH

MERAIKAN kehadiran keluarga kakak ipar, Kak Meah yang datang dari Kampung 30 alor Setar, Kedah.. Mereka adalah keluarga yang rapat dengan kami kerana setiap kali balik ke kampung di rumah pusaka itu yang didiami keluarga ini menjadi tempat kami bermalam. Seorang lagi kakak ipar, Kak Mah yang tinggal di Kg Lahar Budi, Alor Setar.


Semestinya kami bawa mereka ke lokasi kegemaran kami untuk makan petang - Mi Ketam di Seksyen 7, Shah Alam. Rasa puas hati sangat-sangat kerana dapat belanja mereka makan, enjoy!

Saturday, October 26, 2013

DIALOG DBP EDITOR & PENULIS

Bergambar bersama Pengarah DBP Cawangan Selatan saudara Abd. Abd Rahim Omar dan pegawai Perpustakaan Sultan Ismail selepas Sesi Dialog Editor-Penulis anjuran DBP sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Cawangan Selatan dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Ismail. Moderator ialah Tuan Khalid Mazlan mewakili Penerbit UTM Press, Puan Rozninah Abd. Azib, Ketua Editor Bahagian Multimedia DBP dan Saudara Amran Azmi, Pengurus PTS. — with Sri Diah Shaharuddin at Galeria @ Kota Raya





Berlangsung di Galleria Kotaraya di Johor Bharu, berlangsung sesi kedua Dialog Penulis & Penerbit anjuran DBP Wilayah Selatan. Minggu lalu saya di Melaka, minggu ini saya di Johor Bharu pula - diiringi partner yang sungguh setia dan dedikasi :)

Dialog dua hala ini amat bermakna. Banyak kekeliruan berjaya dirungkai. Banyak input baru diberi kepada peserta yang hadir. Beberapa pencerahan telah diberi.

* Dunia penerbitan buku sudah melalui inovasi yang positif.Dunia penerbitan sudah lama keluar dari sindrom ego dan syok sendiri. Penerbit kini realistik. Terbit buku, memasar dan mengutip hasil bukan kerja dongeng. Untung adalah satu bonus.

*  Saya yakin penulis yang gigih berusaha akan menyerap apa sahaja ilmu yang diberi. Tindak fikir penulis kemudiannya akan menjadikan seseorang itu lebih bernilai, menerima dan mencerna semula ilmu yang diberi. Tidak menerima bulat-bulat sahaja. Saya salute kepada penulis yang berusaha tanpa noktah, yang memahami rentak bisnes penerbit. (Sebahagian pencerahan saya semasa Dialog Penulis dan Penerbit anjuran DBP Wilayah Selatan di Melaka dan Johor Baharu).

Friday, October 25, 2013

JALAN-JALAN JB

HAMPIR lima tahun tidak ke Johor Bharu, padahal abang saya bertugas di sana. Dia dan isteri tinggal di Kota Tinggi dan saban hari berulang alik ke JB, malahan hampir tiap minggu mereka akan berada  di Shah Alam dan Kuala Lumpur kerana anak-anak mereka berada di sini.

Dalam perjalanan Shah Alam ke JB saya memang sudah tanam niat dalam hati hendak merasa asam pedas Melaka atau asam pedas Johor. Di RnR Pagoh kami singgah makan asam pedas ikan kembung dan sayur bayam tumis. Alhamdulillah... sedap tapi pedas sedikit...

Malam, sampai sahaja di JB untuk majlis anjuran DBP esoknya, kami sudah dilamar ke Kg Melayu JB untuk menikmati "Murtabak Daging Singapore' yang memang sedap. Sate dan mi rebus juga amat mengenyangkan...




Sebelum Maghrib kami dikunjungi sahabat lama, Puan Rahimah Muda JB yang memang terkenal sebagai penggiat seni dan kebudayaan negeri Johor. Beliau penulis skrip drama radio dan televisyen.  Beliau juga penulis skrip dan pengarah teater yang terkenal di Johor.



Bertuah hari ini dapat berjumpa Rozninah Abd Azib penulis buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya. Beliau juga penulis buku Cinta @FB dan siri Fantasi Natasya terbitan Buku Prima Karangkraf.



Wednesday, October 23, 2013

ANAK BARU



DI bawah ini ialah puisi ringkas, alhamdulillah masih boleh berkarya.
Alhamdulillah, anak baru saya juga bakal lahir setelah sekian lama menyepi. Tetapi maaf ya... belum boleh tunjuk muka dia...





Tuesday, October 22, 2013

BUNUH GADIS SUNTI

DALAM usia 15 tahun, mengenali teman lelaki sejak lima tahun lalu... hari ini dia mati dibunuh. Ini tragedi gadis sunti di kota, yang bebas ke mana sahaja, yang diberi kepercayaan seratus peratus oleh keluarga untuk berkawan dengan sesiapa sahaja...


Sadis! Ng Yuk Tim, 15 keluar rumah jam11 pagi kelmarin untuk bertemu kenalannya dan sejak itu tidak pulang-pulang. Kenalannya berusia 23 tahun akhirnya mengaku membunuh mangsa menggunakan dumbell selepas Yuk Tim enggan melayan nafsunya. Mangsa kemudian disumbat dalam beg pakaian dan dicampak di tepi jalan. Mayat ditemui jam 9 malam di Klang. Apa yang boleh kita katakan? Manusia makin gila!



Cantik gadis sunti ini, seperti mendiang Canny Ong yang tetap cantik pada pandangan mata saya. Kisah Canny Ong masih saya simpang hingga hari ini... kisah mengenainya yang cuba saya sampaikan dalam bentuk novel masih tertangguh.

Entah bila dapat disiapkan! Saya ghairah hendak masukkan insiden itu dalam novel hanya berjaya separuh jalan. Kini masih terbengkalai.


Sunday, October 20, 2013

PUISI. BUKAN PROSA


DALAM bidang penulisan ada ajaran yang kita boleh ajar kepada orang lain. Kita ajar dengan tekun, mengikut tatacara satu persatu dan mereka faham lalu mereka buat sendiri. Ada juga ajaran yang tidak boleh diajar. Puan kita asuh, kita didik, namun tetap gagal untuk diteruskan.

Semuanya berbalik kepada fitrah manusia. Jika ada bakat penulisan sekalipun namun tidak mendapat sentuhan yang betul karya yang dihasilkan akan menjadi biasa-biasa sahaja. Tidak luar biasa. Tidak laku. Tidak diperkatakan.

Di sini ada tips penulisan yang bagus. Webpage ini amat bagus untuk ditelaah dan topik yang saya tag ini amat menarik untuk dicuba. >> BACA DI SINI <<< Seperti selalu, saya jenuh mengajar penulis teknik dan tektik... ada yang boleh tangkap, ada yang boleh berubah... tetapi teknik dan tektik itu tidak kekal lama mereka aplikasikan.

Menulis puisi tidak sama dengan menulis novel.
Ini hakikat. Jika tidak patuh pada hukum puiisi... puisi akan jadi prosa.

Saturday, October 19, 2013

MASAM MANIS

ZALIM sangatkah Penerbit/Editor? Hebat sangatkah Penulis?

Hubungan masam-masam manis antara penerbit, editor dan penulis turut disentuh dalam dialog yang berlangsung di Perpadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka pada 19 Oktober 2013. Penulis (baru) gerun apabila saya kata editor suka menyuruh penulis rombak manuskrip dan menyuruh tambah lagi itu dan ini. Penulis ternyata berasa seram sejuk dengan kuasa pen merah editor  










Seorang penulis pernah memberi amaran kepada Editor saya dengan kata-kata ini:
Ini manuskrip saya. Saya tahu apa yang saya tulis. Saya mahu pembaca tahu apa isi hati saya. Jadi jangan potong manuskrip saya. Jangan ubah ayat-ayat saya. Masukkan semua fakta yang saya lampirkan.

Aduhai... Editor terkulat-kulat mendengara suara dari corong telefon sebelah sana. Memanglah hubungan antara Penerbit, Editor dan Penulis adalah umpama `MASAM MASAM MANIS' Sesekali ada juga rasa payau dan masin.




Penulis baru berasa gerun apabila saya kata Editor suka menyuruh penulis rombak manuskrip dan menyuruh tambah lagi itu dan ini. Penulis juga ternyata berasa seram-sejuk dengan pen merah editor. Hahahaa...

Sesi seterusnya ialah pada 26 Oktober di Johor Bahru.

Friday, October 18, 2013

JAMUAN AIDILADHA

SAYA selalu suka meraikan tetamu. Tidak kiralah di rumah atau di pejabat. Tetamu adalah rezeki bagi saya untuk merapat ukhuwah. Dengan hadirnya tetamu dapatlah saya menambah pahala persahabatan, merapatkan rasa kasih dan rasa hormat.

Jamuan Aidiladha yang berlangsung di Karangkraf, merupakan acara tahunan kami meraikan tetamu. Tahun ini rezeki Allah beri dengan 23 ekor lembu peliharaan untuk menjalani ibadah qurban, mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang patuh pada perintah Allah swt.

Antara tetamu ialah Prof Kamil dan Puan Roza yang balik bercuti dari Madinah.

Di sisi adinda Nor Hazizam dari PTS

Bersama adinda novelis terkenal Ain Maisarah

Wajah kami - bersama Phia dan Sue Arukin

Tetamu dari Seremban, Azzah AR dan Mazura Stapah serta Rodhiah.

Wajah pagi, masih segar.

KENANGAN AKHBAR BACARIA



Inilah sebahagian insan yang menggerak sebuah akhbar tabloid bernama BACARIA, 30 tahun lalu. Suatu sejarah, apabila BACARIA mencapai sasaran jualan hingga mencapai jualan 250 ribu naskah seminggu.

Akhbar ini muncul dengan berita-berita sensasi setiap minggu berbentuk laporan penyiasan. Antara yang popular waktu itu ialah siri Rose Chan, Anak Chin Peng, Pembongkaran Jirat Cina sebagai lokasi pemujaan dan pelbagai lagi yang sensasi.

Dari kiri, Rodly Fadly, Wartawan Sukan, Mek Muriza, Pengurus Library, Puan Nuri Supian Wartawan Dunia Wanita, saya sebagai Penyunting dan Ramlee Ar Rahman, Wartawan Penyiasatan.

Ada ramai lagi wartawan hebat yang lain yang bersama-sama kami waktu itu. Antaranya SharifahSharifah Abu SalemAzmi IbrahimDimah Namso (Hamid Osman) dan lain-lain lagi.

Ketua Pengarang kami, Amir Hijaz, yang sentiasa mendidik dengan penuh ketegasan,menjadikan kami berani dan bertanggungjawab. Tauke kami tetaplah Datuk Hussamuddin Yaacub yang sentiasa memberi inspirasi, memberi tunjuk ajar dan selalu berada di sisi kami ketika susah dan senang.
 — with Rodly Fadly,Hussamuddin YaacubAmir HijazNuri SupianAzmi IbrahimSharifah Abu Salem and Ramlee Ar Rahman.

Wednesday, October 16, 2013

Berziarah Raya

Mengambil peluang berhari raya di kampung kami melakukan ziarah ke rumah teman-teman yang selama ini hanya berhubung melalui facebook. Kami ke Kubung Panjang dan dalam perjalanan balik singgah di rumah Tuan Hj Nasir dan isterinya Cik Nini di Pendang, berbincang hal skrip dan lain-lain hal.

Berborak di pelenggaq.

Tuan Nasir adalah penulis skrip drama radio yang sangat terkenal di utara. Skrip drama radionya boleh dikatakan tersiar setiap minggu di radio - dua kali seminggu. Skripnya juga tersiar di stesen radio daerah lain.
Suasana bendang padi di hadapan rumah mereka.

Bergambar di kebun Cik Nini

Seronok berbual dari satu cerita ke satu cerita dan sesuai dengan suasana kampung. Sawah bendang mematangkan saya, kehidupan petani penuh ketabahan dan keikhlasan berbudi pada tanah... mereka amat baik, hidup selesa dan jalinan silaturrahim semakin erat.

Sebelum itu suami singgah di kawasan pengambaran drama televisyen berjudul KUBUR PANJANG, hasil tulisan skrip sahabatnya Tuan Jamil Mutalib. Menurut suami kisah ini adalah kejadian benar tetapi saya ingat-iingat lupa ceritanya.


Tuesday, October 15, 2013

Aidiladha 2013

Hujan. Hujan lebat dari malam sampai pagi, sampai tengah hari hingga malam... Aidiladha tahun ini memang sejuk dan basah... becak. Namun anak-anak kampung tetap seronok berziarah hari raya... kami pun ikut sama beraya sakan ke rumah saudara mara.