Tuesday, April 29, 2008

LIKE FATHER, LIKE SON
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Bagan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen semalam. Turut hadir untuk mengangkat sumpah ialah bapanya Lim Kit Siang yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur (duduk).


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas (kiri) bersalaman dengan Anggota Parlimen Gelugor Karpal Singh selepas upacara mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini, semalam Turut hadir anak Karpal Singh, Gobind Deo Singh yang juga Anggota Parlimen Puchong (tengah).


LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER

Anggota Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menerima ciuman daripada anaknya Nurrul Izzah Anwar yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai sebelum acara angkat sumpah anggota Dewan Rakyat yang baru di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, semalam.

LIKE IN LAW


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas bersalaman dengan menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas anggota Parlimen Rembau itu mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen semalam.

* ADA ORANG TU - LIKE HUSBAND, LIKE WIFE

Friday, April 25, 2008

DOUBLE J YANG HERO
MINGGU
lalu kebetulan saya dapat off kami anak beranak ambil keputusan hendak tengok wayang sahaja. Dua filem jadi pilihan. Pertamanya `Congkak' dan yang kedua filem 'Forbidden Kingdom'. Sebenarnya saya memang hendak tonton kedua-duanya... tapi ada pro kontranya. Selainnya tentulah tak larat untuk duduk dalam panggung lama sangat, saya memilih filem lakonan Jet Li dan Jackie Chan. Kedua-duanya hero saya.

Jadi Kak Long tempah online tiket untuk semua orang. Tiga untuk tayangan tengahari filem Congkak dan enam lagi untuk tayangan petang filem Forbidden Kingdom. Anak-anak pergi dulu untuk tontonan pagi dan kami anak beranak berjumpa waktu petang untuk filem kedua pula. Lokasinya Bukit Raja, Klang. Amboi memang hari melepak sungguh...

Macamana? Soalan saya pada suami tentang Jet Li dan Jackie sebaik keluar panggung, setelah dihenyak dek adunan muzik dan latar belakang filem itu yang amat cantik, menarik dan hebat. "Best. Tapi tak suka Jackie dalam aksi lompat dan terbang. Jet Li lainlah, dia memanf sifu kung fu." Betul juga. Ada beberapa scene, saya lihat oleh kerana nak imbangi lagak kung fu Jet Li, ada masa tertentu Jackie gunakan khidmat stunt man.
Bagi saya kombinasi double J itu menjadi. Jet Li sebagai Monkey King memang bagus. Filem ini diselamatkan oleh gambarnya yang cantik. Aksinya yang mantap. Koreografinya yang menarik. Sound effectnya meletop. Bayangkan, ada sakura berkembangan dan mereka berperang terbang-terbang di bawah taburan bunga sakura!

Maaflah bukan tak suka Congkak. Tapi sebenarnya hari itu niat menonton adalah untuk enjoy. Saya tak mahu diburu takutkan hantu apabila terpaksa balik memandu ke rumah bersendirian di tengah-tengah malam terutama bila malam Jumaat dan dalam hujan renyai...

Wednesday, April 23, 2008

RUSTAM SANI MENINGGAL
PENULIS
politik terkenal, Rustam A Sani, meninggal dunia pada jam 2.30 pagi ini dikediamannya di Jalan Bukit Lela, Gombak dipercayai akibat sakit jantung. Rustam, 63, anak kelahiran Ipoh, merupakan seorang ahli akademik, pengendali blog Suara Rakyat, penulis kolum dan penyair.
Allahyarham merupakan seorang penulis yang prolifik, menghasilkan terjemahan karya sastera dan bukan sastera.

* Antologi puisinya, Riak-Riak Kecil (1977) diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka,
* Dianugerahkan Hadiah Sastera Negara dalam kategori esei dan kritik sastera bagi tahun 1988/89.
* Antara buku karya beliau, Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992)
* Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993)
* Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993)
* Menjelang Reformasi (2004)
* Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004)
* Bercanda dengan Mahathir (2006)

Monday, April 21, 2008

SILA LAPOR... ROGER AND OUT
Laporan dari Pahang:

Menteri Besar naik `hangin' apabila kata-katanya disalah lapor. Katanya dia tidak bermaksud seperti dilaporkan. Dia maksudkan lain, dilapor lain. Baca statment MB di akhbar arus perdana hari ini.

Laporan dari Kuala Lumpur:
Tidak dilaporkan bahawa pada malam dinner bersama hakim yang tersingkir 20 tahun lalu, hanya beberapa kerat sahaja hakim yang hadir. Mereka memang tidak kelihatan di majlis berkenaann. Kenapa? "Kami tidak dijemput," kata kebanyakan hakim.

Laporan esok dalam Sinar Harian:
Anugerah Penyapu undang padah pada Kerajaan Negeri Selangor; Kata Muhammad Muhd Taib.

Thursday, April 17, 2008

BERTINDAKLAH SEGERA WAHAI MBSA & DBKL

Ini bukan kenderaan saya. Namun jika semalam saya tidak segera mengalihkan kereta, harus beginilah nasibnya. Ketika itu kenderaan saya di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.


Ini bukan kediaman saya. Namun jika saliran air di belakang rumah saya tidak diselenggara sempurna, mungkin beginilah jadinya suatu hari nanti.

Thursday, April 10, 2008

TENTANG HALIMAHTON


KELMARIN kebetulan terpandang di TV3, Halimahton sedang berkata-kata mengenai keluarganya, Sufiah terutamanya. Apabila nadanya bertukar sayu, saya turut bersedih. Pagi tadi saya membaca tulisan Kak Teh di Berita Harian dan mengetahui url ke blog keluarga Sufiah di London. Sila ke Blog Keluarga Yusof untuk mendapatkan pelbagai info terkini mengenai keluarga Halimahton.

To Sufiah, if u read what Iskander wrote.. i just want you know that your family love you and hope you’ll came home...



Ramai mendakwa:
- Farouk sengaja disabitkan dengan kes cabul, untuk memporak-perandakan keluarga Halimahton. Memberi imej buruk pada Islam.
- Laporan News of The World ditokok tambah. Memburukkan Sufiah termasuk teknik gambar yang disiar.
- Sufiah diremote oleh mereka yang anti Islam.

Entahlah. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Wednesday, April 2, 2008



Kita bayangkan Sufiah itu seperti anak kita. Tidak pun dia adik kita. Atau dia itu anak saudara kita, anak jiran kita juga anak rakan pejabat - memang, payah untuk menerima hakikat sebuah takdir. Saya bayangkan Halimahton itu saudara sana... inilah dugaan kehidupan.

Yusof, bersenang lenanglah kamu di dalam penjara itu. Makan pakai cukup terjaga. Tidur puas, tiada anak-anak mengganggu. Tidak perlu bekerja teruk membesarkan anak-anak, semua itu digalas isterimu.

Bersabar Halimahton. Ingat Tuhanmu...

Friday, March 28, 2008

SEJARAH


KEMAMAN, 28 Mac -- Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said (belakang, kiri) bergambar bersama (belakang dari kiri) ibunya Wook Ali dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud serta anak-anaknya Mohd Ashrul Farhan, Mohd Ashraf Farhan, Nor Asdayana (depan, kiri) dan Nor Asyahirah setibanya di rumah ibunya di Kampung Teluk Kalong dekat Kijal, hari ini.

Semalam Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya menyatakan sokongan terhadap pelantikan beliau sekaligus menyelesaikan kemelut dalam kepimpinan kerajaan di negeri itu yang telah berlarutan selama tiga minggu sejak pilihan raya umum 8 Mac.


Toh Puan Norliza Mahmud

Wednesday, March 26, 2008

AMPUN TUANKU
DENGAN
senario yang berlaku di negeri yang selalu bermonsun, patik dengan ini memohon ampun bahawasannya kata-kata klise yang mengatakan RAJA BERJIWA RAKYAT, kini telah bertukar menjadi RAKYAT BERJIWA RAJA. Ampun Tuanku. Moga Tuanku berkenan menerima menghadap memanda menteri dalam satu pertemuan singkat tapi besar maknanya.

Daripada patik yang menjunjung kasih. Ampun Tuanku.

Thursday, March 20, 2008

Wednesday, March 19, 2008

GELOMBANG - DAN LAUT PASANG PENUH!
RAMAI
bertanya mengapa saya biarkan lama sangat first page blog ini dengan wajah Tuk Guru? Eh bukankah wajah itu nampak aman, damai dan tenteram - sejuk mata memandang.

Memandangkan di luar sana tengah kelam kabut. Ada ombak kuat, bahkan ada yanag sudah bah besar, saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ramai yang hendak letak jawatan. Ramai yang memberontak nama tidak terpilih jadi Menteri Kabinet. Ada yang ugut mahu lepaskan kerusi masing-masing yang dimenangi dalam PRU 12 lalu.

- "Saya menang apa? Bukan saya kalah! Kalau dah tak mahu ambik saya dalam Kabinet, mengapa letak kepala saya bertanding di kawasan dulu? Mujur saya tak kena sembelih!"

- Portfolio Shahrizat tu tak releven langsung.

- Ternyata produk Puteri Umno lebih laku berbanding Wanita Umno!

- Timbalan sahaja? Common la... dah bertahun jadi Timbalan. Kami mahu Menteri Penuh. Orang lain yang langsung tak bertanding boleh jadi Menteri Penuh pulak...!

- Radzi - Resign la. Ku Nan dah pun dilantik jadi S'usaha Agung Umno.

- Mahdzir kata fail tu ada - carilah di jabatan. Jangan tuduh. Ir Nizar kata boleh jual arak, sebab agama lain benarkan.

* Eh ini cakap keliling - tak perlu pandang-pandang, tak perlu bisik-bisik.

Friday, March 7, 2008

CORAT CORET PILIHAN RAYA


KOTA BAHARU - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memotong riben simbolik perasmian majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) Lot Bazar Tok Guru dan Ramah Mesra Warga Peniaga Kota Bharu di Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).


DI JERLUN - Kehadiran Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali untuk memberi sokongan kepada anaknya Datuk Mukhriz Mahathir. "Orang lain bawa Siti berkempen, saya pun bawa Siti juga - tapi Siti Hasmah la..."


DI KUALA TERENGGANU - Penyokong parti pembangkang cuba menghalang ketibaan beberapa buah bas. Dalam kejadian itu, hampir 350 pelajar yang tiba dengan sembilan buah bas untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing esok, ditahan sebelum di arah berhenti di hadapan Masjid Tengku Tengah Intan Zaharah untuk diperiksa.


DI KEPALA BATAS - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin (kiri) bersama isteri Datin Zarina Babul Basar (dua kiri) membantu membakar lemang yang di panggil "Lemang Pilihanraya" di kampung Pinang Tunggal.


DI KUALA LUMPUR - Penumpang- penumpang bas ekspres yang menuju ke Kelantan dilihat memenuhi kawasan tempat letak kereta, Kompleks Sukan Negara di sini, untuk menunggu giliran mendaftar nama mereka.


DI KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P67 Kuala Kangsar, Datuk Seri Rafidah Aziz meninjau keadaan Sungai Perak selepas merasmikan Pasar Pagi Manong.

Sunday, March 2, 2008

HAIYA PUTERI, MAU LARI MANA...



PADANG BESAR - Sekumpulan anggota Puteri UMNO Padang Besar yang diketuai Datin Seri Normala Samsudin (depan), isteri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P01 Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid, bertempiaran lari apabila dikejar seekor lembu betina ketika berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis.

Thursday, February 21, 2008

GAMBAR TERLEWAT
MAJLIS
anjuran myJICA dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) sempena Hari Kebudayaan Jepun sudah selamat berlangsung pada 16 Februari 2008 lalu di Dewan JUPEM. Di bawah ini antara gambar yang telah dirakam. Siaran mengenai majlis ini akan disiarkan dalam majalah-majalah terbabit dalam waktu terdekat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.


Majalah E-Baca, myJICA dan Rudy - Haiku


Kini mereka gembira mengenali Haiku


Majalah RASA & myJICA


Majalah Laman & myJICA


Homestay - myJICA


AJK - orang depan dan belakang tabir.


"Ingat dik... 5 - 7 - 5. Kembangkan tangan tu bila mengira."

* p/s gambar XPDC Mt Fuji?

Saturday, February 16, 2008

HARI KEBUDAYAAN JEPUN
SEMUA dijemput untuk menghadiri majlis anjuran myJICA & Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 Feb 2008 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: Dewan Ukur, JUPEM. Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Acara:9 pagi - 12 tgh: Bengkel Haiku oleh Rudy Bluehikari.
Tajaan: e-sastera.com & Majalah e-baca

10 pagi -12 tgh:Demo Masakan Jepun oleh Sato-san & Kawazoe-san. Tajaan: Majalah Rasa

11 pagi -1 petang: Bengkel/Demo Ikebana oleh Izu-san.
Tajaan Majalah Mingguan Wanita

2 petang -4 petang : Taman Jepun oleh Norazah (Jab.Landskap Negara). Tajaan Majalah Laman

3 petang -5 petang: Solekan Jepun oleh Body Shop.
Tajaan: Majalah Rapi

9 pagi - 5 petang: Pameran XPDC Mt.Fuji.
Tajaan: JALPAK

9 pagi - 5petang: Pameran Program Homestay

Semua pembaca, seisi keluarga adalah dijemput hadir.

Thursday, February 14, 2008

GENDANG SUDAH DIPALU, IRAMA SUDAH DILAGU.
SILAKAN MENARI!


PUTRAJAYA, 14 Feb - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menunjukkan watikah perisytiharan pembubaran Parlimen yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam, pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.Beliau turut mengumumkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada 24 Feb ini manakala pengundian pada 8 Mac.Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri kecuali Sarawak akan dipertaningkan pada pilihan raya itu.

Tuesday, February 12, 2008

RAHSIAKU RAHSIAKU JUA
KEMPEN pilihanraya umum semakin rancak di sana sini. Media cetak kini bersaing dengan media internet untuk menyampaikan maksud masing-masing. Ada berita yang betul. Ada berita kurang betul dan ada berita yang langsung menipu. Ada juga berita atas pagar sahaja. Jolok kiri, akan masuk ke kanan. Jolok kanan, masuk ke kiri.

Saya baru sahaja melepasi kesesakan jalanraya dari pejabat untuk pulang ke rumah. Perjalanan agak terhalang dengan ketibaan konvoi Datuk Menteri Besar Selangor ke majlis Penerangan Gerak Kerja Pilihan raya Parlimen Shah Alam yang dilakukan di Seksyen 16 Shah Alam selepas Maghrib tadi.

Semenjak dua hari lalu saya terdetik soalan ini: Menteri-menteri Besar sedang menilai calon untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Malam tadi sewaktu bertugas untuk Sinar Harian saya membaca pruf mengenai MB Selangor yang sudah menyerah 200 nama kepada pihak Badan Pencegah Rasuah untuk dikaji latar belakang calon. Menurutnya ramai yang tak lepas, ada yang bermasalah.

Selepas ini katanya nama-nama itu akan diserah pula ke pihak PDRM untuk dinilai sama ada terdapat kesalahan jalanraya atau tidak. Mungkin ada yang tidak bayar saman. Tentu ada yang sangkut lagi. Saya kata dalam hati patut juga diserah kepada Mahkamah Syariah, mana tahu ada yang tak layak tapi sudah berpoligami dalam diam. Entahlah Labu...

Soalan cepumas ialah: Calon dinilai oleh MB. MB pula akan dinilai oleh PM. Siapa nilai PM? Oh ya, itu tugas kita. Marilah sama-sama kita buat penilaian pada PRU ke 12 nanti dengan ingatan klise - Undi anda rahsia!

Monday, February 4, 2008

DAHULU DAN SEKARANG

"Saya tak suntik botox (sebab ia haram). Rahsia muka saya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

"Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.

"Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.

Kata saya: Suami saya tak makan tempe, sebab itu agaknya dia tak nampak muda dan berseri.

Friday, February 1, 2008


ESOK hari akhir. Jika tidak ke mana-mana hujung minggu ini silalah ke pejabat Alaf 21Sdn Bhd untuk membeli bukan sahaja novel tetapi buku-buku agama. Ada juga buku kraf, buku masakan, buku motivasi dan pelbagai lagi.

Sama seperti pesta buku sebelumnya, pesta buku kali ini menghimpun lebih ramai pembeli memandangkan ianya diadakan di awal bulan. Ikuti di sini Apa Kata Mereka. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Pesta Buku Kuala Lumpur ialah pada 4 - 13 April 2008 nanti.

Monday, January 28, 2008


Selamat Jalan; Dia

Mana mungkin sejarah terpadam
Marah juga tinggal terdiam
Agak terlewat, dia tetap pergi
Seperti lagu;
Kehidupan itu misteri
Kematian itu mesti

Dia buka pintu marah yang menggunung
Dia katup segala bicara ke penghujung

Dengan mendakap semua rahsia ke dada
Dia membawa segala cerita
Ke dalam pusara
Tanah ibundanya

Jasadmu telah disuci
Silakan pergi
Tuhan mengadilimu, pasti

Sri Diah, Shah Alam