Monday, August 15, 2016

AIR MATA WANITA




Saya selalu tahan air mata melihat ibu-ibu bekerja terpaksa meninggalkan anak-anak menjerit-jerit menangis di pagar rumah waktu pagi. Saat itu merupakan perpisahan sementara, menjelang petang ibu pulang bekerja.
Situasi sama juga di pagar pusat asuhan.
Saya tahu, hati ibu juga turut sebak.
Pagi tadi di sebuah lampu isyarat, saya tertoleh dan melihat wanita di kereta sebelah sedang mengesat air mata sambil menyapu lipstik. Saya tahu kenapa, kerana saya mengekori di belakang keretanya sejak di lorong yang ada tadika, di hujung rumah saya.
Jangan kata. "eloklah berhenti kerja sahaja menjaga anak di rumah". Kita tidak tahu cerita mereka. Ada sebab dia harus keluar bekerja. Sama ada ibu rumah tangga, atau ibu kerjaya, bagi saya wanita umpama seketul granit - kecil comel tapi kuat.

No comments: