Tuesday, May 26, 2015

Siri Zaleha Hashim

Saya selalu terpesona dengan lembut gayanya dan cantik bahasanya. Penyair, penulis pantun, pendeklamator puisi, bekas editor, pengacara majlis dan banyak lagi tugas lain yang disandangnya menjadikan peribadi beliau antara idola saya.


Kesempatan duduk berbual dengannya memang tidak saya lepaskan. Baru-baru ini bergambar bersamanya di majlis Wacana Penulis Wanita: Bukan Cinta Biasa di Rumah Gapena, Kuala Lumpur.



Cantik kembang bunga melati,
Tumbuh sebatang di tepi kota;
Patah tumbuh hilang berganti,
Adat pusaka terpelihara juga.


Siti Zaleha M Hashim adalah seorang Penyair wanita yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk antologinya Kristal di Laut Bulan (dbp 2006), lahir di Taiping Perak.
Pernah menjadi editor majalah Dewan Sastera dan bertugas di beberapa bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka. Suaranya yang lemak merdu pernah berkumandang di RTM semasa beliau bertugas di sana.
Beliau memiliki Ijazah sarjana muda sebaran am dari UiTM dan ijazah Sarjana Komunikasi dari university of Leeds United Kingdom 1996. Kini telah bersara dan menetap di Lembah Kelang.

No comments: