Friday, April 3, 2015

SOLAT JUMAAT

 MSJID BESAR ROME:

2 April 2015 - Jumaat. Saya berpeluang mengikut sahabat saya Stefano dan isterinya Bayu menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar, Rome, Itali. Masjid dengan senibina Morocco ini boleh memuatkan hampir 10 ribu jemaah. Khutbah Jumaat disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Itali.













Masjid ini mempunyai dua tingkat solat. Jemaah wanita boleh memilih untuk bersolat di tingkat bawah atau di tingkat atas. Rakan jemaah saya hari ini ialah dari Morocco di sebelah kanan dan dari Syria di sebelah kiri. Alhamdulillah

No comments: