Sunday, July 6, 2014

Pakaian Anak Yatim

Saya tidak terfikir ada wajah cantik comel ini apabila rakan-rakan mengatakan akan ke perkampungan Orang Asli bagi penyerahan pakaian hari raya kiriman rakan-rakan facebook kepada Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Hari ini saya melihat wajah-wajah ini dengan hati terharu... saya ingin memeluk mereka!


* Sebahagian penduduk di Perkampungan Orang Asli, di Tanjung Rambutan telah menerima pakaian baju raya mereka semalam, 5 Julai 2014. Pakaian adalah hasil sumbangan rakan-rakan facebook menerusi Tim SBBMSAM. Wakil tim ke majlis ini ialah Puan Tata Tna dan Sti Siti Zubaidah Hazaballah. Cuba klik gambar-gambar ini... mungkin ada antaranya pakaian yang tuan dan puan kirimkan. Semoga usaha bersedekah ini akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita dan ibu bapa yang dikasihi... InsyaAllah.

No comments: