BERAT juga hati abah hendak melepaskan Mak Gayah pergi ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan Umrah seorang diri (abah tak ikut sama). Mak Gayah menunaikan umrah bersama-sama rakan-rakan Marhaban dan Berzanji dia di taman perumahan kami.
Mak Gayah dan rombongan akan singgah di Jordan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke tanah suci.
Di Jordan khabarnya untuk tiga hari. Kami pula tidak berapa berat hati sebab Mak Gayah telah pernah pergi haji bersama dengan arwah suaminya yang dulu dan sekurangnya pengalaman itu akan digunakan beliau untuk kerja-kerja umrah ini.
Mak Gayah adalah emak tiri saya. Kami adik beradik sepakat dan mengambil keputusan menikahkan abah setelah emak kami meninggal dunia. Maksudnya, kami adik beradik telah pergi meminang Mak Gayah - beliau adalah rakan arwah mak, dan arwah suami beliau juga adalah sahaba baik abah. Arwah suaminya telah meninggal 5 tahun lalu kerana sakit jantung - jenazahnya abah yang mandikan.
Kami tak mahu abah sunyi, tinggal seorang di rumah disebabkan kami adik beradik tidak tinggal bersama abah dan mak sebaik sahaja nasing-masing kami selamat bernikah.
Bagaimanapun adik saya yang bongsu dan yang nombor lima memang tinggal berdekatan dengan rumah abah, jadi mereka akan tenggokkan sakit atau pening abah semnetara Mak Gayah tak ada.
Apa yang lebih istimewa, kami tak perlu risaukan makan dan pakai abah sebab semua urusan itu abah boleh buat sendiri, sama macam masa arwah emak masih ada dulu. Setakat buat nasi goreng, goreng telur atau goreng sayur, abah boleh buat sendiri.
Begitu juga pakaiannya, dia akan basuh sendiri... tidak pernah menyusahkan arwah emak. (Al Fatihah untuk arwah emak yang meninggal dunia pada 15 Januari 2009).
Kami masing-masing sudah ada rumah sendiri, sebelum atau sesudah nikah. Jadi semiinggu sahaja di rumah orang tua, kami sudah kembali ke rumah sendiri. Apabila anak-anak lahir pun kami tidak pernah tinggalkan bersama orang tua.
Ini sudah disepakati bersama kerana mahu memberi peluang emak dan abah tinggal berduaan dengan urusan agama mereka. Kami mahu mereka senang buat ibadat, ke surau bersama, naik motor ke rumah anak-anak di sekitar rumah mereka ataupun bermalam berhari-hari di rumah anak-anak lain yang duduk jauh contohnya waktu itu di Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Semua itu sudah puas mereka nikmati bersama-sama.Maknanya emak atau abah tak payahlah susah-susah menjaga cucu, tukang tukar lampin atau buat susu cucu... atau bersihkan berak kencing cucu-cucu.
Ah... semua itu kerana kami sayangkan mak dan abah... mereka sudah penat dari sejak muda, bekerja membanting tulang membesarkan kami adik beradik, kami mahu hari tua mereka dilalui berdua-duaan, bersama-sama penuh rasa kasih dan cinta... tapi sayangkan mak telah Allah jemput pergi lebih dulu dulu :(
* Alhamdulillah Mak Gayah selamat kembali ke tanahair 14 hari kemudian dengan pelbagi kenangan suka duka di tanah suci.
2 comments:
salam, saya ada minat dalam menulis novel tp saya tak tahu mcm mana nk kembangkan bakat saya.. mungkin boleh membantu?
salam, saya ada minat dalam menulis novel tp saya tak tahu nk kembangkan mcm mana..mungkin boleh membantu?
Post a Comment