Saturday, May 27, 2006

BORAK SORANG SORANG

kudaka2001 appears to be offline and will receive your messages after signing in.
sare nande: Assalamualaikum Halela; hari ini Sabtu 27hb, saya ke pejabat. ADA! Baru sampai pagi tadi. Thanks. Yes surprise utk Esok Yg Teristimewa. Thanks so much dear!
sare nande: Pudak Pejabat: Akak, morning! Eh hari ni kan cuti, rajinnya akak datang opis.
sare nande: Budak Pejabat
sare nande: Saya jawab, iyalah terpaksa. Mlm ni dah nak ke kelantan, banyak kerja yang belum beres. (Kemudian dia bagi barang tu)
sare nande: Eh apa ni? Daripada siapa? Oh daripada Halela Okinawa. Alamak... baiknya hati dia... tak ada angin tak ada ribut, dia kirim ole-oleh. Eh apa ya? Lembut, ringan... (dan saya pun bukak) Wow! inikah tikar tatami? Tapi kenapa kecik, boleh lipat2 kot? (Puas cari punca/tempat nak bukak untuk bagi besar. Habis riben kiri kanan tu saya leraikan... masa tu belum tengok dlm envelope, rupanya ada surat) Dah habis baca surat tu... saya tergelak besar. Hahaha... bodohnya aku ni. Bantal dikata tikar tatami.
sare nande: Saya letak bantal jerami tu atas meja dan letakkan kepala di atasnya... salah ni, mesti berbaring agaknya... so saya pun berbaring dalam bilik saya tu dan letak bantal jerami tu bawah tengkuk... wow best, betullah terasa ada sesuatu mengalir perlahan-lahan, menyerap ke tengkuk... terasa nyaman seketika. Saya bawa balik, anak-anak berebut nak menggunakannya. Rasanya sehari dua ni, mesti bantal jerami tu penyek. Sebabnya anak2 saya bertengkuk besar... kata si abang, yalah sebab nak bawa kepala yang hebat, banyak perkara nak difikir, banyak ingatan nak dibawa ke mana-mana... eh teori apa ni?
sare nande: Anyway thanks Halela, utk esok my wedding anniversary yang ke 17 tahun. Semoga dipanjangkan jodoh, kekal bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Friday, May 26, 2006

KE KOTA BHARU LAGI

DEMI rasa tanggungjawab dan ditambah atas arahan bos saya akan ke Kota Bharu lagi. Kali ini lama sedikit, lebih kurang dua minggu. Jadi saya akan bekerja online antara Shah Alam - Kota Bharu. Dalam hal ini perisiian Atex & Prestige yang company baru beli akan memudahkan segala urusan pengendalian. Harap-harap server okey dan semua akan berjalan seperti dirancang.

Nampak gayanya saya akan mengunjungi lagi White House, Ayam Percik Yati, Sham Tomyam, Wakaf Che Yeh, KB Mall dan mana-mana saja tempat yang best di Kelantan. Saya nak makan lagi nasi paku, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, kuih ulat bulu dan macam-macam lagilah yang best. Sorry ya Mr. Diet! Ada sesiapa nak joint the club?

Tuesday, May 16, 2006

SALAM DARI KOTA BHARU


Papan tanda di hadapan pejabat.


Sekumpulan wartawan sedang menjalankan tugas.


Petugas di Jabatan Sekretariat.

Sunday, May 14, 2006

MEI YANG MERIAH
SALAM
awal minggu untuk semua. Iya, masih terbawa-bawa dengan mood kesibukan sepanjang Mei yang penuh dengan pelbagai hari yang bertema. Kata anak-anak, double/triple theme - Hari Isnin - Jumaat, Hari Periksa Pertengahan Tahun, Hari Pekerja, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Wesak, Hari Ibu, Hari Bomba, Hari Guru dan jangan lupa hari istimewa abah dengan mama pada 28hb Mei nanti.

Oh ya, saya akan ke Pengkalan Chepa malam ini hingga Khamis. Banyak urusan penting yang mesti dibereskan di sana. Ini seiring dengan hasrat syarikat untuk merealisasikan penerbitan akhbar SINAR HARIAN (sinar banar - harga promosi samah!) yang berpejabat di Kota Bharu. Ada sesiapa di Kelantan yang ingin berjumpa, silalah ke Pejabat Karangkraf Timur di Pengkalan Chepa.

PT 1310, Jalan 6/44
Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2
16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7749888.

Wednesday, May 3, 2006

01-02-03-04-05-06
MENGHITUNG HARI...Seperti yang diterima menerusi emel, detik bersejarah ini tak akan berulang lagi. Ia muncul hari ini apabila waktu menunjukkan detik itu. Dan Ya Allah... Syukur Alhamdulillah! kerana kami masih diberi peluang untuk meneruskan saki baki hidup ini.

Tuesday, April 25, 2006

Seharian di Sek. Menengah Padang Temu, Melaka.
Program Majalah Dalam Darjah & Majalah Dalam Kelas.
Hampir 400 Pengetua & Guru Besar turut serta.

Panas membahang di Pekan Alai
Hujan renyai di Kampung Tengkera
Pengorbanan pendidik tidak ternilai
Budi jasamu harta berharga

Sunday, April 23, 2006

- Hari Hakcipta Sedunia
- Kematian Tun Ghafar Baba

Saturday, April 22, 2006

Sukan 4 Penjuru - Dewan Bahasa dan Pustaka, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, Dawama dan Arkib Negara. Diikuti dengan dinner di Dewan Bankuet DBP.

Thursday, April 20, 2006

Seharian di Kuala Kubu Bharu - Program Kemiskinan Bandar, Setinggan & Ibu Tunggal bersama YB Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, YB Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun.

Tuesday, April 18, 2006

JENG JENG JENG...!
JUST want to share our offline message;
sare nande: a'kum... saya sudah terima enovel tu dan sedang menambah lagi
sare nande: tak kisah ya apa ending yg saya buat... atau you ada idea?
sare nande: saya melihat konsep novel ini lain daripada yang lain yang seumpamanya di pasaran... best pulak rasanya...
sare nande: amat teruja nak menghabiskannya
sare nande: makin lama makin interesting ha ha ha...
sare nande: try to add another teks :-)

Wednesday, April 12, 2006

PEMBAKAR SEMANGAT
TERIMA kasih kepada Nina Suria yang rajin mengirim emel bertanya khabar. Januari lalu Nina ada menulis resensi tentang Janji Kasih di blognya. Resensi Janji Kasih daripada Nina telah sedikit sebanyak memberi idea dan perangsang apabila kini saya berhadapan dengan situasi `writers block' untuk meneruskan projek novel seterusnya selepas Janji Kasih. InsyaAllah, semoga ada sedikit masa dalam kesibukan harian untuk terus berkarya.

Oh ya, editing untuk Jangan Ada Dendam sudah ada dalam tangan Encik MBA. Kepada beliau saya susuli dengan ucapan penaja, "cepat-cepatlah edit dan pulangkan semula pada saya... penerbit dah bertanya..."

Tuesday, April 4, 2006

NO KOMEN
ADALAH
Isteri Orang tu yang kini di Kuantan, menulis tentang saya. Best saja saya membaca, apabila cerita tentang kita ditulis baik-baik belaka. (Oh ya no komen)

Ada juga yang menulis bukan-bukan tentang kita (no komen)
Ada juga yang menulis iya-iya tentang kita (no komen)
Ada juga yang menulis keburukan tetapi sebenarnya kebaikan (no komen)
Ada juga yang menulis kebaikan tetapi sebenarnya keburukan (no komen)
Ada juga yang sengaja memuji sebenarnya mengeji (no komen)
Ada juga yang sengaja mengeji sebenarnya memuji (no komen)
... yang sebenarnya siapa yang pernah kenal tahulah (no komen)

p/s esok kena bertolak awal pagi pergi Ipoh, balik lewat petang (no komen)

Monday, April 3, 2006

AKHIRNYA RANDALL TERPILIH


Randall duduk kiri sekali dan Rebecca duduk tiga dari kiri.

MALAM tadi dengan ditemani Anas, saya penuh khusyuk menonton siri akhir The Apprentice. Apabila Mr. Donald Trump mengatakan, "Rebecca, Awak Bagus. Setia, Cantik, Berkaliber, Bertanggungjawab, Cerdik, Hebat dan berkuasa memimpin..." Saya dah senyum. Kemudian apabila Mr, Donald Trump terdiam, seperti tiada kata-kata hendak dilafazkan tatkala memandang wajah Randall, saya kata dalam hati - Randall, youre fired..!

Tetapi berlaku sebaliknya.... "Randall, awak terpilih!"

Maka tamatlah sudah musim ini. Banyak yang dipelajari daripada siri ini berdasarkan job yang diagihkan setiap minggu. Memang memimpin memerlukan bukan sahaja kelayakan akademik, skil dan pengalaman. Malah ilmu menguasai dan mengelak daripada dikuasai perlu diteliti. Itu yang membuatkan Randall berjaya. Thank you untuk Mr. Trump, atas segala ilmu yang diberi.

Friday, March 31, 2006

ALAHAI...!
SUDAH tengok atau belum, pamplet Alaf 21 yang terkini? Hahaha... akak gelak panjang bila tengok gambar yang menghiasi cover pamplet itu. Sekarang di PWTC tengah diedar-edar di booth KKSB terutama di bahagian ALAF 21. Waduh, siapakah yang comel lote itu? Tak kenal! Eh akak XX ke? Dah buat suntikan botox? Di mana, Dr. XX di Hartamas atau Doktor YY di Bukit Bintang? Siapa yang mekap? Siapa yang jadi koordinator? Camera trick kot...!

Hari ini seawal 10 pagi saya sudah menerjah Kuala Lumpur. Ada beberapa urusan syarikat, hinggalah ke PWTC dan kemudian berakhir di Pan Pacific Hotel, di majlis memperkenalkan NONA dengan saiz dan konsep baru.

Akhir sekali sebelum balik ke Shah Alam, singgah di Puduraya, ambil Kak Long yang balik bercuti dari Kota Tinggi. Sejak Rabu sudah dapat pesanan, nak suruh mama masak itu, masak ini... nak makan di XXX dan nak go kart di Stadium Shah Alam dan macam-macam lagi. Oh ya, untuk anda semua, selamat hujung minggu semoga dua hari yang singkat ini dapat diperguna sepenuhnya...

Thursday, March 30, 2006

PROMOSI UNTUK GENG KITA
PADA
Sabtu 1 April 2006 akan diadakan pelancaran tiga buah buku di Laman Seni, Balai Senilukis Negara mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

AYAH KITA BOS oleh SiNagaNaga dan Tok Rimau

JONGKANG JONGKET oleh Mat Jan

ZINE SABOTAJ
oleh Op, Jigo dan Amir Mukhriz

Confirm TR! Ini bukan news untuk April Fool... Oleh itu marilah beramai-ramai pada hari Sabtu nanti, kita sokong majlis kekawan kita ini dan Ahad kita berkampung di PWTC untuk hari penutup Pesta Buku 2006.

Wednesday, March 29, 2006

GILA GILA GILA
PAGI ini ada sedikit kesempatan untuk menghantar entri. Banyak yang ingin ditulis, tetapi yang mana satu hendak didahulukan?

Bahang pesta buku dah betul-betul hangit dibuatnya. Proses akhbar di Pantai Timur juga sudah hampir ke titik mula. Perubahan saiz Majalah NONA juga sudah dilihat orang. Begitu juga dengan penghasilan 8 buku projek khas majalah pun sudah membanjiri pasaran. Paling terkini Bacaria konsep baru juga sudah diketahui semua. Paling terkini yang terkini, satu lagi mockup utk akhbar.

Banyak lagi yang ada dalam perancangan. Semuanya dalam masa singkat. Yang ini kena buat dalam masa seminggu, yang itu kena buat dalam masa 3 hari, yang satu lagi kena dihabiskan dalam masa dua minggu... yang lain-lain? Pusing balik, pusing balik, kesudahnya semuanya kena buat serentak dalam masa dua bulan!

Betullah! Dalam masa 30 hari sebulan, sebenarnya setiap hari kami print satu majalah. Itu berlebih lagi 4 majalah. Tak masuk yang seminggu sekali, yang seminggu dua kali. Memanglah... lelaki berambut beruban di pejabat ini gila! Kami staf pun sama-sama ikut gila...!

Memang hari-hari menyimpan hasrat mengupdated tetapi kesudahnya tak menjadi, tinggallah blog ini sepi. Tapi hari ini semoga yang bertandang ke sini akan happy membaca entri kali ini. Betulkah?

Thursday, March 23, 2006

2 KALI ALHAMDULILLAH
HARI
ini saya tidak ke pejabat kerana memenuhi jemputan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Ceramah diadakan untuk bakal Sarjana Kajian Penerbitan Universiti Malaya. Ish memang bidang saya, so tak ada banyak masalah dan alhamdulillah selesai dengan jayanya.

Ish, tentu banyak kerja yang mesti dibereskan esok. Apatah lagi pesta buku akan bermula dengan rasminya esok. Dan alhamdulillah 8 judul buku khas untuk pesta buku sudah siap untuk dilancarkan pada Sabtu nanti. So jemputlah datang beramai-ramai ke PWTC bermula 24 Mac hingga 2 April... Beli Buku, Baca Buku, Tidur Buku, Makan Buku... teringat omelan mak masa saya kecil dulu - "bacalah buku tu tak habis-habis, tak berhenti-henti! Nanti aku rebus buku tu buat sup...!"

Wednesday, March 22, 2006

INFO TERTANGGUH
ENTRI pada 18 Mac ada bersangkutan. Saya perturunkan di sini (bulat-bulat/segi-segi) e-mel yang semua staf terima daripada tauke. Niat saya tidak lain, cuma ingin berkongsi isu ini dengan semua pembaca semoga ada manfaat untuk kita bersama:

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. KEJAYAAN INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SEKIRANYA KITA BERANI MEMBUAT SESUATU YANG BERLAINAN DRP PEMIKIRAN BIASA IAITU KITA BOLEH BERFIKIR DI LUAR KOTAK (THINKING OUT OF THE BOX) KITA PASTI MEMPEROLEHI KEJAYAAN DAN KEMENANGAN.

SAYA TAHU SAYA TELAH MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN YANG PADA AWALNYA TIDAK POPULAR APABILA MEMINTA SDR HASHIM ANANG MENUKARKAN KUMPULAN YG AKAN MEWAKILI KARANGKRAF APABILA DI BERITAHU BENTUK PERSEMBAHAN YANG SEDANG DIPERSIAPKAN. WALAUPUN KITA TELAH BERLATIH AGAK LAMA TAPI BENTUK DAN IDE PERSEMBAHAN PADA HEMAT SAYA MASIH STYREOTYPE. UNTUK MENANG KITA PERLU KELAINAN. KERANA SAYA YAKIN PERSEMBAHAN SEBEGINI JUGA AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH KUMPULAN LAIN.

DAN SEPERTI YG DIJANGKANKAN 6 DRP 8 PERSEMBAHAN PADA MALAM ITU BERBENTUK BEGITU. HANYA UTUSAN (Utusan Melayu) DAN KARANGKRAF SAHAJA YG LAIN. ITU SEBAB KARANGKRAF DAN UTUSAN MENANG. KITA SAMA2 LAIN DRP YANG LAIN. SEBELUM KEPUTUSAN RASMI DIUMUMKAN HAMPIR SEMUA ORANG YG SAYA TEMUI MENYATAKAN KARANGKRAF MESTI MENANG KERANA PERSEMBAHAN KITA LAIN DRP YANG LAIN. WE REALLY STAND OUT.

ITU ADALAH HASIL DARIPADA BERFIKIRAN LAIN DRP YANG LAIN. KITA MESTI BERANI MENCUBA SESUATU YANG BARU BARU KITA BOLEH BERJAYA. SAYA MENGAMBIL RISIKO YANG TINGGI APABILA MENGARAHKAN TEAM ROY UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA MALAM TERSEBUT KERANA MASA YANG DIBERIKAN HANYALAH KURANG DRP 5 HARI. MEREKA TIDAK BERSEDIA. ARAHAN SAYA ADALAH JUST PRODUCE SOMETHING DIFFERENT, THAT'S ALL. KALAU TAK MENANG PUN TAK APA.

AT LEAST KARANGKRAF AKAN BUAT KEJUTAN DAN TINGGALKAN SATUK IMPAK. SAYA PERLUKAN SESUATU YANG MEMBERI IMPAK KPD PENONTON. ALHAMDULLILLAH WALAUPUN MASA AMAT SINGKAT SAYA BERSYUKUR KERANA TEAM TERSEBUT BUKAN SAHAJA BERJAYA MEMBUAT SATU PERSEMBAHAN YG MANTAP YANG MENGEJUTKAN DAN YANG BERJAYA MEMBERI IMPAK YANG DIHARAPKAN SERTA MEMENANGI PERTANDINGAN TERSEBUT. DAN SEKALIGUS TELAH MENAIKKAN NAMA KARANGKRAF.

KITA SEMUA HARUS BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA DAN JUGA BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN MEREKA. YANG PENTINGNYA MEREKA LAKUKAN SEMUANYA UNTUK KARANGKRAF. KARANGKRAF BOLEH!!!!!!

Moral of the story. Be different , be better and be the best.
Salam, Hussamuddin.

Persembahan: Malam Media Selangor
Tema Show: Light & Sounds
Hadiah Pertama: RM10,000

Monday, March 20, 2006

JANGAN MAKAN NASI... BAHAYA!
AMATLAH sukar mengatakan TIDAK/JANGAN pada beberapa perkara yang sepatutnya kita katakan IYA. Contohnya:

- Saya TIDAK benarkan awak outstations, banyak perkara di pejabat belum beres (IYA/PERGILAH).
- Saya TIDAK suka awak buat perkara-perkara slapstik macam ini lagi (BUATLAH).
- JANGAN sentuh topik ini. Bahaya. (NO. PROBLEM)
- Saya TIDAK sokong idea revamp/rejuvenate magazine ini. (BAGUS JUGA IDEA ITU)
- ... dan banyak lagi.

Apa yang pasti cadangan adalah subjektif tetapi keputusan saya mutlak. Mutlak itu pun sebenarnya boleh diskaun lagi kalau si polan boleh berhujah lebih sedikit untuk lebih menyakinkan saya. Mudah saja... Sesi sebegini kita tidak dapat melalui pembelajaran formal. Dalam hal ini rasanya memang eloklah dikurangkan exam ketika di sekolah. Lebihkan subjek permikiran kritis dan lontaran pendapat. Itu lebih berguna.

Saturday, March 18, 2006

KACANG... INGAT KULIT KAMU?
SAYA balik agak lewat (sikit) malam tadi setelah menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada semua pengamal media. Lewat (sikit) saja, tapi mencecahlah pukul 1.30 pagi... mujur diadakan di Dewan MBSA Shah Alam, taklah takut balik sendirian. Ucapan di majlis berkenaan pun boleh anda baca dalam suratkhabar hari ini.

Apa bestnya majlis itu? Best sebab berjumpa dengan semua rakan media. Berjumpa juga dengan ramai anak-anak buah yang dulu di KKSB tapi kini dah berhijrah ke penerbitan lain. Alhamdulillah semuanya menegur. Memang dari dulu sampai sekarang KKSB tak ubah seperti pusat latihan - singgah di KKSB (masa tu fresh graduate la), mendalami ilmu, mencari tapak dan kemudian kalau dapat peluang, mereka berhijrah ke penerbitan lain yang lebih hebat.

Kami bukan kecewa. Terselit juga rasa bangga. Sekurangnya KKSB telah menyediakan tapak untuk mereka melangkah lebih jauh. Dan hari demi hari kami terus melatih dan melatih ramai lagi wartawan baru...