Sri Diah

Melahirkan Berjuta Aksara

Friday, April 1, 2005

MAHALNYA PENGALAMAN
Laporan mengenai Wartawan Olok-Olok (Klik Sini). Sekolah yang terbabit ialah Kolej Tunku Khursiah, Sekolah Menengah Agama Labu, Sekolah Menengah Sains Seremban, Sekolah Menengah Dato Abdul Razak dan Sekolah Menengah King George 5, Seremban (hai, apa khabar Ganesh & Helmi yang interview akak!).

AWAS: Terdapat aduan mengatakan ada individu tertentu yang menyamar menjadi wartawan Karangkraf dan mengambil kesempatan terhadap orang ramai. Ada yang menyamar menjadi wartawan Majalah PA & MA dan meminta bayaran jika mahu anak mereka menghiasi muka depan majalah berkenaan. Ada juga yang menyamar menjadi wartawan Media Hiburan yang menjanjikan pertemuan dengan selebriti dengan sedikit bayaran. Ada juga yang menyamar menjadi wartawan Mingguan Wanita dan mengutip derma untuk membantu ibu tunggal.

Kepada anda semua; diharap berhati-hati sekiranya didatangi pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang penting minta melihat kad pengenalan/kad akhbar terlebih dahulu. Jika was-was, silalah buat laporan polis.
Sri Diah di 9:09 PM
Share

No comments:

Post a Comment

Silalah mencatat dengan jujur, sejuta aksara jika mampu

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.