Monday, August 31, 2015

Salam Merdeka Malaysiaku



Minda saya sempena sambutan kemerdekaan yang ke - 58 ini 
- Ya kuasa dalam tangan kita tetapi untuk mencipta kacau bilau bukanlah jalan terbaik. 
Saya tak mahu Kuala Lumpur menjadi Dataran Tel Aviv pada 31 Ogos. 
Opss... politik sikit!

Thursday, August 27, 2015

Rukun Persahabatan

Saya selalu percaya seseorang penulis itu tidak boleh hidup sendiri-sendiri dengan karyanya. Dia harus keluar. Dia harus berkongsi masa dan rasa dengan orang lain (penulis lain).

Seseorang penulis itu harus keluar daripada kepompongnya. Penulsi harus bersama dengan masyarakat. Harus hidup dalam denyut nadi masyarakat dan itulah harta kekayaan baginya yang ditafsirkan kemudiannya nanti dalam bentuk kata-katanya.


* Bersahabat dengan Bonda Nor, 
penulis buku Pujuklah Hati, 
saya mendapat ilmu yang lain. 
Antaranya ialah - Rukun persahabatan! 

Wednesday, August 26, 2015

Jenis Ketakutan



Ada beberapa jenis ketakutan yang selalu melanda perasaan seseorang penulis. Lelaki, perempuan, tua atau muda sama saja!

1. Bagi penulis baru - Takut kerana kita biasa-biasa saja
2. Bagi penulis sudah berkarya - Takut kerana ada penulis lain yang hebat
3. Bagi penulis yang sedia hebat - Takut kehebatan kita tidak sehebat mana kerana agak payah untuk mengekalkan status kehebatan kita
Jangan selalu berprasangka karya kita tidak bagus. Anggap setiap kali berkarya itu sebagai satu eksperimen dan akan sentiasa membaiki tulisan hari demi hari hingga menjadi sangat bagus!
Ayuh pelihara ehsan kita - Atib dan Ratib - ialah wartawan sepanjang masa di sisi kita dalam jaga dan lena.

Monday, August 24, 2015

Thursday, August 20, 2015

Tiada Kaki dan Tiada Tangan Kiri!

Saya bermasalah sedikit hendak menyarung kasut ketika keluar dari rumah.  Nak sarung kasut yang mana? Kasut tumit tinggi? Kasut tumit rendah? Melihat foto ini, saya gigit bibir! Ada insan yang langsung tidak ada kaki untuk menyarung kasut!


* Semasa kecil dulu, abah belikan kasut sekolah kami dengan menjengkal tapak kaki untuk tahu saiz kasut.. Kemudian upgrade sikit, guna tali rafia. Abah-abah sekarang macamana?

Kredit foto dan teks: Tuan Tuah Johari Atan
Walau pun dia seorang kanak kanak
cacat anggota tapi dia masih
mampu memberikan senyuman
penuh bertenaga!
Allah itu Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui
Subhanallah

Baiklah saya mahu menulis mengenai sahabat saya Tuan Tuah Johari Atan. Beliau adealah seorang insan kurang upaya (OKU). Beliau tidak mempunyai kedua belah kaki. Dan tangan kirinya hanya ada separas siku sahaja!

Namun beliau bukan sembarangan dan tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan untuk dia terus sukses dalam kerjayanya. Beliau adalah seorang PEGUAM lulusan Universiti Malaya. Kini beliau diberi tanggungjawab oleh kerajaan menganggotai satu agensi bagi membantu golongan kurang upaya. Hebat!


Pertemuan bersejarah bersama Tuan Tuah Johari Atan, seorang peguam hebat dan pejuang kepentingan OKU. Semoga semangat dan kecekalan beliau akan menyerap ke dalam diri insan kurang bernasib baik yang lain. Saya bersama dalam sesi motivasi di sebuah sekolah di Melaka..

tuan Tuah bersama suami saya, Ahmad Saabun.


Gajet Sosial

Zaman awal saya aktif berblog pada tahun 80-an, waktu itu facebook dan lalin-lain media sosial belum wujud. handphone pun hanya yang manual sahaja. tidak ada handphone canggih. Ketika itu sangat aktif menulis novel demi novel.

Kini dengan ledakan dunia internet, gajet sosial yang pelbagai dan genre penulisan yang pelbagai bentuk, masa saya sudah tidak fokus.

Sekejap mahu tengok FACEBOOK PERIBADI
Kemudian mahu tengok FACEBOOK PAGE pembaca/peminat
Selepas itu mahu berkomunikasi di INSTAGRAM
Sesekali mahu tengok TWITTER - memilih untuk tidak aktif
Kemudian mahu menulis sesuatu di BLOG
Mahu SMS juga dan mahu WHATSUP juga

Lihat. Masa saya (masa kita juga) sudah menjadi semakin sikit.
Kerja pula semakin banyak. Kerja pejabat dan kerja kreatif juga.

Okay.... sudah OGOS. Dan saya masih berhutang janji dengan penerbit (ITBM) Aduhhh...!


Tuesday, August 18, 2015

Saya Terharu!



Daripada penulis Haiza Najwa:: What's in the eyes normally reflect our inner beauty [if we have any, kui kui] But I tell you, this photo is the testimony of her steadfast youth and yes, it somewhat belies her age. 

Love has a great impact on a person, and beautiful marriage has a lot to contribute in developing a great mind. A remedy and tips to keep us forever young hi hi like emoticon Wish to rejuvenate? Ask the person in the photo



Usia bukan pembohongan pada mata
ia adalah pecahan sedar
dan gerak bibir yang bergetar
cerita yang menyimpan rahasia
~ Sri Diah
16 Ogos 2014



 wink emoticon

Monday, August 17, 2015

13 tahun berlalu



Kami bertiga kali pertama bertemu pada 4 Julai 2002 di satu majlis penganugerahan hadiah sastera. Waktu itu kami berselisih bahu atas pentas mengambil hadiah!
Kini setelah 13 tahun berlalu, sekali lagi tiga wanita ini mencipta rekod bertemu dan bergambar pada posisi yang sama.
Dulu dan sekarang banyak bezanya.
Namun manisnya tetap ada.
Puteri Andalas - saya - Tiras R

>>> SETELAH13 TAHUN BERLALU <<<

Sutra Shoope

Sepetang bersama pelancaran Sutra Shoppe di Anggerik Mall, Shah Alam. Produk berasaskan aromaterapi ini telah saya gunakan hampir dua tahun dan sangat berpuas hati. .
.
Antara produk yang saya suka ialah sabun pencuci muka, atomatheraphy massage oil, aromatheraphy spray (yang saya suka sweet lavender), shower gel dan pillow spray - sangat menenangkan fizikal dan emosi!. .
.
Produk tempatan ini sememangnya hebat dan sudah mendapat pengiktirafan BiotechCorp. Boleh ketahui lanjut produk ini di www.sutras.my

Ultah RI Keren!



Keren! Dirgahayu Ultah Republik Indonesia ke-70 hari ini buat seluruh rakyat Indonesia. 
Ucapan khusus untuk rakan-rakan penulisan, sahabat penerbitan dan kenalan di semua rangkaian media sosial. Semoga Indonesia terus membangun jiwa raganya. 
Bersama kita saling menyantuni dalam rumpun nusantara selamanya.

Buku Pojok


Hari ini dengan rasminya diumumkan satu lagi skop penerbitan yang saya kendalikan untuk memenuhi permintaan buku santai dengan skop penulisan yang alternatif.

BUKU POJOK - Penulisan Tanpa Noktah. Perjuangan Tanpa Sudah

Mohon untuk share di fb, instagram, blog, twitter masing-masing. Kita mahu mendapatkan banyak manuskrip baru yang bermutu. Idea yang mantap dan tulisan yang pantas.
Kita mahu bahan bacaan yang boleh membina tribe dan merangsang fikiran pembaca masakini.
____________________________________________________________

BUKU POJOK

Genre baru penulisan alternatif.
Platform luahan idea yang berani.

Anda tidak perlu menjadi hebat untuk hasilkan buku. Tidak perlu anugerah untuk menjadi penulis hebat. Tidak perlu masuk universiti untuk dapat passport menjadi penulis.

Apa yang penting otak kanan dan otak kiri yang superb. Berani bersuara. Yakin dan mantap dengan idea baru. Tulisan yang jarang orang tulis.

Genre | Bebas, travelog, agama, motivasi, kisah benar, human interest, anekdot, buletin, pengakuan, novelet

Bahasa | Mudah, ringkas, sempoi, straight forward, luar biasa, mampu membina evolusi dan beri impak kepada kepada masyarakat

- Kami suka hendak terbitkan karya anda.
- Kami juga akan bantu anda terbitkan karya dan semua orang boleh baca tulisan itu.

Mari kita bincang:
Emel kami: projekalternatif@karangkraf.com.my
Klik like fb Buku Pojok: https://www.facebook.com/bukupojok?fref=ts


Ingat Kamu!


Kulakukan ini kerana aku ingat kamu
Kuingat kamu kerana engkau ada.
Kita sepasang menyihir angin
Kita terpisah memeluk takdir

Allah!


Friday, August 14, 2015

Grazie Stefano!


Alhamdulilllah kiriman saya telah selamat sampai ke Rome, Italy!
Terima kasih kerana membantu saya semasa saya berada di Italy dan membawa saya ke Kedutaan Besar Malaysia di Rome untuk temubual dan juga mengiringi saya berjalan sekitar Rome brsama isteri anda, Bayu Bintari Fatmawati dan Obaida Hanteer, pelajar Syria yang tinggal di rumah anda.
InsyaAllah kita berjumpa lagi.


Buku berkenaan saya kirim melalui sahabat petugas kedutaan yang pulang bercuti sempena Aidilfitri yang lalu. Terima kasih Noraniza dan s uami, Encik Rohaizat Lateh.



Thanks a lot to Puan Sri Diah Shaharuddin for the gifts from MALAYSIA.
One copy of the Magazine "Mingguan WANITA" with my published photos on interview about my friends from Embassy of Malaysia in Rome.

And for the big Photo-Book "501 Must-be-there Events", with events of all cultures and folks from the World! 
TERIMA KASIH!!! 
kiki emoticon


Thursday, August 13, 2015

Allah Blesses

Sentap sikit apabila ke pasar melihat orang kita berkira sangat membeli dengan makcik jual sayur kampung secara kecil-kecilan. Pembeli tawar menawar bukan main, sampai tegang urat leher.
Lebih 20 sen pun nak berkira. Bagi saya makcik itu berniaga bukanlah sampai boleh jadi kaya raya, melainkan untuk lepas makan pakai dia. Kalau ada untung lebih, dia mungkin simpan untuk naik haji... (semoga dia doakan kita pelanggan dia).
* Kalau beli di pasaraya.. Petai mahal sepeket sanggupkah nak tawar menawar sampai terjengil mata di kaunter? Ufff!
.


* Duduk sebentar dan fikir teliti segala kredit dan debit kita (dosa ~ pshala). Ada untung atau masih rugi? Mahu dibiar sahaja dalam akaun atau mahu dilaburkan? Atau kita serah sebagai wakaf sahaja...



Wednesday, August 12, 2015

Backpackers



Anak mama mengembara lagi. - Jika cuti semester lalu dia berkelana sendirian ke 11 lokasi di Saigon, Ho Chi Minh dan Bangkok, cuti semester ini dia mahu mengulang kembali tempat-tempat yang dia tidak sempat singgah dalam kembara lalu. Backpacker sangat digemarinya!

Apa yang saya dan suami boleh kata? Ya. Pergilah bawa diri melihat tempat orang dan bandingkan dengan negara sendiri. Ambil segala perkara baik. Jangan buat perkara tidak elok. Apa yang penting, Allah SWT berada di mana-mana. Target kali ini ialah 14 hari. Allah... tolong jagakan dia untuk kami.

* Momentary Bliss, Southern Thailand.
Judul yang diberikan pada gambar ini.
 

Friday, August 7, 2015

Anak Ramai





Rasanya kakak ipar saya, Kak Mah mempunyai dua belas orang anak. Keluarga petani dari Tokai, Alor Setar, Kedah ini tidak pernah mengeluh mempunyai anak ramai malah rumah mereka selalu dipenuhi gelak ketawa ceria. 


Kini semua anak-anaknya sudah besar dan ramai yang bekerja, tinggal di merata tempat. Kini Kak Mah berjalan setiap bulan ke rumah anak-anaknya. Bahagianya beranak ramai!

Thursday, August 6, 2015

Kata Negatif


Saya agak lemas membaca banyakknya kepincangan yang berlaku di Malaysia dan saya juga sakit hati membaca komen-komen negatif, kata-mengata, tuduhan dan sindiran di facebook, twitter dan instagram.


Saya katakan mudah saja... ramai daripada kita yang suka membuat pertuduhan sendiri (belum pasti tuduhan itu satu kesalahan). Ramai juga yang suka membuat komen peribadi memalukan seseorang, atau membogelkan peribadi seseorang - seolah-olah kiamat tidak akan berlaku dan neraka itu tiada!

Untuk memujuk hati saya kata begini > Semoga satu jari kita menunding kesalahan orang lain secara terbuka seolah kita menyembunyi empat kesilapan yang ada di dalam diri kita. 

Semoga satu jari kita menunding kebaikan orang lain, ada empat lagi kebaikan akan kita lakukan hari ini.
.
#soreeyes #fikirpositif #karyabestari #portdicksonbeach #holidayvilla #makcikdobidahkebastangan #kitakanislam

Tidak Bahagia


Penulis adalah orang yang selalu berasa tidak bahagia (ini metafora saya).  Ada sahaja yang tak kena dengan hatinya.  Selalu sahaja memerhati sekeliling dengan pandangan yang banyak segi!
.
Dia melihat dengan serius. Dia membaca seperti orang sedang lapar. Dan dia mencatit seperti dakwat tidak pernah habis... Atau keyboard tidak pernah cedera. .
.
Hanya matanya sahaja yang terluka...
.
‪#‎mata‬ ‪#‎sindrom‬ ‪#‎membaca‬ ‪#‎lapar‬ ‪#‎bahagia‬ ‪#‎kecewa‬ ‪#‎makcikdobidahkebastangan‬ ‪#‎soreeyes‬

Wednesday, August 5, 2015

Banteras Rasuah



Tajuk mana yang ingin dibaca dulu?
Saya - Anggota SPRM berdoa bersendiri selepas solat adalah biasa namun apabila bersolat hajat dan berdoa beramai-ramai adalah suatu ysng jarang berlaku. .


Allah Ya Rahman Ya Rahim... Dengarlah doa mereka. Malaysia ini sudah huru-hara dan kami tidak ada negara lain untuk pergi menyelamat diri.
‪#‎sprm‬ ‪#‎solathajat‬ ‪#‎malaysia‬ ‪#‎berdoa‬ ‪#‎sinarharian‬

Antara kandungan doa:
Antara kandungan doa berkenaan ialah: "Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa."
Solat hajat di surau ibu pejabat SPRM di sini diadakan selepas solat Zuhur yang diimamkan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.

Monday, August 3, 2015

Mataku Sakit

Gambar hari Jumaat 31 Julai 2015
Ini bukan berita mengenai sakit mata - tetapi ialah berkenaan mata sakit. Entahlah. Saya tidak tahu apa puncanya. Bangkit dari tidur pada pagi Jumaat itu saya melihat di cermin, mata saya menjadi merah begini. Terkejut.

Saya fikri semula apa-apa yang memudaratkan  mata yang telah saya lakukan (kalau ada) beberapa hari sebelum kejadian mata merah begini. Tiada. Tidak terhantuk, tidak tercedera, tidak terkena benda tajam atau benda tumpul. Tidak.

Hati sangat berdebar. Saya takut jika ini semakin memudaratkan mata saya. Tengah hari itu juga saya membuat temu janji dengan doktor pakar di klinik pakar mata swasta. Dan petang itu juga saya hadir untuk temujanji bersama doktor.

Doktor kata ini bukan penyakit berjangkit. Ini juga bukan sindrom apa-apa yang serius. Katanya urat mata saya bengkak dan kembang, menyebabkan pengaliran darah yang banyak ke urat-urat dalam mata. Tanda merah itu adalah tompokan darah yang membeku.

Gambar hari Isnin 2 Ogos 2015
Doktor jelaskan juga tanda tompokan darah itu akan surut dalam masa dua tiga hari. Saya lega jika benar tompokan darah itu tidak merbahaya - saya bimbang manalah tahu mungkin salur darah pecah (?)

Hari ini (gambar di atas) adalah hari Isnin. Ini bermakna sudah empat hari sindrom ini berlaku terhadap mata saya. Keadaannya masih tidak berubah.

Ya... saya mula risau. Harap-harap perkara buruk tidak berlaku terhadap mata saya. Saya juga sudah membuat pemeriksaan mata untuk meningkatkan power cermin mata saya. Bacaannya semakin bertambah, terutama untuk mata kiri.