Thursday, October 10, 2013

11 tahun lalu

PERNAHKAH anda membelek album lama dan kemudian geleng kepala sambil bibir tersenyum sumbing... sayalah itu! Seorang sashabat penulis, Puteri Andalas dari Klang telah mengirim gambar-gambar ini kepada saya menerusi fb. Gambar ini saya tidak izikan keluar di timeline.

Hahaa... dahsyat kan?

Ini adalah acara penyampaian hadiah anjuran Utusan Melayu / Public Bank. Saya tidak ingat cerpen apa dan judul puisi yang saya menang. Namun yang saya ingat saya naik pentas terima hadiah (nanti bila dah ingat semula, tengok rekod saya akan kemaskini status ini).

Gemuk kan?
Saya gelak besar sekarang!


Okey, tarikhnya 4 Julai 2002
(Hari lahir saya 10 Julai)


Kanan saya, Puteri Andalas. Kiri saya Hanizah Nilamsuri (rasanya)




Antara pemenang, Siti Jasmina pun ada! Penulis novel dan skrip, 




Dr Saleeh Rahamad dan Allahyarm T. Alias Taib. 
Bertudung putih itu Dr Anis Amida Abdul Hamid.

Tengok tu.....

Ramai yang bertanya tentang rahsia saya menjadi kurus. Entahlah, saya tidak ada menu khusus. Yang saya amalkan ialah banyak minum air putih. Kurangkan nasi. Kurangkan gula dan elak makanan berlemak yang selama ini menjadi kegemaran saya seperti keju, pizza, telur ikan dan sanatan...

Sebenarnya saya dah tua :) dah kecut...

No comments: