Tuesday, August 29, 2006

BERSENGKANG MATA
STAFF
saya berumahkan pejabat sejak siang semalam hingga malam tadi dan pagi ini. Sejak petang, mereka yang di luar pejabat berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke KLCC dan satu lagi kumpulan ke Putrajaya. Tugas terus dijalankan berdasarkan perancangan. Alhamdulillah opearsi dari luar pejabat dan dalam pejabat berjalan lancar.

Saya datang semula ke pejabat dalam pukul sembilan malam membawa makanan untuk mereka. Di bilik mesyuarat sudah diletakkan dua televisyen. Satu untuk majlis persandingan Datuk K dan Datin S. Satu lagi televisyen untuk pengakuan yang kononnya akan disampaikan secara ikhlas oleh Mawi & Ina. Semuanya berjalan serentak. Mata saya pun naik juling tengok dua televisyen serentak. Gambar-gambar ada yg diupload online dan ada yang dibawa balik oleh jurufoto. Kesudahnya sampai pagi ini, ada lagi dua tiga orang grafik artis yang masih menghadap komputer.

Mereka buat bisnes. Kami pun buat bisnes. Adillah labu...

Friday, August 25, 2006

SALAM HARI WANITA


* Pagi tadi tak sempat nak upload semua. Cantikkan, Love Parrot!

... tiba-tiba kurasakan dadaku seperti ingin meletup. Kuumpamakan dadaku seperti Gunung Merapi yang puncaknya meronta-ronta, menerjah langit Yogyakarta...
- MAHLIGAI CINTA (halaman 65)

Wednesday, August 23, 2006




SAYA sudah beranak... anak ke lapan bersama Alaf 21 Sdn. Bhd. Anak kelapan ini adalah adunan antara saya, MBA, Rudy Bluehikari, Ibnuariff dan Eyes. Ada yang sumbang satu bab, ada lima enam bab, kecuali MBA menyumbang lebih sikit. Ya... anak ini harus dibintikan `dan rakan-rakan'. Untuk pengetahuan mereka yang baru mengenali kami, MAHLIGAI CINTA ini adalah garapan di novel2u secara online. Kemudian saya mengambil masa agak lama untuk menokok tambah supaya ianya lebih kreatif dan sesuai menjadi novel. Ini termasuklah editing yang dilakukan bersama MBA.

Oh ya, saya di Shah Alam kembali. Akan ke Johor Bharu, akan ke Kuala Trengganu dan akan ke Pengkkalan Chepa soon... anytime.

Thursday, August 10, 2006

MEMINJAM KEKUATANNYA
\MAJALAH NONA September kini di pasaran! Selami isihati Tengku Zawiyah dan pelajari cara beliau melawan peperangan jiwanya. Apa reaksi anak-anaknya bila papa mereka ceraikan mama dan mahu bernikah dengan penyanyi popular Siti Nurhaliza!

Tuesday, August 8, 2006

PENGUBAT RINDU


4 Ogos 2006 - Di kaki Mt. Fuji - 3.30 pagi.


4 Ogos 2006 - Perjalanan ke puncak Mt. Fuji. Mentari naik jam 4.15 pagi.

Sunday, August 6, 2006

SALAM DARI TOKYO

3hb Ogos 2006 -Penerbangan dari KUL - NARITA Airport menaiki JAL mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Selamat tiba di sini disambut Miki San (anak pahang yang sudah 24 tahun di Tokyo) dan En. Hamid (berasal dari Singapura. Urusan imigresen dan kastam semuanya berjalan lancar. Menaiki bas khas, kami terus dibawa ke Narita Garden Hotel. Di sini hanya untuk mandi dan sarapan. Kemudian cepat-cepat bersiap naik bas semula.

Jam 5.30pm tiba di Kawaguchi Lake Ryoken (sebuah hotel gaya traditional dengan hiasan bilik tatami.Dinner juga dengan tradisi Jepun. Disuruh pakai baju jepun ala kimono tu - lupa namanya, nanti kalau ingat saya tulis semula. Malam itu ada pesta bunga api di Lake Kawaguchi. Hebat sakan - sampai tengah malam. Dalam keadaan tu kami terpaksa lelapkan mata - kena tidur sementara nak mendaki Mt.Fuji.

Tepat 12.30 terpaksa bangkit. 1.30am bertolak ke Mt. Fuji (station 5). Selepas solat subuh bertolak dan mulakan pendakian jam 3.30am. Kami dibekalkan tongkat dengan dua biji loceng untuk keselamatan. Begitu juga tabung oksigen seorang satu. Pakaian lengkap - macam nak melawan salji.

Dengan bangganya kami dapat melihat matahari naik di pertengahan jalan. Alangkah hebatnya - garangnya rupa cahaya itu menerjah bumi. Kami meneruskan pendakian... berjalan, naik dan terus naik mendaki, berhenti bila penat, mendaki lagi dan lagi, berehat dan minum seteguk dua... puncak Fuji jauh lagi!

Tak boleh jadi... tenaga makin kurang. Kepala lutut macam dah nak tercabut. Kunyah pula power bar, power gel dan matahari sudah tegak betul-betul di atas kepala. Akhirnya kami tiba di stesen 6. Pertengahan stesen 6, dua orang ahli kepenatan dan ambil keputusan untuk keluar daripada list.... macam Afundi keluar. Terpaksa gantung tongkat! (Siapa tu?).

Mereka yang lain teruskan perjalanan...

Wednesday, August 2, 2006

CATATAN HARI

1. DARI Pengkalan Chepa, Kelantan saya kini sudahpun di Shah Alam semula. Alhamdulillah akhbar komuniti SINAR HARIAN diterima baik oleh penduduk Kelantan dan Terengganu. Tiga hari berturut-turut diberikan percuma tetapi ada yang sanggup membayar untuk memilikinya. Esok adalah edisi pertama yang berbayar - samah jah!

2. MAHLIGAI CINTA - Novel usahasama anak beranak - MBA, saya, Rudy, Ibnu Arif dan Eyes akan terbit tidak lama lagi. E-novel ditulis satu bab hingga lima bab oleh mereka (kecuali MBA, babnya lebih sikit) diadun-adun semula, ditokok tambah supaya lengkap plot dan wataknya. Agak tebal juga - mencecah 510 halaman. Dienovel asalnya hanyalah 120 halaman sahaja.


Salah satu sesi latihan di PICC.

3. ESOK saya dan rombongan myJICA akan berangkat ke Tokyo. (Halela, bandar ini amat jauh dari Okinawa...!) Lihat di Mt.Fuji untuk beberapa sesi latihan dan juga gambar-gambar sebelum kami mencapai puncak Mt. Fuji di hari kedua di Tokyo.

4. SALAM untuk semua, maafkan salah dan silap, doakan semuanya selamat, panjang umur dan kita berjumpa lagi. InsyaAllah.